Sabtu, 18 Februari 2012

De' Queen : Raihan

assalamualaikum
hye peeps


attention aku rasa entry ni akan jadi panjang macam kain yang belum sudah buat baju lagi. hanya angaran saja. kita tengok ja lah dia nak panjang mana. dan yang penting tak ada satu picture pun kami ambil.

malam before nak keluar dengan An tu aku tanya dia boleh tak teman aku pergi bank in duit dekat Maybank. sebab aku nak bank in dekat Qies Collection . aku beli kasut online . masalah terbesar yang sangat besar aku ni tak pandai bank in duit selalunya orang lain yang buat dekat aku. bila aku kena buat sendiri terkapai kapai macam lemas dalam lautan atlantik la jawabnya. so An cakap dia tahu. so aku ada confident tahap anak zebra la nak pergi bank in duit dengan dia kan.



giler pukul 8 dia text aku suruh siap. mula dia cakap pukul 10. aku ni dah la kalau buat kerja tu lambat macam kura kura yang tak minum air setahun. so apa lagi kalut macam anak semut nampak gula sekilo la aku buat kerja. kalut kesini sana. iron baju. mandi. gosok gigi. shampoo. and bla bla bla la kan. kalut sangat. then dia boleh text pulak dia kata.


tapi aku salute la ini punya budak on time. tepat pukul 10 pagi dia dah terpacak dekat rumah aku. memang punctual lah. 

tujuan utama. pergi Maybank dulu nak bank in dekat Qies Collection. masuk ja pintu depan tu boleh an ni pergi dekat Pak Guard tu tanya 

An : Pakcik borang masuk duit mana ?
Pak Guard : sini. isi sini sini sini sini sini... apa banyak sini aku tak tahu.
Aku : okey okey



 hampeh giler Rayhan aku ingat kau tahu la pun nak bank in. aishh belagak macam tahu ja rupanya tak tahu juga. 

tetiba pakcik guard tu panggil kerani situ kot lelaki



Pak Guard : Encik ni diorang nak masuk duit
Kerani : ha masuk duit berapa ( sambil tunjuk poket dia suruh kami masuk dalam poket dia )
An : duk gelak kuk kit kuk kit
Aku : blur duk baca kertas tu. tak nampak pun apa si kerani tu buat.



mesti nampak aku ni heartless giler sebab langsung tak ada reaksi orang tu duk buat lawak. thats why An panggil aku EGO TAHAP CIPAN. aku adoii tak tahu nak kata apa. diam saja lah.

aku tak sanggup nak bank in duit secara manual sebab kena ambil number lagi. oh lambat kerja aku jup lagi. so aku kata guna mesin ja. cash deposit. call ziemah dan ziemah ajar macam mana cara nak guna. tak tahu kena tanya kan. waktu dekat situ malu ya amat. hanya tuhan ja tahu. tapi tebalkan muka dengan make up berinci inci tingginya. dan buat bodoh ja.

lastly boleh juga siap juga kerja aku..


nampak tak nampak tak untuk first time kerja aku buat akhirnya berjaya yuhuuuuuu dan aku cakap lepas ni kena buat Maybank2u... bayar online senang kerja.

dan jumpa lelaki miang
jumpa pakcik yang aku kesian sgt

bye


to be continue
tak larat nak taip dah pemalas punya orang
apa boleh buatkan
panjang lagi ni walaupun
half day ja.




2 ulasan:

Asningtiyas Nasdja Putri berkata...

hehe, ^^ follow u wahh..
Maybank !

Tihara berkata...

haah, buatlah maybank2u, walopon leceh bagai tp lepas tu senang kerja..hehe :)