Dedicated To All My Loves

by - 7:06 PTG

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_mclib3fi1t1r1986ko1_500_large

hari ni aku rasa aku nak cakap tentang erti keluarga dan erti kejayaan. kita sebagai manusia semua la dikatakan nak berjaya dalam hidup, sedangkan kita tengok orang yang tak mampu lihat, tak mampu cakap, tak mampu dengar, tak mampu berjalan, membaca, menulis pun mampu berjaya inikan kita pulak yang sempurna Allah kurniakan takkan kita sendiri tak mampu.

tadi aku masuk blog kawan aku tetiba dia story tentang dia tentang dia nak berubah demi masa depan keluarga dia, aku baca aku rasa satu perasaan yang aku bukan perasaan simpati tapi satu perasaan " amalina you can do " ha macam tu la lebih kurang. satu perasaan macam tu ha ada faham hope faham la noh.

so sebagai sahabat aku rasa " weyh kau mampu buat apa yang kau rasa jangan pandang orang lain dan buat apa yang kau nak buat, bina gap antara orang yang tak mampu terima kau. kau wujudkan line antara diorang supaya diorang tak mampu memusnahkan impian kau " dengar cakap aku. bila kita bina gap antara manusia yang tak senang dengan kita ni automatik dia akan pergi macam tu ja tanpa kita suruh pun.

dan berimpian lah selagi kau yakin kau mampu capai impian kau. aku tahu ramai orang ada impian tapi seringkali kita musykil kita mampu ke nak capai impian tu. dengarlah selagi kita ingin berimpian kita dah ada aim dan kita dah tahu kita mampu lakukan dan kita akan buat.

even kita tak rapat dengan family kita apa yang kita perlu tahu kita buat kerana mereka dan kita buat kerana kita sayang mereka. anak sulung selalunya independent dan tak manja sangat. selalunya la kan. aku takcakap semua tapi certain la. aku suka kawan dengan anak sulung ni sebab diorang selalunya lebih matured dari aku la. hahahaha.

wahai sahabat aku , berjuang apa yang korang nak jangan berhenti berjuang. selagi korang nak korang mampu lakukan. ok... buat tau. aku tahu kau mampu buat dan kau mampu lakukan yeah #MalaysiaBOLEH hahahaha :P

aku tahu bukan mudah nak berubah tapi berubah la kerana itu yang mampu membuat kita menjadi orang baru dan orang yang berjaya. mungkin bukan 100% kita berubah sekurangnya kita cuba untuk berubah. berubah lah. macam aku, aku ni jenis malas nak berubah tapi akan ku cuba untuk berubah menjadi lebih baik dari sedia ada even tak boleh jadi sebaik mana pun tapi akanku cuba. akanku cuba. 

ingatlah sahabat, sahabat anda sentiasa ada dengan anda dan sentiasa berdampingan dengan anda, kalau ada ingatlah sahabat satu satunya makhluk yang dekat dengan kita selain parent dan sibling kita. apa apa pun carilah sahabat walau apa pun keadaan. 
tanpa sahabat kita layu tanpa Allah kita lemah dan tanpa kehidupan tiadalah kita.

last but not least trust yourself. confident secret of success.

okey 
aku dah nak dekat final 17 november ni doakan aku wahai rakan rakanku
sama sama lah kita berjuang demi negara dan bangsa hakhakhak

bye
awak yang baca tu saya doakan semoga awak berjaya.
alhamdulilah


You May Also Like

0 000 orang comment