Sabtu, 19 Januari 2013

R.I.N.D.U awak !

assalamualaikum
hye peeps

428046_2632895665649_21955650_n_large

rindu satu perasaan aneh yang kita rasa saat kita rasa jauh dari seseorang yang kita tak tahu bahawa pentingnya dia dalam hidup kita, mungkin kita boleh kata kita tak akan rindu dia dihadapan dia saat dia masih didepan kita tapi bila dia mula pergi dari hidup kita dan semakin menjauh kita rasa saat itu kita inginkan dia bagaimana kita inginkan sebuah kesempurnaan dalam hidup.

aku rindukan dia, rindu ingin menjadi sahabat dia, rindu ingin menjadi insan yang hanya satu satunya dia kenal, rindu ingin menjadi teman sejati disaat jatuh bangunnya dia tapi semua itu hanya mimpi kerana aku dan dia hanya sebuah memori yang dicipta dahulu kala dimana zaman kanak kanak penuh fantasi. tapi kini realitinya dia hilang bagai tiada petunjuk ingin dicari dimana dia tapi aku tahu dia ada cuma tak tahu dia dimana.

aku rindu untuk terus berada di sebuah tempat yang bertemunya sahabat yang sering berada disebelah aku yang sentiasa tak pernah putus asa melayan kerenah aku yang susah untuk difahami orang yang baru kenal aku sahaja, rindu disaat kami semua makan bersama diluar surau sambil ketawa dengan cerita masing masing dan rindu untuk terus berjalan dengan hayunan langkah kaki ini ke kantin hanya kerana sebiji kuih, rindu untuk terus menikmati udara segar disana yang aku tahu punya banyak memori yang kami semua cipta dan coretkan yang hanya ada didalam hati.

disaat awal tahun begini aku sangat rindu keriuhan dengan sahabat sahabat aku mencantikan "syurga" kami disana demi untuk terus belajar selama setahun, rindu akan kawan kawan yang sering bertikam lidah akan hal sekecil zarah yang kadang kadang ianya sangat kebudak budakkan tapi itulah yang menceriakan kami semua, rindu akan menconteng segalanya atas sehelai kertas dibelakang kelas sambil guru fizik dihadapan. kami tahu kami nakal tapi apa yang kami inginkan suapaya mata kami semua terus berjaga dari tidur.

aku rindu si gemuk dahulu yang sering dibuli dan dikutuk oleh seorang insan yang membuatkan kebencian itu wujud hingga kini, mungkin ada yang kata itu hanya gurauan tapi bagi aku itu adalah kekejaman, mungkin dia benar aku bukan siapa siapa tapi aku juga insan seperti dia yang punya hati dan perasaan yang punya mata yang melihat segalanya dan yang punya terlinga mendengar segalanya tapi aku punya mulut namun mulut ini terus terkunci kerana dia ingin terus dibisukan dihadapan insan itu.

mungkin benar dulu aku bukan seorang manusia yang punya mulut untuk berkata tapi perlukah wujudnya insan seperti dia?

ingatlah wahai hamba Allah hidup kita bukan bersandarkan kata kata yang hebat tapi hidup kita bersandarkan kelakuan yang hebat yang disanjung DIA bukan kamu kamu diluar sana. ingatlah apa yang pernah terjadi dahulu belum tentu perkara sama akan berlaku kini. hidup bagaikan putaran siang dan malam.

p/s : aku rindu kamu, kerana kamu insan yang punya hati, aku rindu kamu kerana kamu insan yang pernah membuatku rasa erti perasahabatan dan aku rindu kamu kerana kamu insan yang yang diajar untuk terus dicintai insan lain. :P

bye 
good night dear !


2 ulasan:

hana hadi berkata...

kkdang kita xpernah jumpa dia pun. tapi kita rindu dia

fatin amalina husna berkata...

masukkan dya dalam doa kita in shaa Allah sampai..=)