Sabtu, 16 Mac 2013

Camping Here We Go !

Assalamualaikum
hye peeps

8 march 2013 - 9 march 2013
yeah muka ceria untuk pertama kali bercamping bersama sama budak budak bucuk ku ( aku kan boss ) camping bersama mereka bawah kelab kaunseling satu moment yang boleh buat rasa nak ja rindu diorang semua. kan kan kan. miss that place. rindu dorm yang superb lighting, rindu makanan yang boleh diterima tekak, rindu buaian mengimbau zaman kanak kanak, rindu kak dan abang yang jaga makanan yang sangat suka senyum, rindu surau yang jadi tempat kami berlima tetidur, rindu dewan yang punya banyak games, dan rindu segalanya. (rindu la sangatkan).

camping tu 2 hari 1 malam ja pun tapi kami rasa macam kami pergi 1 minggu meh sebab sangat letih sedangkan bukan ada aktiviti lasak sangat pun cuma yang paling extreme sepanjang camping tersebut adalah naik bas yang macam aku naik flight dalam cuaca yang buruk. driver bas tu bawa macam nak suruh kami tempah keranda awal awal ja, serupa nak bunuh kami pun ada. dah tahu jalan dia selekoh banyak bawa la slow slow ini tak bawa macam nak suruh aku cepat dapat heart attack ja. HAMPEH. kami student ada hak untuk suarakan pendapat walaupun pendapat kami kebudak budakkan.

apa apa pun sampai rumah dengan selamat alhamdulilah masih boleh peluk cium mama abah aku, kira alhamdulilah la tu. 

walaupun sekejap ja camping " TEAM BUILDING " tapi banyak yang kami dapat. walaupun lebih kepada camping santai santai ja tak da lah rasa macam camping yang sebelum sebelum ni . hewhewhew.



muka ceria sebaik tiba di bermuda resort setelah berhempas pulas pening kepala disebabkan bas serupa roller coaster. masih boleh senyum maksudnya alhamdulilah umur panjang lagi la tu. :). nak datang tempat ni pun ustaz sebagai lecturer club pun tak tahu, driver bas tu lagi la tak tahu tapi yeay alya penyelamat jalan kami semua hahaha. selamat alya tau kalau tidak faham faham la.


after makan petang, mula la sesi tangkap gambar bukan sesi aktiviti lagi er. cuma aktiviti tangkap gambar before tunggu nak maghrib dan LDK 1. so tangkap la gambar banyak banyak. rasa nak ja tempek dekat sini tapi bila ingat ingatkan balik malu pulak nak tanya muka memasing yang super excited nanti yang membaca kata budak budak ni over pulak. aku puji abang dan kakak yang jaga makanan dekat kem ni sangat lah suka senyum hahaha. salute lah. bagus bagus buat kerja dengan senang hati bukan terpaksa.


then after maghrib mula lah LDK 1. sangat the best. walaupun kami sikit hanya 30++ orang ja tapi gaya macam 100 orang ja dalam dewan tu bahahaha. moral dari LDK 1 tu belajar beramah mesra dengan orang walaupun kita tak rapat cakap ja lah apa pun dengan dia, bukan jadi kayu macam aku. aku memang suka jadi kayu lebih memilih untuk senyap. yeah aku tak banyak cakap, dalam blog ja aku banyak cakap eh bukan banyak type. so malam tu nak tak nak aku tetap kena tegur orang and tanya soalan walaupun malu . {saya pemalu}. tapi nasib baik half dari kelab tu budak kelas aku so tak lah rasa janggal sangat walaupun dalam kelas jarang bercakap dengan diorang diorang ni tapi ok la :) {you did a good job amalina} 

then tibalah masanya kami dibahagikan kumpulan. woot woot.
setiap group lelaki as kepala kepada semua, dah diorang ada 6 orang ja. semakin pupus nampaknya. kesian kesian.


diketuai fad - aku lupa nama group diorang ni apa tapi yang aku ingat group ni ada kisah api api kot tak ingat lah.


diketuai amin - group ni ada bintik bintik badan lembu. 


firdaus as ketua - kpop bro. tak silap aku la group ni ada ular ular sikit. {binatang yang dibenci}


arif as ketua - ha yang best group ni semut diorang lukis sangat comel. terpesona aku tengok. and semut diorang ada wife and husband,


group yang diketuai hafiz - sila lah puji sila lah puji group sendiri ni. dan semestinya aku bukan seorang presenter yang baik aku jadi kayu betul, sedap ja mulut 3 orang budak tu kutuk aku kan. rasa macam nak ja balas balik kan tulis dalam blog bahahaha. tapi tak pa lah. kawan kawan biasalah melawak. faham faham.


group yang diketuai lee min ho bahahaha {amar} - group yang sangat pemalu seperti ketua diorang juga. pemalu. :P 


dan berakhirnya group presentation di kandang rusa. lihatlah kami semua :)


untuk last aktiviti before aktiviti yang dikendalikan Puan Laila. ada treasure hunt. lebih kurang macam tu la dan group aku antara yang ter'awal' hantar harap maklum :P and it's awesome guys. kalah menang semua bukan yang dikejar tapi apa yang dikejar kenangan bersama.

dan bye bye bermuda resort aku akan rindui kau. walaupun sekejap tapi best. not bad.

lokasi kedua before balik 
home sweet home

Ladang Anggur / Grapes Vineyard 


biasa biasa ja dekat sini, nothing special, masuk murah ja RM4  so tak lah rasa teruk sangat kira ok lah untuk rehat rehat. dan waktu kami pergi tu waktu dalam pukul 3 lebih so panas sangat rasa tak best kalau petang petang, time time redup tu memang rasa sangat awesome la.


berbackgroundkan tasik, walaupun aku nampak macam laut. yes kami disini, tenangkan hati tempat yang sesuai selain laut. 


spoil gambar ada orang interframe kacau fad ni.

an, zimi, sara, syifa.
sebab korang lah malam tu aku tak tidur dan tersengguk sengguk baca yassin pagi tu. macam macam topik dibuka, dari bab sekecil kecil hal polimas hingga sebesar besar negara malaysia. dan paling rare sekali tengah tengah rancak bersembang sekali lampu terpadam, nak kata apa lagi, senyap seribu bahasa waktu tu pukul 3 pagi kot. meremang bulu roma aku. dan malam itu semua jenis cerita terbongkar bahahaha. kisah fina paling best. oh Fahrin Ahmad. giler bayang sebentar :) 

dan cukup lah 2 hari 1 malam di bermuda resort. 
bye
love ya.



1 ulasan:

Lia Ilnia berkata...

bestnya kalau dapat camping dgn kawan2... sonokkk!