Rabu, 29 Mei 2013

Alhamdulilah Semester 2 Be End With Beautiful.

Assalamualaikum
hye peeps

Large

lama rasanya tak berupdate blog yang satu ni, sungguh aku kata aku sangat tak busy tapi entah la untuk update blog betul betul perlukan mood terutama mood gembira kalau mood sedih masih boleh menulis tapi automatik bila baca balik ayat tu banyak yang kearah sensitif sangat sebab emosi tengah tak betul, kalau rasa nak menulis sesuatu yang membahagiakan emosi kena bahagia juga kalau tidak semuanya masuk kelaut.

cuti sem semakin nak habis, tapi aku rasa aku tak da buat benda yang bermanfaat pun, aku hanya habiskan cuti di kampung sambil online, makan tidur makan tidur dan belajar drive, sebab aku ni penakut sikit nak drive orang nampak ja muka tak da perasaan tapi dalam hati siapa yang tau kan. tapi hampeh bila aku drive sorang pun tak berani nak teman, cheih. benci tau macam ni. pastu mula la aku melalut macam macam. " mama kalau ina ada boyfriend boleh juga ina kerah dia duk sebelah teman ina drive ni semua penakut nak naik, *bajet ada boyfriend dia berani duk sebelah aku bila aku drive* dah kata sayang kan kena berkorban semua lah, tak gitu AWAK? ". abaikan bab drive.

28 may 2013 alhamdulilah result semester 2 keluar juga akhirnya dengan penuh bergaya. aku baru sem 2 dan alhamdulilah dah sejauh ni aku berjalan dalam course accounting. ingatkan akan berhenti tengah jalan tapi slow slow aku teruskan juga dalam accounting walaupun hati tak menyukai tapi ini major yang aku pilih nak atau tak aku kena teruskan. dan Allah memberi hasil penat lelah aku habiskan sem ni dengan sesuatu yang tak dijangka. thanks.


tak pernah jangka result sebegini sebab aku tahu kelemahan aku dimana, memang aku yakin kali ni memang takkan dekan dah tapi yeah Allah lebih tahu segalanya, dekan lagi. syukur walaupun aku melihat financial acc aku sangat lah tak memberangsangkan, FA satu subject yang sangat killer bagi aku, sebab aku bukan budak yang jenis minat sangat dengan akaun, mungkin lepas ni makan tidur aku harus aku dengan akaun untuk improve apa yang tak betul. dan terkejut juga OSHA dapat B hahaha, macam mana boleh dapat B, ish *tutup muka*. 

tapi dengan cgpa macam ni aku agak rasa macam okey ni lah apa yang aku nak, dekan itu bonus hasil kerja kita, tapi terima kasih. tak expert pun sebab aku dah pesan awal awal dah dekat semua orang aku tak expert dekan sem ni dan siap pesan lagi, jangan harapkan dekan sem ni mama and abah sebab aku rasa macam aku agak kalut waktu jawab exam tu tapi buat tak tau p la kan. hewhewhew. 

btw congratulation to my BFF yang dekan juga semuanya, terbaik lah, yang tak dekan tu tak pa mungkin belum sampai waktu mungkin masih ada salah dimana mana, jangan sedih kawan, aku kan ada, aku sentiasa ada untuk awak itu, hehehe. kita kan kawan macam mana pun aku akan tolong, minta lah tolong waktu mana pun insyaallah aku akan cuba tolong yang termampu. jangan give up and jangan rasa rendah diri. just be you, cause you're special sahabat. 

p/s : jenuh kena belanja budak budak tu hahaha.. tak pa demi sahabat. apa kata an " habiskan duit untuk family dan sahabat lagi berbaloi dari habiskan duit untuk kawan sekadar untuk hu ha hu ha " ok take note mendalam maksud disitu. lunch jom :)



5 ulasan:

husna zahidi berkata...

Alhamdulillah..tahniah ye..=D

suka tgk result mcm tu kan..=)

Ann Ishak berkata...

alhamdulillah, result bagus

♥ CIKZEK ♥ berkata...

TAHNIAHHHH :))))

LelakiSemalam berkata...

kool.

NURSHAKIRA ABDUL HALIM berkata...

Hi.. Newbie here. I am following you :)

Happy blogging! Jom jadi kawan saya by old follower OR follower G+. Mana2 pun boleh.

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com