Selasa, 27 Ogos 2013

To Be Honest ........

Assalamualaikum
hye peeps

Blossom  | via Facebook

to be honest duduk di dalam kelompok manusia yang banyak ragam dan perangai sangat mencabar diri, sangat menguji kesabaran yang senipis kulit bawang, sangat membuatkan diri yang sentiasa tenang berubah menjadi seganas buaya di dalam air. manusia itu banyak ragam yang adakala aku sendiri pun susah nak faham sampaikan aku tinggalkan manusia manusia seperti itu. MAAF aku kata, aku tak mampu untuk berdiri disebelah manusia yang mampu menguji diri aku. aku tak sebaik insan lain untuk terus menjadi baik disebelah manusia itu.

........ eh pagi pagi menaip dengan penuh emosi pulak ........

kadang kadang kita cuba untuk memahami mereka tapi semakin dekat untuk memahami semakin diri ini tak memahami apa yang perlu difahami. sangat susah untuk faham setiap manusia itu. tindakan paling baik tak perlu faham, faham kan diri sendiri sudah cukup. 

kadang kadang kita nak orang lain berubah ikut cara kita tapi kita lupa kita juga salah why not kita yang perbaiki diri kita dahulu, untuk perbaiki diri orang lain, kalau orang lain itu masih melihat lopak dalam diri kita bagaimana dia nak mengikut diri kita yang sungguh serba serbi banyak lopak. 

" awak nak saya berubah mengikut awak? tapi adakah awak sudah berubah? yang manusia mampu melihat awak sungguh sempurna di mata mereka? " 

kadang kadang sebelum kita mengubah insan lain, tengok lah dulu diri kita seperti apa sebelum tangan menuding jari ke orang lain untuk melihat kekotoran mereka, mungkin mereka dan kita berbeza? kita tak boleh jangka yang mereka dan kita dari background yang sama, dia lain dan kita lain, jangan beri kejutan secara mendadak, cuba beri kejutan secara perlahan lahan dan penuh strategi. be professional dear !.

kita nak orang lain melakukan perubahan,
tapi
kenapa kita melakukan perubahan terlebih dahulu?

jangan selalu membangkang apa yang dikata orang lain, walaupun dia seorang pelacur sekali pun kalau apa yang dikata betul, terima lah, bukan mengeji dirinya. sebagai manusia terima setiap pandangan dan fikir apa yang dikata olehnya, kita manusia yang banyak kelemahan yang tak dapat dilihat oleh diri sendiri hanya orang lain yang mampu melihat. 

cermin diri kita siapa? kalau kita bukan sesiapa, senyapkan diri adalah lebih baik dan belajar berubah. 

aku tak sempurna, kau tak sempurna dia tak sempurna dan manusia didunia ni tiada siapa pun sempurna tapi manusia yang sempurna adalah manusia yang selalu melihat dirinya penuh kekurangan dan bersedia untuk berubah setiap hari. 

so GOOD MORNING guys.
start your day with smile and be cheers.

love your live and live your dream.
good luck.

bye.

p/s : nak pergi kelas financial accounting and ubs, hope everyday is a new day for me.
assalamualaikum :)




2 ulasan:

Sofinah Lamudin berkata...

hi,sy singgah sini... nice entry... :)

kadang2 ssh nak faham org kan.. hehe.. good luck to u too..

Lelaki berkata...

sabau je la kann.