Selasa, 10 September 2013

Belajar Bersabar

Assalamualaikum
hye peeps

beribu macam jenis kesabaran yang aku perlu sedut setiap hari, sungguh rasa kesabaran itu makin hari makin menipis. dulu aku manusia yang penuh dengan sabar sampaikan ada manusia yang menjerit di telinga aku, aku masih mampu senyum dan belah macam tu ja, tapi sekarang tidak lagi, bila kesabaran itu makin menepis, bila kau salah ja aku mula sama nak naik angin, sungguh aku kata BAHAYA, ini memang BAHAYA untuk diri aku dan juga orang lain.

betul aku nak cakap, manusia tu ada limit kesabaran, nampak dia sabar tapi sampai suatu saat bila dia dah tak mampu lagi untuk terus sabar, berdepan lah kau dengan manusia yang lebih teruk pada si panas baran. kadang kadang kita nampak orang tu sangat cool, relax tapi kalau dah hari hari kau test kesabaran dia, mahu mati terkejut kau dekat situ tengok dia berubah jadi singa jadian.

bila kita memberi orang jalan dan dia tak memudahkan jalan yang kita dah sediakan, kau akan rasa hidup kau memang sungguh diuji dengan kesabaran, sungguh mencabar detik itu. aku ingin belajar bersabar semula tapi kesabaran aku sering diuji dengan kerenah manusia yang aku penat untuk aku berdepan. hari hari berdepan dengan kerenah yang boleh aku kata agak mencabar minda, hati, limpa, jantung dan semuanya lah. 

kadang kadang bila telinga ni dah penat untuk mendengar aku ambil earphone dan pasang  apa apa jenis suara yang ada untuk didengar asalkan benda yang mampu menenangkan aku.
kadang kadang bila mata dah penat melihat sesuatu yang bisa merubah kesabaran aku pandang kebawah dan lihat apa yang ada dibawah atau ambil buku dan baca walaupun aku buntu apa yang ditulis aku harus terus membaca untuk belajar bersabar.
kadang kadang bila kaki aku penat melangkah untuk kedepan yang mampu membawa aku kepada kemarahan aku berhenti disitu dan aku duduk sambil mata dipejam aku kosongkan apa yang ada di minda. 

untuk aku terus marah marah kadang kadang itu bukan sifat aku, aku tak suka marah marah aku tak suka juga orang lain marah marah jadi aku harapkan manusia itu jangan sering menaikkan kemarahan orang lain, kalau aku mampu belajar bersabar kenapa awak juga tak nak belajar bersabar? belajar menenagkan orang lain pasti kita akan rasa tenang. PENAT marah ni sebenarnya. 

p/s : bila rasa nak marah ingatlah DIA ada untuk kita :)




1 ulasan:

Lelaki berkata...

marah pn penat sabar pn penat...redha je la.