Jumaat, 6 September 2013

Selamat Berhari Raya :)

Assalamualaikum
hyeeee !


" Selamat Hari Raya dari kami berdua Auni dan Aku " oh yes syawal 30 hari so masih sempat lagi kan nak update hari raya aku walaupun dah agak lewat nak berupdate. so ini cerita hari raya aku, cewah bajet macam apa lagi (sila tumbuk aku untuk sedarkan aku).

cerita raya 2013 tak semeriah mana, beraya dalam air mata cewah, lawak ja, actually family aku tahun ni beraya di hospital teman wan yang sakit di CCU. so pagi tu pergi la raya sekejap rumah adik beradik then on time waktu melawat pukul 12.30 kami semua pun pergi lah hospital dan beraya lah disana, alhamdulilah sekarang wan dah semakin membaik, berkat doa anak anak and cucu cucu. so raya dengan family biasa biasa sahaja, salam cium tangan, maaf maafan minta duit raya then done.

so raya dengan kawan dari pagi sampaikan ke petang lah siap sempat lagi cari tempat nak buat practical redah alor setar time time raya nak survey audit firm yang ada, but semua tu Allah permudahkan, bila kita percayakan DIA 100% insyaallah dia akan permudahkan segala urusan kita hari hari.

dan sepanjang meredah raya rumah kawan kawan aku lah drivernya hahaha, berani juga budak budak ni naik dengan aku, tapi sampai ja nak pergi raya rumah fatin tukar driver, aku takut drive jalan sawah yang memang masyaallah sangat kecil .. kalau aku drive mahu aku mengucap banyak kali juga ni.

so rumah first kami beraya dengan fina. dekat rumah fina dia ada baby and budak yang comel, tak ingat nama apa, harap maaf hahaha.


rumah kedua kami ke rumah kak zimi, maaf tiada gambar sebab masalah teknikal, cheh :P

then kami pergi rumah nad, mak nad rajin pulak masak, budak budak ni melantak paling banyak kihkihkih. alhamdulilah kenyang.


ok bye rumah nad. then next destination ke kampung aku hehehe, aku bawa diorang pergi melawat kampung aku bukan rumah aku yah hahahaha. aku ajak diorang makan nasi ayam aku masak, diorang boleh reject, penat tau I masak, kihkihkih, :P

then tempat seterusnya ke rumah syifa aka kecik. yes disininlah kami bertukar driver, syifa pulak drive. 


dah macam gambar potret nak lekat dekat wall dah aku tengok hahaha, muka kemain serius ja. tak da candid candid langsung. 

then ke rumah fatin yang banyak sangat sawah, giler lah cantik, suka aku tengok sawah sawah terbentang luas dan diliputi langit yang membiru memang tenang, nak mencari ketenangan disinilah tempat dia, melihat ciptaan DIA.


kami end up hari raya bersama sama dengan survey audit firm nak buat practical, yes kesemunya student akauntant yang dah penat belajar akaun kihkihkih, mungkin yang penat hanya aku seorang, dan yang paling penat belajar costing bukan accounting. kadang kadang aku garu kepala juga fikir, aku ni student akaun ka costing er? hehehe, sebab aku rasa costing aku belajar lagi detail sedetailnya sem ni. giler ar. dan pukul 7 juga lah sampai ke rumah masing masing, dan esok ada kelas wow sangat meletihkan. rasa nak tidur satu hari hahaha. 


aku minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang ada yang mengenali aku sama ada sebagai amalina yaakub ataupun sebagai real name. aku minta maaf. SORRY ! dan selamat berhari raya enam pada yang puasa enam. 

p/s : mama aku pesan, nak cari husband cari yang rajin puasa enam means dia memang baik orangnya, payah nak cari lelaki yang rajin puasa enam. okey ma, insyaallah akan jumpa, hehehe. 

bye


1 ulasan:

EZAN IDMA berkata...

meriahnyee raya!