Sabtu, 12 Oktober 2013

Anugerah Ketua Jabatan Semester 2

Assalamualaikum



3 oktober 2013 
kenangan yang indah untuk dikenang hasil penat lelah selama 1 sem untuk meraih anugerah yang walaupun kecil tapi bermakna dihati, bagai usaha yang telah dibuat dibalas dengan sesuatu yang sungguh membahagiakan. mungkin ada yang melihat ianya hanya benda kecil yang berlaku dalam hidup tapi bagi aku ianya besar dalam hidup, kenangan yang tak mungkin aku dapat tanpa usaha dan penat lelah sepanjang menjadi seorang student di semester 2.

walaupun pada mulanya aku sangat benci akan bidang yang aku ambil, hanya masuk sebab dipaksa oleh insan insan di sekeliling aku tapi aku cuba berada disini, walaupun hati sering menolak namun akal mendahului segalanya bila akal mencuba untuk melawan kata hati, dan alhamdulilah semester 3 akan sampai ke penghujungnya.



dan inilah DAT2A sesi Dis 2012.
20 orang dapat AKJ hanya 7 orang hampir AKJ tapi bukan rezeki mereka, insyaallah sem ni bagi 1 kelas dapat AKJ ehehehe. dan yes kami bersama penasihat akademik En.Khairil.
dan untuk kedua kali dapat kelas terbaik lagi untuk diploma in accountancy.



tahun ini punya AKJ hanya di student mall kihkihkih
mungkin jabatan perdagagan kurang bajet, sedih juga sikit sikit, jabatan lain perghh CURLAS kau kiah. tapi apa apa pun itu semua rezeki. 
TERIMA KASIH.



walaupun kecil majlisnya, hati merasa bangga dengan usaha masing masing walaupun hati aku gundah gulana atas apa yang terjadi sebelum hari AkJ sungguh buat aku rasa down dan malas nak jejak kaki di polimas lagi. spoil spoil tapi itulah dugaan sebagai seorang student, walau macam mana benci pun aku ingin melangkah kedalamnya, aku harus terus melangkah sebab ini jalan yang aku pilih.


nadiah (pink) : kawan yang sentiasa ada ketika susahnya aku di polimas, ketika buntunya aku apa yang aku harus buat disana, dia ada membantu, walaupun dia kasaq, tapi dia kawan yang paling aku rapat dan sentiasa bersama sama, kalau dia tak da, mungkin aku tak tahu siapa yang bakal jadi kawan aku disana. TERIMA KASIH kawan.

An (biru) : dia adalah sahabat yang selalu ada ketika jatuh bangunnya aku, dia tak pernah marah walaupun dia tahu sahabatnya ini sungguh merimaskan dan memeningkan kepala dia tetap layan hahaha. dan dia tahu apa yang berlaku dalam hidup amalina yaakub sepanjang persahabatan ini. mungkin aku payah ucap "iloveyousahabat" tapi segala action aku mungkin akan faham mungkin akan tidak. hehehe. btw sahabat terima kasih sebab sudi jadi sahabat kepada seorang manusia yang sering digelar ego. 

dan berakhirlah AKJ dengan alhamdulilah.
Ya Robb terima kasih kerana beri aku peluang ini sekali lagi. terima kasih.
tiada kata yang mampu aku ucap selain terima kasih.

p/s : banyak benda nak cerita tapi terlalu busy untuk bercerita :)













2 ulasan:

Lelaki berkata...

kim salam erk dgn dia tu...hihi

AMALINA YAAKUB berkata...

lelaki : hahaha :)