Ahad, 10 November 2013

Hidup

Assalamualaikum
hye peeps


duduk menghadap cahaya malam sambil ditemani secawan milo tanpa gula, rasa hidup bagaikan diawang awangan, bagai sahaja mahu terbang, terbang tinggi ke bintang dan bulan, lari dari segala masalah, lari dari semua manusia yang bertopengkan kejahatan. ingin terbang terbang dan terus terbang, hilang ke dunia penuh dengan bunga, dan penghidupan yang ceria. angan angan dikala malam menjelma. 

hidup muncul bila kita tak merancang ianya akan terjadi untuk kita, tapi setiap apa yang terjadi punya hikmah, punya alasan, punya maksud bagi segala soalan yang ditanya. aku sering bertanya itu dan ini, dan hari demi hari aku jumpa setiap  soalan yang ada, hampir dipenuhi jawapan, semakin usia kita meningkat semakin kita temui jawapan bagi setiap soalan yang sering kita bertanya.

hidup yang kita lalui bukan kita yang pilih tapi inilah yang diberi yang kita harus jalani, kerana ianya punya hikmah setiap hidup yang kita jalani, kenapa kita masih mahu marah atas apa yang diberi? 

jangan pernah menyesal atas setiap keputusan yang dibuat dalam hidup, kerana inilah yang kita pilih, sama ada buruk atau baik kita harus jalani dengan sebaiknya. sebab itu lah munculnya 

" keputusan hari ini adalah masa hadapan "

hari ini kau memutuskan untuk apa? dan itu lah yang akan terjadi di masa hadapan kau. buruk, buruk lah ia, baik, baik lah ia. sebelum membuat sesuatu fikir lah apa yang terbaik . pasti kita temui jawapan. 

teruskan berjuang untuk masa depan diri sendiri.

selamat malam
semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan membawa seribu makna pada insan yang lemah seperti aku. 

p/s : selamat bercuti pada yang bercuti






Tiada ulasan: