Khamis, 29 Mei 2014

Internship

Assalamualaikum

- secara mengejut hati jadi rasa malu letak muka sendiri dalam entry- puihh mengada ngada la kau nok.

secara peribadinya, practical aku dah lama habis, ada la lebih kurang 2 bulan yang lalu. tolak tambah aku assume 2 bulan. baru hari ini aku rasa tangan aku ni rajin nak menaip tentang kejadian di tempat kejadian. mungkin perasaan rindu kepada kepada mereka mungkin. tak da la rindu sangat, mungkin rindu masakan mereka. yummy :).

almost 5 bulan ada dekat sana, dalam hati rasa mereka sudah bagai sebuah keluarga, mungkin tak serapat mana, tapi ikatan seperti keluarga tetap akan rasa walaupun sedikit. banyak yang dibelajar dekat sana, banyak sangat, bukan belajar tentang akaun ja semata, belajar tentang social life, communication, be kind, respect and everything :). 

first day dekat sana, rasa down, rasa tak nak datang dah esok, rasa cepat la bulan 4, rasa arghh rasa segalanya lah, sebab yeah tak biasa dengan semua benda ni, memang rasa "awat lambat sangat nak balik ni", tapi bila dah lama dah biasa, dah kenal semua orang dekat sana, rasa macam "mesti sedih kan nak tinggal kan semua kakak kakak dekat sana", begitulah manusia bila nak pergi baru nak sedih bagai, yang duk hari hari tak nak pula rasa apa kan.

alhamdulilah dekat LMC(longtitude management & consultancy) semuanya baik baik belaka, comel comel belaka. memang superb lah. it's nice to know you guys. rindunya alahai.. 

kak aimi yang dah perut dah buncit, sihat ka? baby sihat? rinduuu...
kak furqon yang comel comel teddy bear, macam mana tanpa kami rindu tak?
kak mi yang kecil kecil molek, kecik kecik cili padi beb. 
kak shima yang lembut lembut comel comel.
kak isma yang selalu mengajar guna mesin photostape.
kak ina kak nurul, boss yang baik lagi penyabar dengan kerenah kami.
encik haziri yang paling kami gerun, nak masuk bilik dia berjela doa aku baca dulu.
oh jangan lupa rindu juga nasi ayam restaurant zafee.. hye hye. 
oh oh ada lagi ada lagi rindu juga bun kedai day and day. 
ohhhhh rindu nasi lemak, lepat pisang (tapi bukan berbungkus dalam daun pisang lah), laksa, kurma ayam, semuanya lah. hehehe. 

hye semua, rindu sangat sangat. 

tidak dilupakan kepada budak budak practical, seperjuangan dengan aku, yang mengharungi detik detik indah bersama, mengharungi detik detik ketakutan bersama nak jumpa en haziri. rindu hangpa semua tau tak. syu (insaniah, budak paling awak keluar), nabel (kpm kot, dia special case sikit, haha dia tesl bukan akaun, dan dia ratu air mata macam kak aimi), kak afaf (uia, dan dia lah paling lama disana). apa khabaq semua? sihat? kahwin jangan lupa panggil. 

banyak benda nak cerita tapi malas pulak, nak cerita detail apa aku buat dekat sana, mana boleh biarlah menjadi sejarah kami bersama, ewah kau. 

dan TERIMA KASIH semua, terima kasih kerana menerima kami dengan hati yang terbuka, menerima kami dengan senyuman, menerima kami dengan ikhlas hohoho. dan terima kasih kerana disana result internship aku cemerlang. yeay. hye class, next sem kita jumpa balik. ohh rindu classmates. 

p/s : al-fatihah untuk pemangku sultan kedah dan sultan perak. dengan Dia kita datang dengan Dialah kita kembali. untuk wan dan adik juga. 








2 ulasan:

hana hadi berkata...

teringat hana internship dulu2.huhu

AMALINA YAAKUB berkata...

hana : best intership ni sbnarnya