Ahad, 27 Julai 2014

Her


Dia berkorban segalanya sampaikan dia disakiti tanpa henti, dia tak pernah berhenti walaupun dia tahu akhirnya tiada apa yang dapat, yang dia tahu akhirat nanti pasti ada sesuatu untuk dia, kuatnya dia mampu tersenyum walaupun hati adakala sedang marah, walaupun adakala kehidupannya dihimpit dengan bermacam macam.

dia mengalah bila ada yang lain sangat pentingkan diri, tak pernah dia merunggut walaupun benda tu tak sepatutnya dia lakukan. aku sangat kagumi kerana aku tahu tiada wanita sehebatnya di sisi aku selain dia. 

dia keluarkan air mata dalam senyuman, dia keluarkan senyuman sewaktu hatinya ditoreh, aku tahu dia dah tak berdaya seperti dahulu, tapi dia lakukan atas dasar tanggungjawab dan amanah dia kepada maha pencipta. 

aku yang melihat dan aku tak tertanggung sedih yang terbuku. kuatlah kamu wahai wanita kesayangan aku, jangan pernah berhenti memberi aku semangat kerana hanya kamu yang aku percaya, yang lain entahlah aku hanya menganggap mereka mungkin sebagai angin yang ada bila perlu dan pergi bila bila masa sahaja.

terima kasih kerana sudi menjaga aku dan menjadikan aku manusia, sungguh aku tak berdaya lagi untuk membalas, insyaallah suatu saat akan ada balasan untukmu wanitaku. doakan aku sepanjang aku hidup. aku lemah, sangat lemah sehingga adakala aku tak berdaya untuk bangun. tapi bila kamu ada aku menjadi kuat dan seperti ada sesuatu yang meresap dalam jiwa aku. 

aku hidup kerana kamu, dan aku teruskan hidupku kerana kamu. 

p/s : pagi yang indah ini aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada seluruh umat Islam yang ada. andai aku tersalah kata, terkasar tutur kata maafkan aku, kerana aku manusia yang punya beribu kelemahan. 



Tiada ulasan: