Sabtu, 20 September 2014

Hidup


Hidup! Hidup! Hidup!

selalu aku mengeluh dengan hidup yang satu ini, adakala aku give up dengan apa yang telah aku usahakan, adakala aku bangun untuk terus berdiri walaupun aku tahu sebanyak mana aku buat hasilnya tiada apa, tapi aku tetap bangun sebab aku percaya suatu hari nanti pasti ada yang menanti, tapi adakala aku dianggap bagai bodoh mengharap pada yang telah aku tahu aku akan gagal. 

dalam menjalani hidup tiada yang mudah, sama ada kau kaya atau miskin, kita semua sama sahaja, Tuhan beri kita sesuatu dan dia hilangkan sesuatu, Dia tidak memberi kedua duanya kerana Dia tahu apa yang terbaik, tapi adakala kita tamak, kita inginkan segalanya walaupun kita sudah punya dari cukup tapi hati itu tidak pernah merasa puasnya dengan apa yang ada. 

sering aku bertanya kenapa hidup ini terlalu payah? dan seseorang datang kepadaku dan kata, 

"kalau hidup ini mudah pasti tiada lagi yang menarik untuk hidup, seperti kita baca novel atau tengok drama, kalau manis sahaja setiap hari, mana nak cari sedihnya, mana nak cari kelaianannya. pasti kita mudah bosan, jadi dia beri kita sedikit rasa yang jauh dari manis untuk kita lebih menghargai apa yang ada dihadapan."

dan aku sedar yang hidup ini tidak lari dari ujian, tidak hilang dari masalah, jika kau memilih untuk menjadi lemah pasti kau sudah berhenti, tapi kalau kau memilih untuk terus pasti kau temuinya diakhir nanti. 

hidup ini tiada yang mudah, seperti kau mencari cinta, berapa banyak pun orang yang telah kau cuba untuk mencintai tapi putus ditengah jalan, kerana itu bukan cinta yang sedang kau cari. cinta yang kau cari ada dibelakang, dan kau tinggalkan kerana kau lebih memilih untuk hanya melihat ke hadapan kerana kau yakin dihadapan itu yang lebih baik. 

adakala hidup perlu pandang ke belakang semula, kerana takut kita berjalan terlalu laju dan meninggalkan apa yang terbaik untuk diri kita. jadi sentiasa lah meilhat dengan mata hati baru kau sedar kewujudan itu. 





1 ulasan:

‮ berkata...

Kita hidup utk dimatikan, kita mati sekali sahaja sbelum dihidupkn smula utk selamanya.
Jangka hayat manusia sekitar 70 tahun, apa pun kita jadikan jangka hayat rasulullah sbagai contoh krana baginda adalah sebaik contoh.
Rasulullah wafat pd usia 63 dan kita bole ambil fakta nmbor tu dan tolak dgn usia kita skarang, hasilnya nt anggap la itu adalah baki usia kita didunia ni, sungguh xlama kan?
Apa pn hal maut hak Allah.

Kita tahu kita akn mnhadap dan merayu pda Allah atas kesalahan kita didunia ini tp kita masih mlakukan kesalahan walhal kita sndiri tahu kita dah x lama pun disini.

Hebat betul manusia kan?