Isnin, 15 Disember 2014

Keep walking


Hidup semestinya sememangnya seharusnya payah untuk dilalui, kalau kau kuat kau mampu bertahan, tapi kalau kau lemah, kau jatuh pada langkah yang pertama lagi. tapi apa yang kau perlu tahu, macam mana susah dan peritnya sebuah kehidupan, hidup adalah hidup, kau perlu terus bangun dan jangan mengalah. kalau kau jatuh pada langkah yang pertama, kau bangun untuk langkah yang kedua. yang penting jangan berhenti untuk terus berjalan.

Seandainya hidup ini mengheret kau ke dunia yang memenatkan, kau berehat la sekejap dan kau sambung perjalanan itu kembali untuk kau jumpa satu jalan yang penuh dengan bahagia dan cerita. 

kalau di langkah yang pertama kau dah mengalah, macam mana kau nak lalui untuk langkah yang seterusnya, yang lebih banyak cerita, yang lebih banyak drama dan kisah dan yang lebih banyak dugaan. kau kena bangun, bangun untuk keseribu kali sekalipun. dalam hidup tiada perkataan mengalah. kau perlu terus berjalan dan berjalan. 



Tiada ulasan: