Rabu, 24 Ogos 2016

Getting Older

Assalamualaikum,


Bertambah umur maka bertambah la tua seorang Amalina. Perangai jangan cakap, tak pernah la nak matang, bila nak matang itu entah la. Masih bahagia dengan diri yang sekarang. Dah jangan nak serious sangat dalam hidup sampai berkedut muka tu. come on, chill sikit dan be happy.

art work from Zimi. 
she's kinda cute bila bab bab macam ni.

Alhamdulilah, masih lagi bernyawa, masih lagi mampu hirup udara yang Dia ciptakan, masih lagi mampu tersenyum dengan semua kesayangan, masih lagi mampu bergelak ketawa dengan semua lawak manusia yang takkan pernah habis. Thanks Tuhan untuk semua anugerah yang Kau berikan. #Blessed.

Aku tak tahu macam mana nak ucap terima kasih atas peringatan tarikh dimana aku dilahirkan. Tak tahu la kebaikkan apa yang telah aku buat sampaikan Tuhan berikan aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik di luar dan di dalam.

Mama dan Abah terima kasih sebab beri segalanya kepada seorang anak yang bila mengada dia muncul boleh buat sakit kepala dalam rumah tu.

Buat keluarga yang selalu ada disaat jatuh dan bangun, terima kasih. Ina tak tahu la macam mana nak ucap Ina sayang sorang-sorang tapi itu lah Ina sayang sangat sangat.

Untuk kawan baik yang sentiasa menjadi pemegang amanah ewah, banyak cerita, rahsia dan segalanya yang kami kongsikan. Terima kasih selalu ada dan ada, walaupun tak diperlukan masih ada. Tak pernah marah, tak pernah tengking, tak pernah bermasam muka, tak permah ambil hati dan tak pernah membenci walaupun aku selalu lupa nak balas whatsaap, berhari hari baru balas, sebab bila scroll "mati aku, tak balas lagi soalan budak-budak ni" dan walaupun kadang-kadang annoying betul perangai aku kan? sakit hati kan? tahu.

Untuk mereka yang sama-sama berjuang di taska, sekolah rendah, sekolah menengah, diploma dan degree, terima kasih sebab menceriakan hari-hari yang ada. Tanpa mereka mesti hidup dekat sana tak best, tak bermakna. Ya kan?

Terima kasih semua atas ucapan yang sangat bermakna. Doa-doa yang masing-masing ucapkan akan aku amin kan sentiasa bila aku baca balik nanti. Setiap tahun adalah kenangan baru untuk aku dan untuk semua. Sama-sama lah kuat untuk tempuhi hidup yang makin hari makin mencabar ni kan.



Sebab aku tak tahu nak save nama masing-masing dekat depan sebab nak mudahkan cari. so aku letak as "Miss" hahaha. Entah la apa yang bestnya semua doa bagi aku kahwin cepat cepat. 22 is too young to get married girls. have fun dulu. cakap nak travel sama-sama dulu. dah apa hal halau aku suruh kahwin awal-awal :P











thanks guys sebab bagi wish yang best best sangat. adoi adoi. tepat pukul 12 kemain lah kin and zaza post pic aku yang tak berapa nak matang dekat instagram tu. Hampir lupa birthday sendiri, mereka yang ingatkan. sweet sangat budak berdua ni sebenarnya. hahaha. disebabkan group presentation MA kami makin rapat. :) sebenarnya mereka kawan-kawan yang baru aku kenal tapi dah macam lama sangat kenal. mereka ada di saat jatuh bangun duk dekat upm tu. masyaallah bukan mudah nak adapt dengan tempat baru, suasana baru. thanks Munirah, Izzati, Ainatul, Haijah, Hamizah, Maryam, Amirah, Syameeza, Sakinah, Zatil, Nadiah. sayang semua sentiasa. 









rindu zaman diploma, banyak kenangan, banyak cerita best, banyak lah segalanya. rindu dat a sangat sangat. Inysaallah kita jadi kawan sampai bila-bila okey. 



keluarga yang selalu ada dan ada. terima kasih sayang semuanya. sayang sentiasa. tak tahu la nak tunjukkan macam mana. tapi yang penting sayang lah haha.







 



sama ada personally kenal aku atau tak, terima kasih sebab wish dan untuk semua doa-doa, aku amin kan. semoga kebaikkan dan kebahagiaan sentiasa ada dengan semua. 

thank you so much everyone.
family and friends.
may Allah bless all of you and may happiness followed you around. 

yeay
HAPPY BIRTHDAY TO ME
already 22 years old this year, another year and another journey. looking forward to create a very beautiful future with you and everyone. I love you :) 

bye



Tiada ulasan: