Ahad, 28 Ogos 2016

Life Lesson

Assalamualaikum,

Lately ni, hati aku berbolak balik betul. Aku tak tahu apa yang aku fikir tapi aku rasa betul-betul aku bukan dalam keadaan normal. Hati aku gelisah, apa aku buat semua jadi tak kena. Aku malas layan semua whatsapp kawan-kawan. Kalau aku rajin aku reply, kalau tak, hurm tunggu la sampai aku rajin. Entah la kenapa jadi macam ni.

Bila aku rasa serba tak kena macam ni, tetiba aku tengah scroll satu instagram yang jual buku ni, so aku jumpa satu buku yang aku just tengok cover dan terus aku rasa aku nak beli. Aku tak kenal siapa penulis dia, aku tak tahu isi dia apa. Tapi hati aku tergerak nak beli. Jadi aku keluar masuk kedai buku dan finally aku jumpa buku yang aku nak, itu pun puas aku tawaf kedai tapi tak juga jumpa. Last sekali aku tanya adik dekat dalam kedai tu ja la. hurm :(

MOVE ON by REYNA IBRAHIM
"Kadangkala pilihan terbaik adalah menerima."

Buku yang sangat membantu pada manusia yang jatuh terduduk, yang lemah, yang tak tahu macam mana nak bangun balik. Jadi buku ni untuk kita semua. Adakala Tuhan hantar apa yang ingin Dia cuba sampaikan melalui pelbagai cara, dan bagi aku buku ni sangat bermakna dan sangat sesuatu. #Recommended

Pujuklah hati, 
jangan sakit lagi.

Pujuklah hati,
jangan terus lemah begini.

Pujuklah hati,
bangkitlah daripada perit.

Pujuklah hati yang dirimu ada Allah menemani.

- Reyna Ibrahim -


Tapi dalam hidup aku, satu tutorial mudah yang aku selalu buat bila aku rasa aku lemah, aku tak berdaya, yang mungkin boleh bantu pada manusia yang tengah cari kekuatan sementara untuk kembali kuat. Ini cara dia. 

Kalau kita rasa kita ditolak atas sebab atau tiada sebab yang mampu puaskan hati sendiri,
jadi terima lah dengan hati yang terbuka. 

Kalau kita rasa tidak dicintai atau tidak dihargai oleh seseorang,
lepaskan dia pergi dengan hati yang tenang. 

Kalau seseorang atau sesuatu benda tak memihak kepada kita,
buka langkah yang besar dan terus berjalan, jangan pandang belakang lagi. 

Adakala "TIDAK" daripada seseorang sebenarnya "YA" pada seseorang yang lebih baik.



Pada yang sedang kecewa, bangun lah. Untuk apa masih layan kekecewaan yang takkan sudah tu. Kekecewaan hanya mampu membuatkan manusia menjadi seorang yang gagal tapi untuk menjadi yang berjaya seseorang harus bangun atas kekecewaan yang sedang ditempuh. 

Jangan belajar putus asa. Jangan pernah. 
Semua orang berhak untuk merasa bahagia dan dicintai.
Jadi untuk apa takut untuk mencari.

Semoga semua berjaya. 
bye :) 


Tiada ulasan: