Hey Langkawi #BffVacay #DQtakesLangkawi

by - 2:10 PTG

Assalamualaikum guys!
Sihat?
Dah makan?
Dah kenyang?
Dah bahagia? eh!

Yang tengah holiday macam aku yang satu ni, yeay selamat bercuti ewah, marilah kita mengumpul lemak lemak yang ada sambil layan drama korea yang semakin hari semakin lagha ni hidup aku. Yang tengah kerja ka tengah intern ka tengah buat apa sekali pun, have fun dengan apa yang sedang dibuat.

Ini cerita bulan April hari tu tapi baru sekarang bulan Julai aku update. Nampak tak sibuk tu? sibuk membela badan hurmmm. 


1 April sampai 2 April 2017, waktu tu cuti mid semester, so tak ada buat apa dekat rumah, kami 7 orang decide la nak short vacation sesama, since lama gila tak spend time sama-sama tapi di akhir perancangan hanya tinggal 4 lagi 3 ada urusan. Sadis!

But, vacation is vacation so  guna masa yang ada sebaiknya, dan luangkan masa sesama, even singkat ja tapi beri makna yang banyak kan. Oh btw, time pergi sana tu aku demam yang masyaallah. Selamat ada akak akak yang boleh jagakan so mereka lah kawan dan lawan aku. Thank you as always weyh. Giler tak sayang kan.

1st DAY - 1 APRIL 2017
Naik ferry dekat Kuala Kedah dalam pukul 8.45 macam tu kalau tak salah, so dalam sejam setengah juga la, bergoyang dalam tu, tapi kalau jenis orang yang mabuk laut, ambil flight ja la kan. Tapi tak Langkawi la kalau tak naik ferry kan, baru rasa gelora tu sikit hahaha.

Sampai ja dekat sana, terus call orang yang kami nak ambil kereta sewa then kalau tak perempuan la nama dia tak singgah shopping, coklat coklat coklat woii, pastu dah penat check in chalet dekat Pantai Cenang. Check in bilik dekat Sandy Beach Resort and rate dia dalam 130++ including breakfast. bilik okey, view biasa biasa ja, view yang hadap pantai fully book. So memana ja boleh kami ni.

Makan apa semua, jalan jalan pantai, tapi spoil la sikit sebab musim hujan so terhad la nak pergi mana pun. Malam jalan jalan dekat Cenang tu at the end end up makan MCD, dekat sana la time tu 1st time rasa ayam MCD yang pedas giler nak matey tu, dah la demam, makan pedas pulak, at the end Kah yang kena habiskan.


Start bulan yang baru dengan semangat yang baru arghh kekonon weyh. Dah pergi time awal bulan April, so macam start the new month with new hope and new vibes. wahahahaha.



Raihah tapi aku panggil Aah.


Raihan aku panggil Aan
Syafika aku panggil Kah ja kadang kadang

2nd DAY - 2 APRIL 2017
Breakfast pastu get ready nak pergi Island Hopping. Tak Langkawi la kalau tak ikut serta pergi ke satu island ke satu island ke satu island.


Mata aku rabak! demam makin menjadi jadi, kena hujan pulak, Allahu!




ISLAND HOPPING bermula.
Orang pakai t-shirt and track, ini tak memang semua dah plan tak nak mandi just nak jalan jalan. so boleh tahan juga la basahnya jeans aku tu hahaha





Tasek Dayang Bunting
tera hang nak sampai kat tasek tu dugaan dia masyaallah, boleh kurus kalau hari hari, dengan monyet duk bersapa lagi. oooo siap ada oink oink weyh, selamat jenis tak kejar manusia. Yang pasti air dia cantik gila weyh, hijau ja, tapi hati hati la ya!




Beras Basah


Done it!
banyak tempat tak pergi since hujan lebat sangat dan aku pun demam so memang terhad itu ini, apa pun best friend kan, enjoy every moment ja la, even lepak bilik ja banyak hahaha. Insyaallah nanti kita pergi lagi kalau ada masa lagi.

Full video trip aku ke Langkawi >>>>> https://www.youtube.com/watch?v=2ZoQxQ77ses 


bye
see yah
love yah



You May Also Like

0 000 orang comment