Ahad, 2 Julai 2017

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,
Aku kembali, akan nampak lah blog ni berupdate bila sem break menjelma, kalau tak cuti busy benor hidup dengan kertas kertas dan nombor nombor yang membosankan hidup seorang Amalina.

Sebelum tu aku nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, masih tak lambat kan kalau aku nak ucap, aku minta maaf kalau aku ada buat salah secara sengaja ataupun tidak sengaja. Terbuli itu ini ka apa ka, aku ni memang kan. Maaf dan ampun weyh. Manusia yang serba serbi kekurangan ni kalau buat salah bukan nak perasan. Adeh.


Raya pertama macam biasa untuk setiap tahun, beraya dengan keluarga-keluarga rapat dekat Bukit Pinang, Kedah. Kampung dan syurga untuk semua ahli keluarga berkumpul secara berjemaah. Ini belah mama aku. Since ma aku ramai gila adik beradik dan yang best ma aku anak sulung so ramai lah sepupu sepupu yang muda pada aku. Yang tak bestnya aku lah kakak yang sentiasa kena buli dengan budak-budak ni, tapi mereka lah kesayangan seorang Kak Ina, tapi Afiq panggil Kek Enna. Rindu!







Masa untuk melawat kawasan kawasan yang aku ni setahun sekali ja jumpa semua orang, sampaikan kalau baju raya aku ni tak sama dengan ma aku, depa boleh cakap aku menantu baru dalam rumah. Ehemmmm itu tak masuk dek akal betul. 

p/s : By the way, yang baju merah tu pakusu aku, masih single, jadi mana mana calon yang sesuai dan berani masuk dalam keluarga generasi Pak Ali, boleh pm *keyit mata*

Ini pulak cerita hari raya kedua, berkumpul secara berjemaah dekat rumah makngah aku, just kumpul reramai dan sembang macam tiada hari esok menjelma, makan macam esok dunia akan habis barang untuk makan. Bila raya menjelma, rosak diet yang sebulan dijaga rapi. 








Ini cuma setengah dari generasi Pak Ali, arwah wan dan arwah tok mesti bangga dengan kami semua kan, sebab masing-masing masih bersama walaupun mereka dah tak ada. Orang lain selalu tanya "kenapa nak balik kampung lagi, wan dan tok hang kan dah tak ada." tapi walaupun dah tak ada, keluarga tetap keluarga, sentiasa ada bersama walaupun mak dan ayah dah tiada. Wan dan tok, Ina rindu! Ini raya ketiga tanpa wan dan raya kedua tanpa tok. Rindu sambal ayam tok, rindu dengan lawak wan.

Semoga semuanya baik baik sahaja, walau dimana pun kami semua berada, keluarga yang utama, walaupun jatuh dan bangun, keluarga yang ada dahulu sebelum orang lain. Mereka manusia yang sentiasa aku letak dahulu sebelum orang lain. aku memang anak, anak saudara, sepupu yang clingy untuk mereka. Wahahahaha. 

Thank you!


FAMILY PERSON! yes I am.
SELAMAT HARI RAYA untuk sekali lagi 
DARI GENERASI PAK ALI dan TOK MAH
Love, Amalina Yaakub.




Tiada ulasan: