Rabu, 26 Julai 2017

Ya! Memang Orang Kedah Pun.

Assalamualaikum,

Unexpected journey macam tu la cerita dia, jalan tanpa arah dekat negeri sendiri yang asyik cakap orang Kedah tapi satu tempat dekat Kedah pun tak nak jelajah, sebenarnya ini memang jalan yang kelibut sikit lah. Keluar dari pagi tapi akhirnya akhir dekat satu tempat yang kami pun eh apa benda la tempat ni. Memang gagal la nak jadi tourist guide dekat negeri sendiri kan.

Sebenarnya, tengah cari tempat cantik cantik dekat sini nak shoot Shawl dari Zyra Aisya. By the way, Zyra Aisya satu brand shawl yang founder dia makngah aku sendiri, aku tolong cuti cuti ni. Tolong jadi model juga lah since kami tak ada model yang official lagi so anyone can be la cerita dia. Kalau nak tengok shawl shawl mereka boleh dekat bawah ni :

Instagram - Zyra_Aisya
Facebook - Zyra Aisya

Klik klik klik okey!

OKEY! Kembali.

Tempat pertama yang dalam kepala dekat Masjid Al Bukhari. Sumpah cantik gila. Ni memang tempat wajib la kalau musim raya, lepas solat raya ja sumpah ramai benor manusia dan aku bukan disitu time tu.


nice kan


double chin, siapa kisah weyh!


masalah utama aku!
tangan dan tangan!
AWKWARD! 




Kawan since zaman diploma, zaman kelas sesama, umur sesama cuma perangai ja tak sama hahaha. aku macam biasa lebih cool dari semua orang. Dia lah kawan aku yang jangan memain woiii temper hahahahaha. Bertuah tau dapat kawan macam aku Nad, relax dan cool ja. Sumpah! kalau tak percaya hahaha.


Ni kawan yang selalu bergaduh, dulu diploma memang sekali tapi tak pernah bertegur apa pun, senyum pun idak, nasib la waktu degree, waktu orientasi tengah cari baju putih, aku jumpa dia dan kawan sampai sekarang.

Habis cerita duk lepak depan sana, tangkap gambar satu dua, tapi tak ada la satu dua banyak juga lah. Pastu lapar! singgah Aman Central makan McChicken dengan Ice Mocha (obsession). Lepak, sembang, gosip, shopping itu ini, dah settle. Gerak!

Solat Zohor dekat Masjid Zahir, 1st time weyh masuk. Nama ja duduk sini, tak pernah duk masuk, cantik betul suasana dia. Bangunan! sesuatu sangat. Beautiful!





Dah habis satu, satu pulak kami pergi, memang jalan yang tak berarah tuju. Bantai ja na pergi mana pun. Memang rasa hala tuju yang tanpa arah. Selamat la ada Meeza yang pakar jalan dekat sini. Nak harap ke aku? sumpah weyh sesat macam tu ja la kejap lagi ha!

Menara Alor Setar, lalu ja tak pergi pun. Bahahahahaha entah la tak pernah la lagi rasa nak jelajah apa ada dekat area menara tu. Tunggu la bila bila aku rajin pulak kan.



Pastu gerak pergi Kuala Kedah, entah la apa kami cari, saja jalan jalan, tengok apa ada dekat Kota Marina apa tu. Tak ada gambar nak tunjuk sebab tak sempat nak tangkap, busy dengan jalan dia yang macam nak jumpa jalan mati ja kami ni. Last kali u-turn macam tu ja.

On the way nak balik rumah, singgah Gunung Keriang. Itu pun jumpa monyet monyet dari tok tokwan dia sampai la cucu entah cicit mungkin. Aku? penakut weyh. Tapi salute la dekat abang yang rajin gila bagi monyet monyet tu makan. Aku tengok dia bawa pisang la epal la apa la. Bagus betul awak ni. 

Nak makan Ais Kacang dekat Tasek Darulaman, sekali kedai kedai situ pulak dah tutup. Tak tahu la kenapa, tetiba rasa macam mungkin dah bertahun aku tak jejak kaki dekat sana kot. Mana makcik Ais Kacang sedap tu p? Makcik? Rindu Ais Kacang! Pakcik Makcik yang jual belon pun dah tak da, perasaan sedih tu susah nak gambarkan.

Akhirnya, memilih untuk lepak sambil makan makanan yang dalam dulang dekat Coolicious area C-mart BDI. Orang selalu viralkan dulu, cakap tiptop so kami pun terpengaruh dan cuba tapi sorry not met my expectation, mungkin kalau repeat makan yang dalam dulang tu, tak la kot, maybe makanan lain, aku order Ice Mocha juga dan yeahh ada macam kurang sikit. 

Tapi yeahhhh
balik jom hahaha.
So done it!

Have a nice day everyone!
I love you :)





Tiada ulasan: