Selasa, 1 Ogos 2017

August's Babies

Assalamualaikum!
Hye!

Selamat datang Ogos! semoga bulan ni memberi banyak makna dan kenangan untuk semua orang, semestinya bukan untuk aku ja la ya. Aku! adalah AUGUST BABY :) dan aku tersangat obses dengan bulan aku lahir sama semesti aku obses dengan Unicorn dan Ji Chang Wook. Tak boleh nak buat apa.

Aku akan cukup umur sebanyak 23 tahun untuk 2017 ni, dan aku rasa aku tersangatlah matang dan tua untuk umur tu. Masih rindu zaman belasan tahun yang terasa muda belia remaja uolls. 



Untuk tahun ni, tiada apa pengharapan yang tinggi atau untuk cuba dicapai. Cuma satu harapan yang biasa biasa yang setiap tahun aku brought forward ala ala balance dalam account baki b/f gitu. Macam biasa 

Tolong la badan tu kurang sikit lemak degil.

Tolong la pipi tu jangan nak chubby macam kuih bahulu sangat.

Tolong la makanan sedap sedap jangan nak wujud sangat dalam hidup aku.

Tolong la makan sayur wahai seorang Amalina.

Tolong la bawa bawa rajin workout sikit.

Tolong la jodoh cepat sikit sampai. eh! kidding!

Tahun ni hanya berkisar tentang lemak lemak degil yang wujud yang susah betul nak pergi. Senang naik senang la turunnya tapi itu lah, bila dekat rumah, siapa ja nak tolak apa yang ada depan mata. Duk asrama boleh la, pejam mata tak beli, so tak ada la depan mata, so tak ada la nak makan, so tak ada la badan nak naik sangat, so selamat la sikit. Ini aduhai! rasa nak ja lempang lemak lemak yang ada. Kau degil snagat apa hal doe!

Bosan bab lemak kan.

Aku harap result semester 4 come out well lah, dan aku boleh intern dengan selamat untuk semester 6 hendaknya. Takut juga bila fikir result ni, paling seram sem lepas la, aku rasa paling subject menyeramkan, sebab? teori semua! dan aku! sangat membenci apa itu teori itu ini. I need a lot of numbers! masyaallah.

Dannnn

Happy Birthday who celebrate it together on this month. My date on 23rd August so dont forget to wish *wink*.

To those who celebrate it either 1st August or until 31st August, I wish you Happy Birthday and have a long and pretty life. Stay kind, stay nice, stay smart, stay healthy, stay charming, stay pretty, stay look pretty good, stay the way you are and be happy with what kind of journey you may be begin or already begin. May God bless you, not only the day you are born but forever till hereafter. Have a sweet birthday August Babies.

bye
love you more
good luck.



Tiada ulasan: