Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub

 Hi!

Hari ni aku nak cerita jenis jenis jerawat dan cara merawat atau jenis bahan apa yang sesuai untuk rawat setiap jerawat yang naik dekat muka kita tu. Aku tahu ramai yang struggle nak hilangkan jerawat dan aku salah seorang yang masih struggle nak hilangkan setiap kali dia datang.

Jerawat aku selalu datang bila aku ada event penting atau pun, minggu nak keluar dengan kawan kawan, entah dendam apa jerawat tu dengan aku, setiap kali tu mesti dia naik. Sedangkan tak ada pulak aku beria tukar skincare atau try apa apa produk baru ka apa.

So aku nak cerita 2 jenis jerawat juga dan 2 ni memang tergolong dalam kalangan jerawat juga.

1.Blackhead

2.Whitehead


JENIS JENIS JERAWAT



BLACKHEADS

Blackheads terjadi disebabkan oleh sel kulit mati yang tersumbat, selalunya bila kita jarang exfoliate muka, so minyak minyak, kesan sunccreen, kesan apa apa jenis yang kita letak dekat muka, tak dicuci dengan betul akan mengakibatkan tersumbat dan tidak di scrub/exfoliate.

Selalunya kita akan nampak macam hitam hitam ada dekat hidung, dahi atau dagu. Selalu tempat yang berminyak. 

Sebaiknya exfoliate muka seminggu sekali atau seminggu 2 kali. Ikut jenis kulit. Ikut ketahanan kulit masing masing. Boleh tolerate atau tak untuk exfoliate ikut berapa kali yang diperlukan.

Cara hilangkan:

Exfoliate 1x/2x seminggu.
Masker 1x/2x seminggu.

Boleh guna:

AHA/BHA

Salicylic Acid



Lactic Acid


Clay Mask




WHITEHEADS

Whiteheads terjadi disebabkan oleh pori pori tersumbat, selalunya bila kita ada guna moisturizer yang thick sangat dan tak sesuai dengan jenis kulit, sebab tu lah tersumbat segala macam dan akan naik biji biji kecik dekat kulit.

Selalunya bila kita sentuk area hidung, dagu atau dahi rasa tak smooth, rasa macam ada biji biji tu. Kalau kata awak picit dekat hidung tu kadang kadang dia keluar ja tapi bila kita buat macam tu, liang pori akan terbuka dan boleh jadi macam ada kesan lubang dekat hidung kadang kadang.

Cara nak hilangkan dia, masih sama kena exfoliate, kena buang semua segala macam yang tersumbat dekat kulit tu. Jangan dibiarkan.

Boleh guna:

AHA/BHA

Glycolic Acid


AHA

So ada few produk yang aku guna dan worth it untuk hilangkan whitehead and blackhead. Tapi kalau rajin lagi ada satu tips yang awak boleh try. 

1. Cuci muka guna air suam.
2. Cleanser oil dan gosok gosok dekat muka 15 minit macam tu.
3. Ambik kapas tekan tekan dekat tempat yang rasa macam ada blackhead and whitehead.
4. Cuci muka dengan cleanser.

Done!
Insyaallah keluar, selagi dia tak sedegil degil mana lah. Kalau dah degil sangat, exfoliate ja muka, tak payah nak kasar kasar sangat dengan kulit. Lembut lembut ja.

Semoga bermanfaat. 
Bye.


8:45 PTG No 000 orang comment

Hi, aku baru habis baca novel Tiba Tiba, Dia Ada dari Rehan Makhtar, aku ambil masa dalam sehari ja untuk habiskan dan novel ni menarik untuk dihabiskan. Awal awal bab dah buat aku rasa gelak sorang sorang dengan perangai Ayie yang tak semenggah nya.

Sejujurnya, aku tak pernah lagi baca novel yang hero and heroin dia beza umur banyak, especially yang heroin. Both beza 7 tahun, Ayie 22 tahun dan Arya 29 tahun. Untuk aku macam agak awkward kalau kenal dengan lelaki yang jauh sangat beza sebab dari segi kematangan cara kita berfikir, boleh jadi susah nak compliment each other macam tu.

So, bila baca sinopsis, rasa macam, malas dah nak baca, sebab risau Ayie ni perangai macam budak budak tak matang. Yang tahu nak enjoy zaman muda ja. Tapi aku bagi diri aku peluang untuk baca sebab penulisan Rehan Makhtar is the best. Santai dan smooth. 

Sinoposis

Seandai dirinya tercipta untukku, relaku menjadi miliknya.

Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi.

“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie

“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband. Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya

Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri.

“Such a sweet talker...” - Arya

“Told ya... I was born with it...” – Ayie

Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.

“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya

“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie

Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan. Adakah mereka berjaya menghadapinya?



So, bila dah habis baca, dari awal bab lagi, dah rasa fun, means aku habis satu bab ka satu bab, rasa tak bosan bila baca. Tak meleret. Ada isi yang nak diketengahkan dan yang pasti boleh habiskan in one sitting, tanpa perlu cari mood ka apa untuk cuba habiskan.

Aku tersangatlah impress dengan perangai Ayie, tak sangka dia sangat lah matang dari segi pemikiran even dia boleh handle masalah rumah tangga dia dengan smooth tanpa melibatkan emosi. Nak settle masalah tanpa melibatkan emosi, sangat lah susah. Kita manusia, kadang kadang boleh terlepas dan terbabas dengan perkataan bila marah. Tapi Ayie tak. Dia tak cepat melatah even dia beri masa untuk Arya terima kewujudan dia dalam hidup.

Hubungan dorang slowly build up, tak tergesa gesa, kenal diri sendiri dan handle masalah sama sama. Bagi aku dalam hubungan apa pun, kepercayaan sangat lah penting, komunikasi kunci untuk kesemua masalah. Bila ada masalah, sebaiknya tanya dahulu, dengar penjelasan, jangan buat keputusan mendadak tanpa dengar apa apa penjelasan. Nanti menyesal.
Elemen elemen keagamaan yang dimasukkan, sangat mengena untuk manusia yang kadang kadang ni lalai bila melibatkan hati dan cinta.

Good job untuk Rehan kali ni. Memang novel yang penuh isi dan cerita. Bukan typical kahwin paksa yang pasti, suami dera mental isteri ke apa. Tidak tidak. Hubungan dorang yang manis, cantik dan tenang untuk dipandang dan dibaca even waktu mula mula baca, tersentak juga lah, risau kalau Ayie tu tak senormal lelaki hahahahaha. Nasib baik.

Goodreads : 4.17
Rate : 4.5
Price : RM 25


1:35 PTG No 000 orang comment

Hi, hari ni aku nak review satu novel yang aku ambil masa dalam 2 hari untuk habiskan. Macam biasa, novel Siti Rosmizah (SR) tak pernah mengecewakan. Segala emosi terselit dalam setiap helaian. Ada rasa marah, sedih, bahagia dan kasih sayang.

Macam biasa novel SR takkan lari dari tema kahwin paksa, kisah rumah tangga, kasih sayang ibu dan anak, ayah dan anak, suami dan isteri, ibu mentua etc. Semua kisah diadun untuk dijadikan novel yang penuh dengan emosi.

Sinopsis (Goodreads)

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.


“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.

Apa yang aku boleh cakap, novel ni untuk orang yang hati kental, hati batu mungkin tak akan menangis la kot kan. Tapi untuk orang yang memang lemah jiwanya memang akan menangis dari mula sampai akhir. Waktu aku baca tu, sampai dekat pertengahan memang dah start dah mengalir air mata, tak boleh nak tepis, bengkak bengkak mata bila baca. 

SR kalau bab main dengan emosi memang padu. Tak boleh nak dilawan. Kalau rasa tengah sedih, pilih pulak Novel sebegini, memang tak akan stop air mata. 

Sepanjang aku baca, bagi aku Riana memang seorang yang kuat dan tabah untuk hadap perangai Zafran, ego Zafran tersangatlah tinggi, kalah KLCC, aku sendiri termanggu and fikir ada ka orang se-ego Zafran ni di real life. Kalau ada minta dijauhkan lah untuk aku. Aku tak rasa aku mampu hadap manusia macam tu.

Mummy and nenek si Zafran ni memang boleh undang makian berjemaah. Dia punya kejam dan jahat tu rasa macam nak humban ja sorang sorang dalam gaung. Jahat betul perangai.

Tapi part paling sedih sekali, waktu Cinta (anak Riana dan Zafran), bila Zafran tak terima kewujudan dia, mummy dan nenek si Zafran tu buat jahat betul dekat budak sekecik tu, rasa nak pelengkup kepala tiga tiga manusia tu. Menusuk jiwa bila baca. Sedangkan bukan salah dia lahir tak sempurna, semua kan dah ketentuan Tuhan. Kita yang manusia ni siapa nak mempertikaikan semua tu. Sedih rasa, tersedu sedan bila baca. Tak kuat rasa nak habiskan setiap ayat.

Tapi apa boleh cakap semua yang terjadi ada hikmah, yang pasti pengakhiran pasti akan bahagia. Riana layak untuk semua bahagia yang dia dapat dihujung hujung, tapi itulah derita dia lagi banyak dari bahagia. Tabahnya dia. Tabah sangat.

Goodreads : 4.26 stars
My Rated : 4.5

Harga : RM33.90
M/S : 1000++




8:51 PTG No 000 orang comment
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ▼  2021 (12)
    • ▼  Oktober (1)
      • Produk Untuk Hilangkan Whiteheads & Blackheads
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates