Assalamualaikum
ada perkara yang kita tak mampu untuk memilih sebab itu yang dah tertulis, macam mana aku atau kau cuba lari sekalipun kalau DIA kata itu adalah yang terbaik untuk kita, itulah yang perlu kita lalui. walaupun kita melihat apa yang tertulis terlalu kejam buat diri kita, kita harus teruskan sebab setiap kejadian punya sebab tersendiri.
aku pernah membenci sesuatu sampai suatu saat aku tak mampu untuk melihat perkara itu. tapi mungkin DIA ingin tunjukan itu adalah jalan yang paling baik untuk aku, untuk aku terus survive sampai sekarang dan perkara itu menjadikan aku berfikir bahawa setiap apa yang dibenci mungkin ianya anugerah yang sangat indah kalau kita cuba untuk mengali setiap apa yang ditulis untuk kita.
mama abah, ahli keluarga, jodoh bukan kita yang pilih atau kita yang tentukan tapi DIA yang ciptakan insan insan ini untuk menjadi insan yang sentiasa berdiri di sebelah kita tanpa kenal erti kalah. DIA tetapkan mereka sebab DIA tahu insan insan ini adalah yang sangat terbaik untuk sentiasa mendengar melihat kita sebagai apa. kalau orang lain mampukah bersabar dengan setiap yang kita buat?
aku bersyukur aku dikurniakan mama dan abah yang sentiasa menjadi kekuatan dikala jatuh bangunnya aku, walaupun adakalanya aku menangis kerana kata kata mereka, aku tahu itu adalah yang terbaik, dari setiap perkataan yang dikata adalah pengajaran buat aku walaupun ianya hanya satu ayat yang mudah yang hanya dipandang kosong oleh orang lain. kata kata mereka adalah racun dan kata kata mereka jugalah adalah penawar bagi keracunan itu.
aku punya ahli keluarga yang rapat disebelah mama dan abah, mereka adalah insan insan yang sangat sesuai untuk menjadi ahli keluarga aku sebab mereka adalah insan yang sangat aku ingin hargai walaupun mereka hanya seorang insan yang nobody but somebody untuk aku. walaupun adakalanya mereka adalah insan yang mampu membuatkan air mata yang payah untuk meniitis ini menitis menyembah bantal, mereka tetap menjadi insan yang aku hargai dari aku lahir sampai lah sekarang, walaupun adakalanya aku argue pendapat mereka tapi sebenarnya aku dengar dan aku fikir setiap yang dikata.
jodoh, aku masih belum ada final decision, sebab aku masih mencari dan aku belum tahu siapa jodoh aku, baik atau buruk aku sendiri no clue, aku sendiri tiada arah untuk mencari insan itu sebab aku masih belum bersedia dan aku masih belum cukup baik untuk aku berdiri disebelah dia untuk bersama sama harungi satu cabaran dan dugaan dunia. biarlah aku letak soal ini ditepi, masih muda untuk berfikir walaupun orang seusia aku dah berlumba untuk mencari dan berfikir jauh kehadapan ( kahwin ). tapi aku masih berfikir sudah cukup baikkah aku untuk insan itu? sudah mampukah aku menjadi sebaik insan yang dia inginkan? soalan ini yang sering ditanya dihati.
setiap yang dutentukan, dijadikan sudah tertulis buat kita, kenapa kita nak memilih apa yang sudah tertulis? kenapa kita nak marah dengan setiap apa yang dah DIA ciptakan untuk kita? kenapa kita nak mengeluh setiap dugaan dan cabaran dalam hidup? kita rasa kitalah paling teruk tapi kita tahu ka ada yang lagi teruk? kita tamak sebenarnya bila kita nak setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah apa yang kita ingin kan dan impikan.
awak dan saya adalah sama
dah itu yang tertulis kenapa masih mahu marah?
terima lah kerana
" mungkin apa yang dibenci adalah baik buat kita, dan mungkin apa yang disuka adalah buruk buat kita "
live your dreams guys.
bye
good night love <3