Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub


Hari ini entah apa kena dengan diri sendiri buka laptop dan rasa ingin menaip di laptop, aku pernah berjanji dengan diri untuk tidak cerita hal hal yang buruk lagi di blog, konon inginkan sebuah ketenangan, aku juga berjanji untuk tidak aku kongsikan apa yang aku buat di blog untuk biarkan ianya menjadi sebuah privasi hidup aku tapi bila aku mula berfikir, apa salahnya untuk aku bercerita disini mana tahu suatu hari aku terkena alzheimer ada juga blog aku yang aku mampu baca dan ingat kembali semua memori hidup yang aku telah lalui. hidup adalah seketika sahaja kan. Dan hari ini aku mula menaip kembali untuk berkongsi apa yang aku rasa, bukan spekulasi cuma berkongsi. 

Dan bulan yang baru, minggu yang baru aku cuma mampu menaip tabiat aku yang satu ini hingga mampu membuatkan orang sekeliling aku naik hantu dengan aku dimana satu tahap kesabaran mereka diuji, aku sering tanya kepada lelaki yang ingin dekati aku, adakah mereka mampu untuk berdamping dengan ku apabila tabiat dan perangai aku itu muncul? dan jawapan yang pasti mereka kata, "okey i'm quit" jadi aku mudahkan, pergi sebelum tercedera hati dan mental. Oleh sebab itulah diusia aku 20 tahun aku masih sendiri dan tiada yang istimewa sepanjang 20 tahun aku hidup malah aku tak pernah kenal istilah bercinta. Masih muda dan aku masih belajar mengenal dunia itu bulat. 

Benar tabiat aku yang satu ini sungguh aku rasa memenatkan semua manusia di sekeliling aku, mama abah aku mereka sudah faham kerana mereka ada dan melihat aku membesar, dan mereka ada melihat jatuh dan bangunnya aku tapi adakala kesabaran mereka juga diuji hingga mampu aku yang berumur 20 tahun ini dimarahi seperti anak kecil. 

Dan sikap, tabiat. perangai ini makin menjadi menjadi bila usia ini menginjak ke angka yang lebih besar mungkin. Satu sifat yang tidak tertanggung dek mereka aku akan diam, lari, pergi, dari semua masalah, aku mendiamkan diri dan biarkan hanya air mata yang mengalir bila aku punya masalah yang maha hebat. Aku tak suka berkongsi walaupun dengan orang yang aku rapat, kalau aku bercerita hanya aku cerita 10% dari yang sebenarnya, dan aku mampu diamkan diri berhari hari tanpa sepatah kata keluar dari mulut aku, mulut yang DIA berikan untuk aku berkata kata, aku kuncikan sehingga semuanya aku berasa tenang, aku lari dari masalah aku sehingga akal aku mengatakan semuanya bakal okey. aku bawa diri ketempat yang bisa menenangkan aku dan berteleku disitu untuk berapa lama yang aku inginkan. Kalau manusia yang tidak kenal dengan aku pasti mereka sudah lari bersama putaran masa.

Itulah aku kata, tiada manusia yang tahan denganku kecuali insan itu ada melihat aku membesar. Tiada yang tahan denganku, kerana adakala bila aku punya masalah, walaupun kau kawan aku, aku akan buat kau macam orang asing, waktu itu aku tak suka diganggu, tak suka berkongsi apa apa, walaupun hanya sebiji sweet. Jadi siapa yang mampu menjadi pendamping aku? itulah aku kata, tiada yang sudi hanya kerana aku punya tabiat yang teruk dan bisa cederakan banyak hati dan perasaan. Jika kau sahabat aku pasti kau tahu tapi jika kau bukan, kau akan pergi jauh dari aku, jika kau insan yang melihat aku membesar pasti kau memberi aku ruang untuk bersendiri, tapi jika kau bukan insan itu kau akan terus mendesak untuk aku cerita dan waktu itu kau juga akan pergi jauh bila desakkan hanya dibalas air mata dan renungan tanpa hati. 

Aku punya kelemahan, kau punya kelemahan, aku terima dan kau menerima, kau terima dan aku menerima. Itulah insan yang benar benar aku tunggu, tapi entah jawapan untuk kotak kosong dalam hati aku masih pudar. kalau hanya kenal aku sebulan 2 bulan 3 bulan itu hanyalah diri aku yang penuh drama. realiti bila kau mengenali aku melebihi suatu tahap yang sebetulnya. dan aku yakin waktu itu kau mula ingin undur diri. 

Aku rasa panjang pulak aku menaip, terima kasih kerana ada juga yang membaca, ada juga yang menyinggah satu blog picisan kehidupan yang penuh dengan hitam dan putih tanpa warna warni colour stabilo. bye. semoga yang membaca bukan seperti aku. 

9:27 PTG No 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ▼  Mac (1)
      • Mendiamkan Diri
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates