manusia itu benar seorang pendosa, tiada manusia yang tidak pernah melakukan dosa, TIADA. dan aku juga begitu, sering kali aku menjadi pendosa, adakala aku lupa apa yang sedang aku lakukan suatu dosa tapi aku buat juga, walaupun benda itu benar kecil, tapi ianya tetap dosa, dah kalau hari hari kita buat tidak kah dia jadi dosa besar kelak? sering kali juga aku lupa akan-Nya bila aku sedang melakukan dosa, aku lupa dia sentiasa melihat dan akhirnya aku dapat kifarahnya hasil apa yang telah aku lakukan.
sungguh aku takut, takut akan-Nya tapi manusia mana pernah kenal erti kesal apa yang dilakukan, esoknya pasti dilakukan kembali. sungguh aku kata aku ingin berubah tapi, perubahan aku cuma sebentar, aku jarang istiqamah dalam setiap yang aku lakukan. maafkan aku Tuhan. maafkan aku.
hati sering berdetak bila ujian ditimpa kepada diriku, berdetak berkata "ini kerana sifat kau, sifat yang tak ingin kau ubah''. benar 2014, sungguh menguji diri aku, selangkah aku melangkah ketahun 2014, dengan itu ujian hidup aku bertimpa-timpa datang tanpa henti, sehingga ada suatu masa aku menyerah, menyerah kalah dengan kehidupan, tapi aku lupa ujian itu sebenarnya untuk aku menjadi insan yang lebih baik. bila ujian yang datang maknanya Dia masih sayang akan aku dengan mengingatkan aku hidup ini hanya seketika cuma.
pernah dulu aku mengharapkan ada sepasang tangan datang memberi harapan kepadaku untuk aku kembali benar benar dijalanya, tapi aku lupa setiap insan yang muncul hanya seketika, hanya ada bila aku bahagia, mereka bukan seperti insan yang melihat jatuh bangunya aku, dan mereka bukan insan yang aku butuhnya untuk sebuah perubahan, kerana itu juga dosa, aku lupa sekali lagi.
dan bila adanya ujian aku kembali, kembali pada-Nya, bila ujian itu hilang, aku leka dengan dunia sebentar. leka dengan kebahagiaan dunia yang tiada penghujung. sungguh aku leka, maafkan aku sekali lagi Tuhan kerana aku dekatiMU bila aku perlukanMU, dan aku pergi bila aku tidak perlukanMU. aku sungguh seorang pendosa, adakah maaf aku untuk sekali ini diampunkan lagi?
dan hidup aku diuji lagi dengan dunia yang aku sanjung suatu ketika dahulu, yang bagiku dunia itu syurgaku, dan aku kembali terduduk dengan ujianMU kali ini, dan kali ini lebih berat dari yang sebelumnya sehingga aku rasa Kau tidak adil bagiku, tapi aku lupa Kau sudah cukup adil untuk semua, untuk semua hambaMU.
dan kini aku kembali bersujud padamu, ditengah malam yang hening, aku berdoa supaya kau hilangkan semua rasa yang ada dihati ini. hilang segala sifat yang penuh dengan dosa. ya Tuhan kali ini aku benar benar lemah. mungkin akan ada manusia yang berkata untuk apa kau berdoa pada blog, ambil telekung dan solat, tapi adakah mereka tahu ini adalah suatu surat dari hati ke pencipta-Nya untuk aku ulang baca bila aku ingin berbuat sesuatu yang tidak seharusnya.
dan maafkan aku untuk berjuta kali kesalahan yang telah aku lakukan, maafkan aku atas sifat bongkah dan takburku pada dunia, maafkan aku atas segala dosa yang telah aku lakukan dengan bangganya dahulu, maafkan aku andai kemaafan ini sering kali aku ucap dan aku kembali kepada asal. maafkan aku Ya robb, maafkan aku.
saat hati menangis Kau tahu senyuman yang aku pamer untuk tunjukkan aku kuat, kuat sebagai manusia kerana aku ada Kau disisi. terima kasih untuk nikmat yang pernah Kau beri untuk aku rasa dan Kau hilangkanya sebentar untuk aku rasa pahitnya hidup.
pendosa tiada ubatnya,
jika solat, Al-Quran kau tinggalkan,
semoga kita mampu menjadi insan lebih baik walaupun dahulu kita adalah pendosa tegar.