Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub


"tak payah gaduh dengan dia, kita tak setaraf dengan dia''. 

kau berkata kata tapi kau tak berfikir kau letak diri kau dimana, itu kesalahan yang paling nyata yang telah kau buat. hebat, hebat, sangat hebat. entah la untuk aku memafkan dan berbaik dengannya payah, sangat payah. aku belajar untuk suka, tapi hati aku menolak, aku belajar untuk lupakan semua tapi aku tak mampu. Ya Tuhan kenapa hati aku begini? 

manusia adakala alpa dengan apa yang dia ada, dia lupa yang hidup ada karma, yang ada jatuh bangun, yang ada susah senang, tuhan berikan kau kemewahan untuk kau sedar hidup perlu berbagi, tapi aku lihat kau lupa kau siapa, kau lepaskan peluang yang kau ada, kau buat insan insan kerdil memaki, mencaci, menghina diri kau, sedangkan kau punya segalanya, tapi satu yang kau tak punya, kehidupan. 

maaf mungkin aku masih muda, untuk meluahkan keburukkan kau, tapi umur aku sudah cukup memahami setiap yang kau buat, itu salah, muda tak beerti dia salah, tua tak beerti dia benar. aku melihat, aku memahami, dan aku merasai semuanya, tolonglah berubah. tolong untuk kali ini sahaja. 

tolong jangan jadi manusia yang hanyut dengan kata kata yang memburukkan diri kau, aku sayang, sayang semuanya, dari aku masih kecil kau sering hina aku, aku tahu aku bukan dari keluarga yang senang, aku tak punya apa apa untuk tunjuk kemewahan, tapi satu yang aku punya, cinta, sayang, keluarga. itu adalah aku! 

aku tak mampu taburkan manusia dengan duit, jadi aku taburkan mereka dengan cinta dan sayang.
aku tak mampu beri mereka barang berjenama, tapi aku beri mereka dengan tenaga dan masa.
aku tak mampu hidupkan rumah dengan kemewahan, jadi aku hidupkan rumah dengan makna keluarga.

sejauh mana aku pergi, aku ingat apa yang manusia pernah buat pada aku, baik atau buruk, aku ingat. yang baik aku jadikan memori yang terindah, yang buruk aku jadikan semangat untuk aku buktikan apa kau cakap, semuanya salah.

terima kasih atas segalanya, baik atau buruk, kau tetap manusia macam aku. semoga kita semua faham erti sayang bukan erti kemewahan.

" rumah itu jiwa, keluarga itu hati, hati dan jiwa ada disitu, 
jadi tak mudah untuk kau lepaskan mereka untuk memilih jiwa dan hati diluar ''



12:30 PTG No 000 orang comment

Dia berkorban segalanya sampaikan dia disakiti tanpa henti, dia tak pernah berhenti walaupun dia tahu akhirnya tiada apa yang dapat, yang dia tahu akhirat nanti pasti ada sesuatu untuk dia, kuatnya dia mampu tersenyum walaupun hati adakala sedang marah, walaupun adakala kehidupannya dihimpit dengan bermacam macam.

dia mengalah bila ada yang lain sangat pentingkan diri, tak pernah dia merunggut walaupun benda tu tak sepatutnya dia lakukan. aku sangat kagumi kerana aku tahu tiada wanita sehebatnya di sisi aku selain dia. 

dia keluarkan air mata dalam senyuman, dia keluarkan senyuman sewaktu hatinya ditoreh, aku tahu dia dah tak berdaya seperti dahulu, tapi dia lakukan atas dasar tanggungjawab dan amanah dia kepada maha pencipta. 

aku yang melihat dan aku tak tertanggung sedih yang terbuku. kuatlah kamu wahai wanita kesayangan aku, jangan pernah berhenti memberi aku semangat kerana hanya kamu yang aku percaya, yang lain entahlah aku hanya menganggap mereka mungkin sebagai angin yang ada bila perlu dan pergi bila bila masa sahaja.

terima kasih kerana sudi menjaga aku dan menjadikan aku manusia, sungguh aku tak berdaya lagi untuk membalas, insyaallah suatu saat akan ada balasan untukmu wanitaku. doakan aku sepanjang aku hidup. aku lemah, sangat lemah sehingga adakala aku tak berdaya untuk bangun. tapi bila kamu ada aku menjadi kuat dan seperti ada sesuatu yang meresap dalam jiwa aku. 

aku hidup kerana kamu, dan aku teruskan hidupku kerana kamu. 

p/s : pagi yang indah ini aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada seluruh umat Islam yang ada. andai aku tersalah kata, terkasar tutur kata maafkan aku, kerana aku manusia yang punya beribu kelemahan. 



9:53 PG No 000 orang comment

Assalamualaikum...
berjumpa lagi dibulan ramadhan yang penuh barakah. alhamdulilah. selamat berpuasa pada yang berpuasa tak kisah la kepada muslim ataupun non-muslim yang cuba berpuasa sekerat hari.

kembali kepada apa yang aku nak cakap. underestimated ! bagi aku manusia yang punya sifat sebegini adalah manusia yang suka melihat dirinya serba boleh dan memandang manusia yang sesama dengannya punya 1001 kelemahan yang tak mampu menandinggi dia. benar?

hebatnya manusia begini. aduhai. kenapa lah kau memandang orang rendah sedangkan kau pun tinggi 140cm je pun. nak tengok orang pun melanggut, still nak perasan kau tinggi sangat sampai nak pegang kepala kau pun tak mampu. macam tu? 

kembalilah kepada fitrah manusia, tak semua apa yang kita mampu kita dah cukup hebat sampaikan apa yang orang lain belum buat dan tak pernah buat dia tak mampu buat. kau faham maksud aku? kau tak pernah tengok dia buat dan kau assume dia gagal on the start then kau hebat sangat macam tu? come on give them a chance. 

mungkin dia tak mampu tunjuk yang dia hebat, sebab dia takut untuk kehadapan bersama barisan barisan yang sentiasa dihadapan, dia dibelakang kerana dia rasa dia sudah cukup semuanya sedangkan yang dihadapan sebenarnya tak punya apa apa. cuba bagi dia peluang untuk tunjuk dia siapa, baru kita tahu dia juga ada potensi untuk berada dibarisan hadapan.

takut? kerana tiada peluang.
malu? kerana tiada ruang.

jadi dia terus dipandang rendah tanpa sebab kerana dia cuba menjadi humble! 

p/s :tapi sifat ni tak bagus yah... hehehe..

6:20 PTG No 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ▼  Julai (3)
      • Setaraf
      • Her
      • Underestimated !
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates