Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub


Hidup! Hidup! Hidup!

selalu aku mengeluh dengan hidup yang satu ini, adakala aku give up dengan apa yang telah aku usahakan, adakala aku bangun untuk terus berdiri walaupun aku tahu sebanyak mana aku buat hasilnya tiada apa, tapi aku tetap bangun sebab aku percaya suatu hari nanti pasti ada yang menanti, tapi adakala aku dianggap bagai bodoh mengharap pada yang telah aku tahu aku akan gagal. 

dalam menjalani hidup tiada yang mudah, sama ada kau kaya atau miskin, kita semua sama sahaja, Tuhan beri kita sesuatu dan dia hilangkan sesuatu, Dia tidak memberi kedua duanya kerana Dia tahu apa yang terbaik, tapi adakala kita tamak, kita inginkan segalanya walaupun kita sudah punya dari cukup tapi hati itu tidak pernah merasa puasnya dengan apa yang ada. 

sering aku bertanya kenapa hidup ini terlalu payah? dan seseorang datang kepadaku dan kata, 

"kalau hidup ini mudah pasti tiada lagi yang menarik untuk hidup, seperti kita baca novel atau tengok drama, kalau manis sahaja setiap hari, mana nak cari sedihnya, mana nak cari kelaianannya. pasti kita mudah bosan, jadi dia beri kita sedikit rasa yang jauh dari manis untuk kita lebih menghargai apa yang ada dihadapan."

dan aku sedar yang hidup ini tidak lari dari ujian, tidak hilang dari masalah, jika kau memilih untuk menjadi lemah pasti kau sudah berhenti, tapi kalau kau memilih untuk terus pasti kau temuinya diakhir nanti. 

hidup ini tiada yang mudah, seperti kau mencari cinta, berapa banyak pun orang yang telah kau cuba untuk mencintai tapi putus ditengah jalan, kerana itu bukan cinta yang sedang kau cari. cinta yang kau cari ada dibelakang, dan kau tinggalkan kerana kau lebih memilih untuk hanya melihat ke hadapan kerana kau yakin dihadapan itu yang lebih baik. 

adakala hidup perlu pandang ke belakang semula, kerana takut kita berjalan terlalu laju dan meninggalkan apa yang terbaik untuk diri kita. jadi sentiasa lah meilhat dengan mata hati baru kau sedar kewujudan itu. 





5:34 PTG 1 000 orang comment

: macam biasa picture ikhsan weheartit :

Rasa lama sudah aku menghilang dari dunia yang satu ni, dunia as keyboard warrior lol. untuk menaip kembali setiap ayat rasa sangat kekok, iyelah kalau dah hidup asyik dengan buku yang bernombor nombor nau kau. rasa penat pulak bila tengok balik semua nombor nombor tu. i need some space to rest!. 

Final kan dah nak dekat, so masa banyak yang perlu dibuang ke buku dan assignment. tak pa, penat sekarang dahulu nanti tua hang akan senang lenang. ingat tu Amalina. September is back dan aku pun tetiba muncul pada bulan ini dengan harapan adalah idea untuk menulis, tapi sebaliknya hanya penulisan sampah sebegini sahaja mampu aku tulis dan ceritakan di blog yang kian usang dan usang seperti rumah usang peninggalan zaman tok kaduk dulu. 

Bulan 9 bulan paling hectic aku rasa, banyak benda aku perlu siapkan, business plan oii bila hang nak siap, aku tak larat dah nak tengok, tapi luckily, buat dalam group rasa beban tu hilang la separuh walaupun masih rasa penat nak terkejar kejar banyak dateline kan. as an accounting student, not funny at all. hahaha. 

This semester a lot new thing yang aku jumpa, dan belajar. ada yang best, ada yang menyakitkan even ada yang membuatkan aku stress, tapi well hidupkan, nak tak nak, kau kena suka la. dan aku belajar untuk suka. masih dalam pembelajaran.

As a student kita tak boleh expect diri kita mampu buat semua benda dalam sekelip mata, seriously, kau perlu sabar dan sabar, baru kau jumpa jawapan. kena sabaq banyak nah. 

ohhh BTW, thanks guys yang sudi wish birthday seorang Amalina pada tanggal 23 August hari tu, yang semakin tua ke satu lagi tangga umur. oh aku rasa sangat tua bila umur yang bermula 1 dihadapan bertukar 2. *belajar belajar lah jadi matang amalina* 

tak da benda dah aku nak menaip, so bye. jumpa lagi dilain hari. Good Luck untuk student yang bakal hadapi Final Exam. doakan aku untuk DL. 

assalamualaikum.... :) 





7:34 PTG No 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ▼  September (2)
      • Hidup
      • Hello September
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates