Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub

JATUH 

Ada satu masa kau akan jatuh dan sakit,
ketika itu manusia bagaikan ketawa melihat,
dan kau cuba untuk bangun tapi semuanya perit,
kerana kau tahu kau tiada kekuatan walaupun untuk sesaat. 

Bangun, itu satu satunya perkataan yang ingin kau dengar,
tapi tiada mulut yang cuba ungkap untuk beri kau kekuatan akhir,
akhirnya kau lemah menyembah seperti layunya sayur.

Terkadang kau cuma perlu kan mereka untuk terus ada,
kau perlukan mereka untuk luangkan masa,
atau hanya sebagai pendengar untuk kau berbicara.

Dan akhirnya kau akui yang manusia hanya datang seketika,
mereka hanya ada bukan untuk selamanya,
waktu saat kau begini cuma satu yang kau punya,
Tuhan yang hakiki yang selalu sedia. 



p/s : disaat kau jatuh sehingga tiada cara untuk kau bangun, carilah apa yang kau perlu cari dahulu. Bukan mudah untuk terus kuat dengan bersandarkan pada diri sendiri sahaja. Lari bukan penyelesaiannya. Aku taip disaat kesakitan itu menyucuk bagai ditusuk dari depan ke belakang. 


7:15 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Another post tentang review beauty product lagi, banyak produk yang aku nak share dengan ge-gadis dan pe-puan semua. Alang alang cuti sem yang begitu panjang sekali ni, apa salahnya kalau aku kongsi apa yang aku guna dengan kita kita semua. 

Aku nak share lips cream yang aku currently suka/minat/jatuh cinta pada pandangan pertama lah. Sebenarnya dah banyak lips cream ni dekat market tapi itulah aku tetap suka NYX juga since bibir aku sangat sensitive, kalau salah ja aku pakai apa apa, mula lah dia start jadi kering dan around bibir aku tu sangat merah macam udang bakar. seriously ngeri. 

Bila aku guna SMLC ni alhamdulilah, tak ada apa apa lagi yang boleh menyebabkan bibir aku jadi bukan bukan, so aku stick dengan brand ni. Itupun aku guna 2 shades ja code 02 (Stockholm) dan code 04 (London) jenis nude color, even aku tak suka color yang terlalu menyerlah keseksian bibir sangat lol :P. tak silap aku dia ada around 34 shades macam tu dari nude color to dark color. 


Aku start minat SMLC belajar dari collegemates aku dekat UPM, bebudak ni sangat suka makeup join pulak aku yang memang minat ha mula lah, asal tak ada kerja kami buat lah tutorial makeup dalam bilik, pastu keluar lah perangai sorang sorang hahaha :) rindu pulak. 


code 02 and 04 

code 02 (Stockholm) - color dia jenis pinkish sikit sangat sweet kalau pakai, untuk pengehtahuan la kan, code 02 selalu out of stock dekat Sephora. banyak kali juga aku nak pergi cari memang tak ada stock, so nasib aku baik satu hari tu, stock baru sampai so banyak sangat stock NYX bersusun dekat rack. apa lagi should grab then guys. Color ni sesuai untuk semua jenis warna kulit, aku jenis kulit gelap sikit so aku try still masuk dengan warna kulit, kawan aku yang semua geng geng plawlessss putih gebu melepak lagi lah sesuai kan. so jangan risau tentang warna kulit, just try it on. Be confident thats it. 


code 02. 

Code 04 (London) - color dia nude sikit, sangat sesuai pada yang suka "no makeup look" dia tak ada lah terlalu menonjol sangat, dia macam ikut warna bibir kita, kalau pakai dengan tak pakai tu kadang kadang sama ja warna tapi kita rasa la perbezaan dia. nampak! tapi tak ada la banyak macam pakai lips color merah makngah tu ha. aku suka guna untuk "everyday look" la macam pergi kelas calit la sikit, bagi nampak afford kau rajin nak pergi kelas, kadang-kadang pergi muka togel ja, nampak la kemalasan student kat situ. aku pun ada juga hari malas okey. 


code 04 - tak ada beza kan, tapi still lembapkan bibir.

Salah satu sebab aku suka SMLC ni sebab bau, dia bau coklat sangat sedap rasa macam nak makan yumyum :) kalau tak bau coklat maybe bukan yang original, hati hati la sekarang ni banyak sangat matte lips yang tak original, maybe lah dia lagi murah sebab dalam RM10 dah boleh dapat tapi nanti bibir jadi or naik yang bukan bukan, susah juga nanti. nak heal sesuatu sangat ambil masa yang lama. bibir aku pernah breakout dulu disebabkan hal hal yang macam ni, almost setahun juga nak rawat, dan dalam setahun tu aku cuma boleh guna lip balm yang memang no color. seksa! bila berpeluh, sangat pedih sakit memerah bagai. so aku pesan satu, hati hati bila beli produk ni. 

Harga : RM28 something macam tu boleh cari SMLC ni dekat Sephora, semua outlet Sephora insyaallah ada jangan risau, dan jangan lupa try la dulu okey ka tidak dengan awak awak semua. karang beli salah shades sangat leceh. tapi kalau jenis hentam ja macam aku, okey ja. cuma still shades yang pastel color lah. baru nampak sweet, baru nampak perempuan sikit. hikhok :P 


okey bye dari Amalina Yaakub yang jarang nak serious dengan apa yang dia buat. 
"You only has 1 life and 1 chance, so dont take seriously and be happy, dont forget to enjoy every moment you have with your love."

bye, nanti aku review scrub muka pulak. kalau rajin insyaallah esok, kalau malas maybe bulan depan. hahaha. :p 


2:42 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Essence Tanaka White ni, sebelum ni aku guna Safi Balqis tapi bila dah lama guna dah macam tak ada apa apa kesan dah dekat aku even muka aku jadi makin gelap dan gelap, mulalah bila aku balik cuti sem mama nampak dia tegur dan terus tegur. so aku tukar. tapi yang bagusnya waktu aku guna Safi Balqis ni muka aku susah sangat nak naik jerawat, dalam sebulan kadang kadang tak ada pun jerawat. itu yang bestnya.

Kulit muka aku yang jenis mudah sangat nak kena sunburn, tak main tepi pantai pun baru buat aktiviti tengah padang dalam sejam dua dah balik tu siap la buka buka ja tudung berbirat muka, gelap macam bontot kuali. kadang kadang tu jalan ulang alik pergi kelas ja dah kena juga sunburn, memang tak boleh nak buat apa.

Jadi atas niat untuk memutihkan muka yang memang gelap, yang angan angan nak seputih artis korea choii :P aku guna lah produk ni, mula mula aku beli trial set dia dalam harga RM30 something aku tak ingat exactly harga. Trial pack tahan dalam 2-3 minggu macam tu, itu pun ikut cara kita guna lah. waktu aku guna trial set bio essence, sunburn aku cepat juga hilang dan aku rasa worth kalau aku guna. Dalam trial set bio essence tanaka white tu include cleanser, toner, day and night cream, serum dan mask. Bagi aku apa apa jenis produk pun serum yang mainkan peranan kan.


Routine skin care yang aku guna range bio essence tanaka white cuma 3 jenis ja. Cleanser, Toner dan Day cream. Aku ni jenis malas nak pakai serum and night cream jadi aku tak beli, harga dia boleh tahan juga mahal, nanti sayang duit seorang Amalina melayang ja, sebab at the end of the expire date produk tu masuk dalam trash ja ha. gitu lah. Bagi aku routine untuk siang sangat penting pada malam sebab siang kita banyak terdedah dengan persekitaran yang agak tak selamat untuk kulit, lagipun kena jaga muka dari cahaya matahari juga, bahaya kalau tak jaga, boleh kena kanser kulit tau awak semua. untuk malam just untuk repair so pada yang rajin tu tempek lah serum and night cream. 

Sepanjang aku guna, alhamdulilah okey, cuma moisturizer dia oily sikit, kalau jenis kulit muka jenis macam aku yang oily ni, tak sesuai sangat guna, tapi kalau nak guna, okey ja cuma kena pandai jaga la muka bagi tak nampak oily, alah kalau rajin cuci muka, rajin scrub, rajin mask, semua tu akan boleh dielakkan. percaya lah cakap aku. kadang kadang guna local skin care pun, muka awak akan cantik lah kalau rajin pekisah dengan routine skin care ni. 

Yang tak okey sepanjang aku guna, muka aku cepat naik jerawat, pantang salah sikit, naik lah seijik dua bijik dekat muka tu. kalau aku makan benda minyak sikit, naik lah jerawat tu, pantang aku stress sikit ha muncul la dia dekat dahi tu. tempat yang paling digemari untuk dia duduk dekat dahi, hidung dan dagu. iye lah tempat paling berminyak kan. itu yang paling tak best la. yang lain semua okey. 

Harga :
Cleanser - RM 23.90
Toner - RM 39.30
Day Cream - RM 62.90

Yang paling penting, bau dia best. Bau bedak sejuk tahu macam mana? bau dia lebih kurang macam tu la. ya la kan dah nama pun tanaka kan. Watson and Guardian boleh jumpa produk ni, senang ja nak cari tak payah nak order yang nak kena tunggu berminggu-minggu. okey. 

Kalau nak cantik, muka bersih, plawlessss macam cik kiah jiran sebelah ka apa ka, rajin rajin lah jaga muka, jangan tidur dengan muka yang tak bercuci nanti kuman naik mulalah bangun pagi jerawat jerawat kecil kecil tu naik, tak best tau kalau dia naik. Yang penting rajin. itu ja. 

so okey bye. 
jumpa lagi itupun kalau rajin lah nak berupdate. 



9:25 PTG 2 000 orang comment
Assalamualaikum,

Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start ada exam, yang tengah cuti semester tu marilah membina lemak lemak comel dekat badan. :P

Hari tu aku teman Migha cari product untuk hilangkan jerawat, since muka dia jenis muka yang berjerawat so macam macam produk dia kena try, at last someone suggest dia suruh try Aiken punya range yang tea tree, mostly cakap produk tu bagus untuk muka yang berjerawat. so why not give it a try. 

Puas kami berlima waktu tu pusing drugstore dekat ioi nak cari Aiken, rupanya, ada dekat Guardian ja, and yang bagusnya harga dia murah giler, masyaallah. sumpah tak tipu. 

Since kulit aku bukan yang jenis berjerawat tapi yang jenis oily nak nak dekat T-zone. pheww boleh buat goreng ayam ha. tapi kekadang naik la juga jerawat seketul dua, faham faham ja la student kan tidur, makan minum, stress lagi dengan lifestyle yang berkecamuk, mesti jerawat nak juga naik seketul dua. 

Aku pun try la pimple cream dia, harga dia RM 10.95 so around RM 11 la senang kan. berat cream ni 20g, so dia comel molek kecil ja ha. ya la kita bukan nak guna banyak pun kan, guna bila perlu ja, macam naik seketul dua so letak la dia bagi mati. padan muka kau jerawat :P.



nampak tak kecomelan dia.

Spot Away Pimple Cream by Aiken Tea Tree Oil aku bagi 4 bintang yeay, seriously, jerawat yang naik dekat muka aku tu dalam 2 hari lepas tu dia kecut, aku suka letak malam malam before aku nak tidur, tapi kalau untuk penggunaan yang mujarab, pagi kau letak malam pun kau letak, cepat la sikit jerawat degil tu nak pergi. 

Bagi aku, cream ni, sesuai untuk kulit orang yang bukan berjerawat, sebab dia oily sikit. untuk scar jerawat dia bukan produk yang okey la untuk orang cuba. 

Cara aku pakai, aku tempek dekat yang ada jerawat tu, bukan macam pakai moisturiser er, lumur satu muka, kang berminyak muka naik benda lain pulak kang dekat muka. payah!

so kalau korang yang jenis macam aku yang jerawat suka naik every month tu boleh la cuba. membantu sangat untuk kita kita ni. 

Tapi satu aku nak pesan, lain orang lain kulit, ada yang produk sesuai untuk aku tapi tak sesuai untuk korang. semua tu bergantung pada kulit masing masing, nak jumpa produk yang sesuai dengan kulit memang makan masa, even compact powder pun makan masa nak cari yang sesuai kan. 

so katakan tidak pada jerawat, okey bye, gerak lu pape roger. :P 



5:13 PTG 4 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ▼  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ▼  Julai (4)
      • #Down
      • Review : NYX Soft Matte Lip Cream (SMLC) code 02 a...
      • Review : Bio-Essence Tanaka White
      • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates