Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub

Assalamualaikum,
Aku dengan Mun ada lah join challenge spicy samyang ni dekat youtube, dan video tu dah upload lama pun, cuma aku baru nak update dekat sini.

Aku manusia yang agak busy the past few month, and even gonna be so busy tomorrow with Law's test and need to do it some questionnaire about transportation's industry, I'm swear! I do not know anything about that Industry and me a loser. 

Oh by the way jangan lupa join entrepreneur's carnival pada 28 dan 29 April 2017 dekat pekarangan parking kereta depan dewan besar, UPM Aku dan geng geng ART2U ada buka gerai dan jual handmade's craft. Jangan lupa beli :) Jangan lupa Follow, Like dan Comment dekat official Instagram kami ART2U Instagram FOLLOW TAU! Muach. Love from us. Thank you guys. 

Maaf, iklan pulak, aku nak cerita pasal Samyang Cheese ni yang utama. Aku mengaku aku bukan manusia yang makan pedas, kalau aku makan pun, bagi ada rasa ja dalam makanan aku, sebab aku bukan suka pun. Aku lebih prefer masak kicap dan sangat suka semua yang berkaitan dengan masak kicap, contoh. ayam masak kicap, nasi makan dengan kicap, erm ikan masak kicap, apa lagi? just name it lah, aku suka ja. Yang pedas-pedas ni aduhai, bukan setakat kurang suka even perut pun boleh tahan buat hal bila pilih untuk makan.

Mun??? tak payah cakap lah, dia memang jenis makan pedas. Makan apa pun akan ada ja cili hijau tu, tapi mostly kawan aku dekat UPM ni memang jenis makan pedas dan mereka memang geng-geng abah aku la cerita dia. Tapi yang paling makan pedas dekat sini, adalah seorang Amirah dan seorang Haijah. Giler lah geng geng ni. We (excluding me) gonna try burger pedas nanti. Bila? entah? time free mungkin. 



So itulah rupa dia, jangan risau, ianya sangat HALAL dan boleh dimakan tanpa perlu ada rasa was-was. Tapi kalau hang jenis was-was, jangan makan nanti jadi haram pulak.

So aku dengan angkuhnya, ikut la join challenge ni dengan Mun, sebabnya mudah, aku suka rasa. Even aku tak suka tapi aku sangat suka rasa makanan baru. Korean Food, aku sangat suka cuba dan well boleh kena lah dengan tekak,

Samyang Cheese, expectation aku macam, cheese yang macam mozarella cheese apa semua tu lah dalam tu, sekali cheese serbuk, tabur dalam Mee dia tu. Bau tenusu dia sangat kuat, manusia yang memang tak suka bau susu dan minum susu, dia agak lagi mencabar minda dan hidung dan segalanya lah. Cuma, dia kurang pedas pada yang flavour yang biasa tu. 



Itulah adalah Mun. so meet her guys.

Sebelum makan boleh la senyum segala, sekali masuk ja sudu yang ketiga aku rasa, aku dah start nak nangis macam sedihnya hidup yang aku sedang lalui ni. Sumpah pedas weyh, dan aku tak suka gila. menyampah! PEDASSSSS!

Aku makan memang tak habis! aku mengalah awal dan denda satu hal lagi. Masyaallah. Siapa yang kalah kena minum air garam segelas. Satu sudu penuh weyh geng-geng tu campak dalam mug. Masin jangan cakap lah, tetiba rasa malam tu aku dapat darah tinggi, dan rasa badan aku dicuci sebersihnya. 

ESOK punya cerita....
Selamat tak da kelas kan, cuti. So masuk keluar toilet. so padan muka self! hahahaha. Tapi satu pencapaian yang bagus untuk seorang Amalina bila dia mampu juga makan bersudu-sudu, kalau tidak satu sudu pun belum tentu dia boleh telan. Selalunya kalau aku makan, sos dia aku letak half ja atau 1 sudu lebih ja, bukan satu packet lah yang pasti.

Kalau dekat rumah, kalau memang craving sangat aku masak dia, bagi kurang pedas dan aku campak ja apa aku nak campak dalam kuali tu. Walaupun muka tak reti masak tapi kepada bakal suami saya yang tak tahu entah siapa, nanti saya belajar er awak, kalau Financial Account yang ber series pun saya boleh belajar, ini apa ada hal setakat masak untuk awak. 

LOL! 

So lets check it out video kami dua. https://www.youtube.com/watch?v=kWEH4yweiIw <<< boleh click situ atau tengok dekat bawah ni. 


Maafkan perangai bukan-bukan aku.
HAHAHAHA
see yah guys.



4:59 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,
Sihat? hope semakin sihat dengan jayanya dan makin membesar macam mana pipi aku makin hari makin macam simpan makanan dalam pipi. Entah la simpan makanan dalam pipi buat apa entah.

Bulan lepas aku lapar sangat sangat Seoul Garden, so aku ajak bebudak bebudak comel ni makan dekat sana, sebagai student yang bagus, jangan nak membazir sangat sampai setiap minggu makan Seoul Garden, memang botak la kepala abah dengan mama dekat rumah tu layan kerenah anak tak sedar diri satu ni. Astafirullah.

Dalam satu sem, tu rasanya Seoul Garden masuk dalam list untuk jadi tempat 12 manusia "comel" berkumpul dan sembang macam itu tempat dia punya. Iya la kan, situ ja kau boleh lepak lama-lama sambil makan sampai kau rasa nak muntah balik kan.

Sebenarnya, orang yang paling craving tu, makan hak alah, tak tera mana, sumpah, makan entah la. Craving sangat la tu bagi dia. Apa pun makasih akak-akak sado sekalian, mereka memang sado dan aku juga hahahahahahahahahaha.

Sado badan dan juga sado hati, tak mudah merajuk kalau kena bahan, tak mudah mengalah walau pun kena marah teruk, dan tak mudah tetiba belah dan pergi macam tu ja sebab terasa hati hal-hal budak-budak. Erghhh, manusia perangai bermacam, hati kena kuat sikit! hahaha. Dan mereka adalah manusia yang terbaik aku kenal dekat sini.

THANK YOU!
THANK YOU!
THANK YOU!
THANK YOU!


sepatutnya 12 manusia "comel" tapi lagi 2 manusia "comel" ikut "kawan" memasing yang ada benda perlu disettlekan bersama. So 10 out of 12. 





Love from us to every person we really do love so much.
eh! eh! eh!




Mayam paling spoiler, masyaallah sister, bahagia benor muka tu.
Aku nampak kebahagiaan tu. *sembunyi sikit double chin*




Aku tak boleh betul muka 2 budak bertuah ni.
Nak buat apa sebenarnya? My god Mayam dengan Til.
Kau ingat dah serious sangat la muka tu?
Yang lain tak ada pulak muka buruk buruk untuk buat kutukkan.





Aku dah cakap, ini memang muka simpan makanan dalam mulut tu.
Masyaallah.





Muka proper sikit, tapi itu pun tidak lah.
Dah macam senyum gatal dah aku tengok muka sendiri.
:(

Macam mana pun perangai memasing, mereka adalah yang terbaik yang wujud dalam hidup aku sepanjang dekat UPM ni, aku bersyukur aku kenal dengan mereka. Sorang-sorang ada karakter sendiri, yang buatkan hidup tak hitam putih. Kena bahan itu ini, perkara biasa, Aku selalu juga kena, memang akan kena bahan bermatian bila hal Sabah keluar, salah aku, aku yang mulakan, adeh. Tapi itu cerita 1st year ni dah nak masuk 3rd year tapi masih kena. I'm regret. Dan paling tak dapat lari kena bahan dengan sorang-sorang bila cabut undi minggu lepas untuk buat assignment Islamic Finance about zakat based on negeri, then tiba-tiba aku tercabut undi dan dapat negeri Sabah bah. Memang!!! perkara biasa lah kena bahan. Memang tak boleh nak counterattack lah. 

P/S : Ohhhhh baru ingat, hari tu ada orang tanya, "tak takut ka, budak yang selalu hang kena bahan tu baca blog hang dan jumpa hang ada cerita pasal dia, even sikit, tapi ada kan, macam bagi hint."
Personally, aku rasa, dia takkan baca dan takkan jumpa lah blog aku ni. I dont think so. Facebook, Twitter, Instagram pun aku tak rasa dia tahu, nak cari blog macam impossible juga lah, aku tak rasa dia tahu nama yang aku guna. setakat "Amalina" banyak lagi orang nama tu, even batchmates aku pun ada 2 orang nama sama, itu belum lecturer lagi hahahahahahahahaha. Kalau seandainya betul lah dia tahu, fuyoooooooo me so impressed. Just wanna say a short greeting "hye". Well I dont think la.

EH!!!!!! Okey kembali

Should I smile or should I laugh about cabut undi? then I choose to laugh. Why so funny?

By the way, thank you sebab menceriakan hari-hari aku yang selalu homesick, aku anak tunggal, memang manja tu akan keluar dengan orang yang aku rapat, Sabar la weyh dengan aku tau. Aku tak tahu macam mana nak jadi matang, kadang-kadang ya aku matang tapi 70% aku tak pernah matang. I'm so sorry kalau aku selalu clingy dan menyusahkan itu ini,

Apa pun yang pernah terjadi, aku sayang semua orang. Deep inside of my heart, I'm so blessed! Thank you! One day all the memories we create, gonna become a moment that so hard to let go. I'm gonna miss you guys more when the time we graduate and go separate ways. I promise, all of you will remain in this heart. FOREVER.

1:31 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,
Dan hye I am back.
Sekarang aku agak busy, ya la bila dah kembali dengan kerja yang agak banyak jadi kena lah bertabah sikit. Sebenarnya banyak ja lagi kerja yang tengah menunggu tapi kadang-kadang hidup ni kena juga lari dari dunia yang memenatkan kejap dan cari dunia yang mampu tenangkan kepala yang kusut sekejap. 

Hari-hari aku kan call mama, benda tu memang wajib yang akan masuk dalam list harian. Tak kisah la sesibuk mana aku, atau tak sesempat mana pun aku kehulu kehilir. Aku akan call mama, dan cerita semua benda, apa yang jadi sepanjang hari tu, kadang-kadang tengah sembang boleh tertidur. She's everything for me, and Abah for sure my penyelamat dan satu-satu nya lelaki yang tak akan luka kan hati aku, macam mana pun perangai buruk aku yang keluar.

Tiba-tiba ada satu hari tu, mama aku tanya tentang someone special, dah ada atau belum? dan aku pasti, she's gonna know the direct answer hahaha, saja nak provoke sebenarnya tu. hahaha. Kalau dah ada, sah-sah she's gonna be my very 1st person yang akan tahu. 

So jawapan aku, *gelak yang berpanjangannnnn kesudah* adeh dah 23 tahun tapi belum ada, mungkin itu yang merisaukan aku rasa. Entah la kan, nak berkawan dengan seseorang ni bukan nya macam aku pilih nak makan apa hari ni. Kalau la hidup untuk pilih seseorang dan angkat dia jadi someone yang istimewa semudah itu, aku rasa semua orang takkan ada status "single".


Then aku tanya la, kenapa mama tanya, then jawapan ma aku mudah ja, "tadi makcik sebelah tanya, ina ada berkawan dengan sesiapa tak?" so I was like "oh okey." tak tahu nak bagi reaction apa. Hahaha kalau boleh send emoji dekat mama maybe emoji muka perempuan yang tepuk muka tu. hurmmm.

Pastu mula la aku ni, mengarut bab cinta ni, yang pasti mama aku tahu, aku pernah sukakan seseorang dan orang tu juga lah yang buat aku rasa "I dont want to feel this feeling anymore." Zaman sekolah tu biasa lah bercinta ni, gatal kan on that time. Tapi cinta yang entah apa-apa, monyet sangat waktu tu. So bila sekarang, nak serious? Its take a lot of time kot. Btw, "you" teach me a lot about love's life lol, and one thing yang aku belajar tak semua yang kita minat akan rasa apa yang kita rasa, sometime, kita kena juga rasa ditolak orang, sebab kita juga pernah menolak orang lain. Dan untuk yang ditolak, just dont think too much about that. Yang menolak, you have that right, since this is your life, so need to choose wisely kan.

Bab cinta? pasangan hidup? bila nak kahwin? memang sangat complicated nak jawab, kadang-kadang jalan terbaik, just follow apa yang telah dirancang oleh Allah. sebab sah-sah dari dalam perut lagi dia dah rancang apa yang terbaik yang bakal hidup kita lalui. Kita kenal atau jumpa seseorang pun dia yang rancang. Tetiba hati tersuka kau, dia juga yang rancang, tetiba orang tu tak suka balik, dia juga yang rancang. Hidup adalah hidup, macam mana pun perancangan terbaik yang telah kita buat, kalau Allah cakap itu bukan apa yang dia nak kita lalui, semua tu tetap tak akan jadi kan.

Untuk apa susah susah fikir sampai depressed dan rasa nak lari dari realiti, ada jodoh tak kemana, dengan siapa pun, dengan orang macam mana sekali pun, gemuk, kurus, hitam, putih, tinggi, pendek, itulah yang telah tertulis dan itulah yang terbaik. Kita merancang dan juga merancang dan rancangannya sebaik-baik nya lah. Come on, doa yang baik-baik.

Jangan biar hati terluka, jaga hati sebaiknya. Kalau dah luka, nak heal tu makan masa juga lah. Tapi once kau dah heal, even orang tu lalu depan mata pun, kau boleh tak perasan dia, sebab kau dah memang 100% heal.

Erm just, aku nak cakap, bila kita manusia terlalu hambakan diri untuk cinta manusia, sekali rebah, susahnya nak bangun, sekali terluka, lamanya nak baik, ketenangan apa tah lagi, hilang entah kemana. Tapi bila kita hambakan diri untuk-Nya, walau rebah, mampu bangun, walau terluka, lukanya tak dalam, malah ketenangan yang setenang-tenangnya, kau akan rasa dan kau tahu. He's the best for you and a true love gonna follows you nearly and neatly.

P/S : Tetiba bab cinta pulak masuk. Ada yang comment post-post aku sebelum ni,Yes, aku baca semua komen hangpa weyh, cuma tak approved comment and become public ja la. hahaha. Kalau yang ada aku balas tu, yes aku ada jawapan apa nak balas kalau yang aku tak balas tu, maksudnya, aku tak tahu nak balas apa hahahaha.


6:03 PTG No 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ▼  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ▼  Mac (3)
      • Challenge Samyang Cheese with Mighah Aref (Video)
      • Craving : Seoul Garden
      • Special?
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates