Assalamualaikum,
Mentang mentang la cuti kan, jadi asyik nampak la post post baru dekat blog Iolls ni. Belajar untuk tidak bosan dengan segala review produk yang I guna.
Hari ni, hari yang rajin jadi rasa nak update atau review satu Sunblock / Suncream whatever you called it, tetap kearah 1 perkara iaitu produk untuk elak matahari terkena direct terus ke kulit.
Sunblock ni macam perkara wajib yang setiap orang wajib guna, tak kisah la kulit macam mana pun, sensitive ka, acne prone skin ka, dark skin ka, fair skin ka, whatever skin yang you ada, you wajib pakai.
Kenapa kita kena apply sunblock?
1. Untuk elak UVA (ageing dan wrinkle) dan UVB (burning)
2. Melindungi protein dibawah permukaan kulit
3. Untuk elak dari terkena kanser kulit
Kenapa ada nombor dekat sunblock?
Untuk kira berapa lama sunblock tu tahan untuk melindungi kulit kita.
contoh : SPF 50 mean ( 50 x 10 minit = 500 minit) jadi tukar kepada jam jadi 8 jam 30 minit.
Jadi selesai masalah sunblock yang you tak faham, dulu I pun rasa sunblock ni tak penting tapi bila banyak benda I belajar baru I tahu, macam mana kulit pun, tetap kena ada 1 pelindung untuk elak semua iritasi.
Salah satu sunblock kegemaran atau paling digemari, sesungguhnya aku memang jenis akan pakai sunblock walaupun duduk dalam bilik ja tak ada buat apa siang hari.
So, my favourite COSRX ALOE SOOTHING SUN CREAM SPF 50++ , yang pasti made from Korea. Senang cerita Korea punya brand. Sekarang K-Beauty memang tengah on guys. Tipu la cakap kalau tak terjebak.
Memang sumpah best giler guna, antara sunblock yang bagi aku tak ada irritation dekat kulit. Kalau you memang kenal I, tahu la yang I jenis ada kulit sensitive plus dengan ezcema sekali, jadi jangan nak buat giler la guna sesuka hati punya produk. Kalau salah guna tu memang macam menempah masalah la.
So memang alhamdulilah, sepanjang I guna, nak dekat setahun, sangat okey, tak ada nak naik apa apa benda pelik dekat muka.
Memang sesuai untuk jenis kulit kering, sangat melembapkan. Cun babe. No white stain, selalu masalah sunblock ni dia suka tinggal white stain yang memang lepas pakai tu rasa macam, pakai bedak sejuk setempek dekat muka. Memang superb la.
Sangat lightweight, tak oily dekat kulit, cepat absorb, apa lagi nak cakap, kalau suruh aku listkan kebaikkan dia memang jadi 3 posting pulak nanti. Sememangnya sunblock yang akan digemari lah bila guna. Okey 1 hal yang best lagi, sememangnya tahan lama giler almost 1 year bayangkan la kan. Berbaloi sangat.
Nak beli boleh beli through HERMO Website, kalau harga biasa RM70+ kalau ada less RM50+ macam tu. Sorry, tak ingat pulak exactly harga tapi around macam tu la.
oh! yang tak bestnya, Cosrx tak ada store lagi dekat Malaysia, dan produk dia tak ada lagi dekat Guardian, Watson or Pharmacy apa apa dekat Malaysia, so memang WAJIB BELI ONLINE SAHAJA!
Tu ja nak review
bye, jumpa lagi.