Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub

 Hi!

Hari ni aku nak cerita jenis jenis jerawat dan cara merawat atau jenis bahan apa yang sesuai untuk rawat setiap jerawat yang naik dekat muka kita tu. Aku tahu ramai yang struggle nak hilangkan jerawat dan aku salah seorang yang masih struggle nak hilangkan setiap kali dia datang.

Jerawat aku selalu datang bila aku ada event penting atau pun, minggu nak keluar dengan kawan kawan, entah dendam apa jerawat tu dengan aku, setiap kali tu mesti dia naik. Sedangkan tak ada pulak aku beria tukar skincare atau try apa apa produk baru ka apa.

So aku nak cerita 2 jenis jerawat juga dan 2 ni memang tergolong dalam kalangan jerawat juga.

1.Blackhead

2.Whitehead


JENIS JENIS JERAWAT



BLACKHEADS

Blackheads terjadi disebabkan oleh sel kulit mati yang tersumbat, selalunya bila kita jarang exfoliate muka, so minyak minyak, kesan sunccreen, kesan apa apa jenis yang kita letak dekat muka, tak dicuci dengan betul akan mengakibatkan tersumbat dan tidak di scrub/exfoliate.

Selalunya kita akan nampak macam hitam hitam ada dekat hidung, dahi atau dagu. Selalu tempat yang berminyak. 

Sebaiknya exfoliate muka seminggu sekali atau seminggu 2 kali. Ikut jenis kulit. Ikut ketahanan kulit masing masing. Boleh tolerate atau tak untuk exfoliate ikut berapa kali yang diperlukan.

Cara hilangkan:

Exfoliate 1x/2x seminggu.
Masker 1x/2x seminggu.

Boleh guna:

AHA/BHA

Salicylic Acid



Lactic Acid


Clay Mask




WHITEHEADS

Whiteheads terjadi disebabkan oleh pori pori tersumbat, selalunya bila kita ada guna moisturizer yang thick sangat dan tak sesuai dengan jenis kulit, sebab tu lah tersumbat segala macam dan akan naik biji biji kecik dekat kulit.

Selalunya bila kita sentuk area hidung, dagu atau dahi rasa tak smooth, rasa macam ada biji biji tu. Kalau kata awak picit dekat hidung tu kadang kadang dia keluar ja tapi bila kita buat macam tu, liang pori akan terbuka dan boleh jadi macam ada kesan lubang dekat hidung kadang kadang.

Cara nak hilangkan dia, masih sama kena exfoliate, kena buang semua segala macam yang tersumbat dekat kulit tu. Jangan dibiarkan.

Boleh guna:

AHA/BHA

Glycolic Acid


AHA

So ada few produk yang aku guna dan worth it untuk hilangkan whitehead and blackhead. Tapi kalau rajin lagi ada satu tips yang awak boleh try. 

1. Cuci muka guna air suam.
2. Cleanser oil dan gosok gosok dekat muka 15 minit macam tu.
3. Ambik kapas tekan tekan dekat tempat yang rasa macam ada blackhead and whitehead.
4. Cuci muka dengan cleanser.

Done!
Insyaallah keluar, selagi dia tak sedegil degil mana lah. Kalau dah degil sangat, exfoliate ja muka, tak payah nak kasar kasar sangat dengan kulit. Lembut lembut ja.

Semoga bermanfaat. 
Bye.


8:45 PTG No 000 orang comment

Hi, aku baru habis baca novel Tiba Tiba, Dia Ada dari Rehan Makhtar, aku ambil masa dalam sehari ja untuk habiskan dan novel ni menarik untuk dihabiskan. Awal awal bab dah buat aku rasa gelak sorang sorang dengan perangai Ayie yang tak semenggah nya.

Sejujurnya, aku tak pernah lagi baca novel yang hero and heroin dia beza umur banyak, especially yang heroin. Both beza 7 tahun, Ayie 22 tahun dan Arya 29 tahun. Untuk aku macam agak awkward kalau kenal dengan lelaki yang jauh sangat beza sebab dari segi kematangan cara kita berfikir, boleh jadi susah nak compliment each other macam tu.

So, bila baca sinopsis, rasa macam, malas dah nak baca, sebab risau Ayie ni perangai macam budak budak tak matang. Yang tahu nak enjoy zaman muda ja. Tapi aku bagi diri aku peluang untuk baca sebab penulisan Rehan Makhtar is the best. Santai dan smooth. 

Sinoposis

Seandai dirinya tercipta untukku, relaku menjadi miliknya.

Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi.

“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie

“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband. Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya

Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri.

“Such a sweet talker...” - Arya

“Told ya... I was born with it...” – Ayie

Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.

“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya

“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie

Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan. Adakah mereka berjaya menghadapinya?



So, bila dah habis baca, dari awal bab lagi, dah rasa fun, means aku habis satu bab ka satu bab, rasa tak bosan bila baca. Tak meleret. Ada isi yang nak diketengahkan dan yang pasti boleh habiskan in one sitting, tanpa perlu cari mood ka apa untuk cuba habiskan.

Aku tersangatlah impress dengan perangai Ayie, tak sangka dia sangat lah matang dari segi pemikiran even dia boleh handle masalah rumah tangga dia dengan smooth tanpa melibatkan emosi. Nak settle masalah tanpa melibatkan emosi, sangat lah susah. Kita manusia, kadang kadang boleh terlepas dan terbabas dengan perkataan bila marah. Tapi Ayie tak. Dia tak cepat melatah even dia beri masa untuk Arya terima kewujudan dia dalam hidup.

Hubungan dorang slowly build up, tak tergesa gesa, kenal diri sendiri dan handle masalah sama sama. Bagi aku dalam hubungan apa pun, kepercayaan sangat lah penting, komunikasi kunci untuk kesemua masalah. Bila ada masalah, sebaiknya tanya dahulu, dengar penjelasan, jangan buat keputusan mendadak tanpa dengar apa apa penjelasan. Nanti menyesal.
Elemen elemen keagamaan yang dimasukkan, sangat mengena untuk manusia yang kadang kadang ni lalai bila melibatkan hati dan cinta.

Good job untuk Rehan kali ni. Memang novel yang penuh isi dan cerita. Bukan typical kahwin paksa yang pasti, suami dera mental isteri ke apa. Tidak tidak. Hubungan dorang yang manis, cantik dan tenang untuk dipandang dan dibaca even waktu mula mula baca, tersentak juga lah, risau kalau Ayie tu tak senormal lelaki hahahahaha. Nasib baik.

Goodreads : 4.17
Rate : 4.5
Price : RM 25


1:35 PTG No 000 orang comment

Hi, hari ni aku nak review satu novel yang aku ambil masa dalam 2 hari untuk habiskan. Macam biasa, novel Siti Rosmizah (SR) tak pernah mengecewakan. Segala emosi terselit dalam setiap helaian. Ada rasa marah, sedih, bahagia dan kasih sayang.

Macam biasa novel SR takkan lari dari tema kahwin paksa, kisah rumah tangga, kasih sayang ibu dan anak, ayah dan anak, suami dan isteri, ibu mentua etc. Semua kisah diadun untuk dijadikan novel yang penuh dengan emosi.

Sinopsis (Goodreads)

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.


“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.

Apa yang aku boleh cakap, novel ni untuk orang yang hati kental, hati batu mungkin tak akan menangis la kot kan. Tapi untuk orang yang memang lemah jiwanya memang akan menangis dari mula sampai akhir. Waktu aku baca tu, sampai dekat pertengahan memang dah start dah mengalir air mata, tak boleh nak tepis, bengkak bengkak mata bila baca. 

SR kalau bab main dengan emosi memang padu. Tak boleh nak dilawan. Kalau rasa tengah sedih, pilih pulak Novel sebegini, memang tak akan stop air mata. 

Sepanjang aku baca, bagi aku Riana memang seorang yang kuat dan tabah untuk hadap perangai Zafran, ego Zafran tersangatlah tinggi, kalah KLCC, aku sendiri termanggu and fikir ada ka orang se-ego Zafran ni di real life. Kalau ada minta dijauhkan lah untuk aku. Aku tak rasa aku mampu hadap manusia macam tu.

Mummy and nenek si Zafran ni memang boleh undang makian berjemaah. Dia punya kejam dan jahat tu rasa macam nak humban ja sorang sorang dalam gaung. Jahat betul perangai.

Tapi part paling sedih sekali, waktu Cinta (anak Riana dan Zafran), bila Zafran tak terima kewujudan dia, mummy dan nenek si Zafran tu buat jahat betul dekat budak sekecik tu, rasa nak pelengkup kepala tiga tiga manusia tu. Menusuk jiwa bila baca. Sedangkan bukan salah dia lahir tak sempurna, semua kan dah ketentuan Tuhan. Kita yang manusia ni siapa nak mempertikaikan semua tu. Sedih rasa, tersedu sedan bila baca. Tak kuat rasa nak habiskan setiap ayat.

Tapi apa boleh cakap semua yang terjadi ada hikmah, yang pasti pengakhiran pasti akan bahagia. Riana layak untuk semua bahagia yang dia dapat dihujung hujung, tapi itulah derita dia lagi banyak dari bahagia. Tabahnya dia. Tabah sangat.

Goodreads : 4.26 stars
My Rated : 4.5

Harga : RM33.90
M/S : 1000++




8:51 PTG No 000 orang comment

Hi! Hari ni rasa nak update satu moisturiser yang aku guna dan not bad untuk kulit. Sepanjang aku guna, alhamdulilah so far so good. No breakout or purging ka apa sepanjang aku guna. 

Mula mula beli sebab terpengaruh dengan thread dekat Twitter, so bila semua orang puji melambung, why not kita try. Sebelum ni aku guna yang jenis cream tapi tak ok sangat, so saja nak try yang lotion pulak.

Cerave Moisturizing Lotion
Brand : Cerave
Size : 237ml
Harga : RM 70++ (Ikut seller yang jual) sebab directly USA.


Untuk yang combination skin, boleh try jenis lotion tapi kalau untuk dry skin, better guna yang jenis cream. Lebih heavy untuk kulit. Tapi nak guna moisturizer ni ikut kulit masing masing, kalau kata rasa tak berapa cukup untuk lembapkan kulit, just tambah ja kuantiti, kalau rasa macam tak suka melekit sangat, kurangkan kuantiti atau cari yang lebih sesuai dengan kulit.

Kulit kita jadi kita lagi tahu apa yang ok, apa yang tak ok. Setiap orang lain preference dia dan setiap orang lain product tu react. So kena sentiasa cuba dan cuba, olah kuantiti yang diperlukan semua. Lama lama kita akan ok. 

Ingredient :

AQUA / WATER / EAU, GLYCERIN, CAPRYLIC/CAPRIC TRIGLYCERIDE, CETEARYL ALCOHOL, CETYL ALCOHOL, POTASSIUM PHOSPHATE, CERAMIDE NP, CERAMIDE AP, CERAMIDE EOP, CARBOMER, dimethicone, CETEARETH-20, BEHENTRIMONIUM METHOSULFATE, METHYLPARABEN, SODIUM LAUROYL LACTYLATE, CHOLESTEROL, DISODIUM EDTA, DIPOTASSIUM PHOSPHATE, PROPYLPARABEN, HYDROLYZED HYALURONIC ACID, PHYTOSPHINGOSINE, XANTHAN GUM, POLYSORBATE 20, POLYGLYCERYL-3 DIISOSTEARATE

The main ingredient :
3 Essential Ceramides - Memperbaiki skin barriers.
Hyaluronic Acid - Memberi kelembapan kepada kulit.

Experience :
1 Botol tu dapat tahan around 4 to 5 months tapi depend on cara guna, so untuk aku, tahan selama itu, sebab aku guna 1 ka 2 pump ja untuk siang dan malam. 

Sepanjang guna, no breakout, ada lah juga naik sekali ke dua kali ja macam tu bila hormone tak berapa nak betul, tapi tak ada lah dia naik macam nak buat kenduri dekat muka kan. 

Aku ada ezcema, so far no flare up ka apa, bila pakai rasa smooth and melempabkan. Memang rasa macam tak guna moisturizer pun, tapi rasa lembap dia. Tak naik dry patches, itu yang penting.


Texture & color :

Texture dia creamy yang cair, tapi oil based. Senang nak apply satu muka. Kalau kata muka jenis berpeluh, better pakai sikit sikit sampai dia menyerap ke dalam kulit. 

Color dia putih creamy.

Scent :

Tak ada bau apa apa yang pelik. Maybe sebab no fragrance. 


Apa yang di-claim :
  • Moisturizes and helps restore the skin’s protective barrier
  • Lightweight and non-greasy
  • MVE Technology: This patented delivery system continually releases moisturizing ingredients for 24-hour hydration
  • Ceramides: Help restore and maintain the skin’s natural barrier
  • Hyaluronic acid: Helps retain the skin’s natural moisture
  • Non-comedogenic, oil-free and fragrance-free
  • Developed with dermatologists
  • Accepted by the National Eczema Association




 Cara aku guna :

Tekan 1 ka 2 pump, apply dekat seluruh muka dan leher selepas guna serum and essence dan untuk siang sebelum guna suncreen. 

Overal :

Aku suka, boleh guna sampai habis lah cerita dia dan akan repurchase.

Itu ja.
Bye.
6:39 PTG No 000 orang comment

Hi, kita kembali ke segmen, review produk apa hari ni? Jadi hari ni aku nak review satu therapy oil yang seakan akan, adik beradik macam bio oil. Aku dah cuba dan boleh dikatakan aku suka juga kesan dia. Not that bad la macam tu.

Waktu mula mula aku boleh terbeli ni, sebab nak penuh kan checkout shopee ja, bagi cukup shipping fee waktu tu, hahahaha. Saja la beli sebab tak ada benda nak beli yang lain. So terbeli dan terguna.

Palmer's Cocoa Butter Formula, Skin Therapy Oil 
Brand : Palmers
Size : 25ml
Harga : RM 8. 
Aku guna dekat parut dan juga dark spot dekat muka after breakout, boleh guna whole body. Tapi please buat patch test dulu. Sebab ada certain kulit tak boleh tolerate dengan oil based, nanti jadi makin teruk. So try dulu sikit, then tengok reaction, ok ka tidak.

Untuk oily skin, aku macam tak suggestkan sangat, takut clog pores and muka lagi jerawat pulak. Masalah pulak nanti. 

Ingredient :

Cocoa Butter - Moisturise
Vitamin E - Improve appearance of scars.
Cetesomate E - Improve appearance of scars.
Sesame Oil - Hydrated, Plump, Firm
Canola Oil - Help even skin tone.
Roseship Oil - Promote healthy skin.

Apa yang diclaim :

  • Skin perfecting beauty oil for body & face
  • Helps improve the appearance of scars, stretch marks, dry, damaged skin, uneven skin tone, fine line & wrinkles
  • After 8 weeks*: 93% of women tested saw a reduction in the appearance of scars and 92% of women tested saw an improvement in the appearance of stretch marks
  • Free of mineral oil, parabens, phthalates, fragrance allergens
  • Hypoallergenic and dermatologist tested
  • Suitable for eczema-prone skin

Experience :

Aku guna dalam sebulan macam tu, nampak la appearance scars dekat muka makin pudar nak compare sebelum tu, tapi tak ada la dia hilang terus macam buat laser hahaha. Slowly macam tu tapi ada la effect dia. Kira macam kalau rajin tu memang tak sia sia lah.

Aku letak juga dekat stretch marks, biasa lah kalau pernah gemuk then kurus, mesti ada sikit, tak boleh buat apa, tapi ok la ada perubahan. Cuma memang kena rajin pakai hari hari ja. Tapi aku macam kadang kadang lupa so lambat la sikit nak hilang. hahaha.

Untuk kulit yang ada eczema, yup memang safe, so far I pakai, tak flare up pun la, and tak ada rasa gatal gatal ka apa. So memang selamat.
 Texture & Color :

Dari segi texture, rasa oily tapi mudah meresap, bila sapu ja, terus dia meresap, tak ada la dia tinggal macam letak minyak atas muka. Color dia yellowish macam tu.

Scent :

Bau wangi, bau macam rose tapi tak bau rose sangat. Bau yang boleh diterima hidung hahahaha. Bau sedap la. 

Cara I guna :

Dekat muka, pakai last sekali, macam teknik slugging, set semua skincare dengan oil face. Itu cara aku guna. Guna dalam 2 ka 3 dot ja. Jangan banyak sangat.

Dekat badan just gosok gosok dekat tempat ada scars selepas mandi sebelum aku lumur lotion.

Overall :

Aku suka, tak breakout dan texture dia tak tinggalkan kesan oily dekat badan or muka. So overall ok. Gonna repurchase.



2:05 PTG No 000 orang comment

Happy Birthday diri sendiri untuk tahun 2021, banyak benda berlaku tahun ni, banyak benda aku belajar, dan banyak benda yang aku belajar faham setiap apa yang terjadi. Semua benda yang terjadi ada hikmah dan sebab. Untuk apa aku pertikaikan semua benda yang telah terjadi.

Untuk Amalina, semoga terus tabah melalui dunia yang pelbagai dugaan dan rintangan. Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat. Jangan berhenti berjuang untuk kebahagiaan diri sendiri. 

Terima kasih semua untuk ucapan dan doa, terima kasih sebab spend masa 1 minit untuk text segala ucapan dan doa even tengah sibuk dengan urusan seharian. Terima kasih masih ingat birthday aku, even aku pun lupa, until baca wish dari mama, baru macam "eh birthday aku." Effect makin tua agaknya.

Terima kasih untuk kek, makanan dan hadiah. Terharu kejap. Susah susah ja sanggup order itu ini untuk hantar dekat rumah aku. Ya Allah, you guys sweet nya, even tahun ni, aku hampir terlupa semua birthday kawan kawan dan keluarga, tapi terima kasih masih ingat birthday aku. Aku jenis orang yang tak akan lupa tarikh penting orang tapi tahun ni, terlalu banyak benda dalam kepala, lupa habis semua. I'm so sorry. Truly sorry. Aku gantikan semua balik tahun depan, insyaallah jika masih ada nyawa. 

Aku doakan segala doa doa dan ucapan yang awak awak semua tinggalkan di message, wall facebook, dm and etc, berbalik kembali untuk awak awak semua. Semoga untuk hari hari mendatang, segalanya penuh kebahagiaan dan kegembiraan. Aamiin.




To my family, thank you so much.



To my friends, thank you for surprise. I am surprised. Pagi pagi foodpanda call nak hantar makanan.

I was like "eh saya tak ada order pun hari ni."

Untuk brownies yang sedap juga, masyaallah.



Untuk kek pisang yang lembut and juicy. Daebak. Thank you kembar. 

 Thank you sebab susah susah ja hantar semua ni.



Thank you untuk shawl yang cantik. Favourite color, favourite brand and from favourite person. hahaha.



Thank you little babies and family. 



Kek comel sangat, just brighten up my days after a few hassle this year. Feeling good again. 

Thank you so much. For all the amazing books, gonna read them up later.


Thank you untuk lampu yang comel.

Thank you untuk canvas (color by number) yang gigih nak siapkan cepat cepat hahaha.


Thank you Ila untuk reusable cup yang memang paling digunakan hahahahaha. Macam tahu tahu ja ada dalam shopee cart. 


Thank you so much

Untuk semua August's babies, happy birthday!


9:36 PTG No 000 orang comment

 Hi!

Hari ni kita cakap tentang skin purging or skin breaking out. Kadang kadang bila kita guna produk baru atau produk yang ada bahan active, tiba tiba kulit akan naik, jerawat 2 ka 3 ketul, secara tiba tiba. Bila naik jerawat, kita kena pastikan, yang naik tu sebab purging ataupun breakout. 

So jom kita bincang 2 masalah ni. I tahu semua orang akan hadap benda ni macam mana sekalipun, selagi tak jumpa skincare yang sesuai, ataupun yang jenis suka try skincare baru. 


APA ITU PURGING?

Purging jadi, bila kulit kita bereaksi dengan bahan aktif yang ada dalam skincare yang kita guna, tapi tak semua orang akan purge bila guna ingredient yang active. Ada certain orang, certain kulit ja yang naik. Manusia ada macam jenis kulit dan reaksi terhadap produk yang diguna. So you tak boleh la nak expect, orang ni guna ok, then kenapa you guna tak ok.

APA ITU BREAKOUT / BREAKING OUT?

Breakout ni jadi, bila kita guna produk yang tak ada pun bahan active, tapi dia terjadi disebabkan oleh pori pori kita tersumbat, alergic reaction ataupun iritasi. So selalunya breakout jadi, bila produk yang kita guna tak sesuai dengan kulit, mungkin kulit you jenis berminyak, tapi you guna moisturiser yang untuk kulit kering. Jadi, boleh menyebabkan pori you tersumbat and naik jerawat.



MACAM MANA NAK KENAL PURGING OR BREAKOUT?

PURGING

Akan naik jerawat jerawat kecil dekat area yang memang selalu naik jerawat, bukan dekat area yang baru atau area yang memang tak pernah naik jerawat. Dia memang akan naik dekat tempat yang sama, yang selalu akan naik jerawat dekat situ ja.

Purging boleh hilang dalam masa 2 ka 8 minggu, so kalau dia tak hilang juga dalam masa yang panjang, dan tak nampak ciri ciri nak pulih, lebih baik you stop, means produk yang guna memang tak sesuai dengan kulit you.

Kenapa purging jadi? disebabkan oleh mempercepatkan pertumbuhan sel baru, so apa yang ada dekat dalam kulit kita, dia keluarkan dengan cepat. Macam whitehead dan blackhead. 

BREAKOUT

Akan naik jerawat yang besar besar, rasa gatal dan pedih pedih. Yang pasti breakout, dia akan naik dekat area you yang jarang naik jerawat, area baru dekat muka you, macam tempat tu tak pernah naik jerawat pun, tapi tiba tiba dia naik, sebiji sebiji dia naik. 

Breakout akan jadi terus menerus, tak ada nampak jalan pun yang jerawat tu makin kurang, makin hari makin naik. So bila jadi macam tu, lebih baik you tinggalkan produk yang you guna. Means memang produk tu tak sesuai dengan you.

Kenapa breakout jadi? disebabkan oleh pori pori tersumbat, tak cuci muka dengan bersih, tak tanggal makeup dengan betul, atau ada ingredient yang dalam produk tu tak sesuai dengan you. Macam I, tak boleh dengan cucumber, so I akan avoid produk yang ada cucumber.

So you kena tahu, benda apa, jenis texture produk macam mana yang sesuai, ingredient apa yang sesuai dan tak sesuai. Kena tengok juga, ingredient apa boleh mix dengan tak boleh mix. Means tak boleh pakai dalam satu masa yang sama.

INGREDIENT APA?

ACTIVE INGREDIENT

Bahan active yang menyebabkan purging, contoh macam Acids, apa jenis acids yang kita guna (Lactic Acid, Salicylic Acid, Glycolic Acid etc.), produk yang mengandungi AHA BHA, Vitamin C, Retinol, Retinoid, Adapalene ataupun chemical exfoliator.

Bahan bahan ni, bahan active yang boleh trigger kan sel kulit kita supaya mempercepatkan pertumbuhan sel baru. That's why berlaku purging.

Dekat bawah contoh produk yang ada bahan active. I dah pernah review The Ordinary Lactic Acid (klik ja nak baca).


NON-ACTIVE INGREDIENT

Bahan bahan yang memang tak aktif, dan tak akan terjadi purging kecuali kulit you breaksi sebaliknya. Allergic, iritasi, gatal gatal, merah merah atapun pedih pedih. Better you stop guna.

Contoh bahan yang tak active macam Cantell Asiatica, bahan ni sepatutnya mengelakkan terjadinya iriatasi atau pun merah merah dekat jerawat you. Tapi dia jadi sebaliknya, you rasa gatal, pedih, etc, means bahan tu memang tak sesuai dengan you.

Boleh terjadinya breakout, selalu disebabkan oleh pilih moisturizer yang salah, pencuci muka yang tak sesuai dengan kulit, ataupun pengunaan produk yang tak betul.

............................................................

Apa nak buat kalau jadi Purging atau Breakout? Kita sembang dekat post nanti. Nanti panjang pulak jadi post yang ni.

Semoga bermanfaat untuk semua, untuk semua pejuang untuk dapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat, jangan putus asa, produk yang sesuai ada untuk you, cuma you kena sabar dan konsisten. Jangan mengalah mencari.

Bye.


1:05 PTG No 000 orang comment

Hi, I dah lama simpan post ni dalam draft, entah kenapa tak publish juga sampai la hari ni, baru terasa nak publish, maybe nak tengok dulu macam mana dia works on my skin kot hahaha.

THE ORDINARY LACTIC ACID 5% + HA
Brand : The ordinary
Size : 30ml


Lactic acid ni sejenis chemical exfoliator, Alpha Hydroxy Acid, dia bertindak macam toner, very watery. Dia very mild and gentle chemical exfoliator especially hanya 5% ja. 

Caution : Kalau kulit jenis sangat super sensitive, peeling and ada aktif jerawat, kena hati hati guna, boleh menyebabkan iritasi and pedih pedih. Jangan lupa guna SUNCREEN siang hari, sebab bila guna exfoliator kulit lebih senang terdedah dengan cahaya matahari. 

Sesuai untuk semua jenis kulit, tak kisah la you kulit kering, berminyak ka, berjerawat ka, boleh ja nak guna. 


Ingredient :
Aqua (Water), Lactic Acid, Glycerin, Pentylene Glycol, Triethanolamine, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Tasmannia Lanceolata Fruit/Leaf Extract, Arginine, Potassium Citrate, Acacia Senegal Gum, Xanthan Gum, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, PPG-26-Buteth-26, Ethyl 2,2-Dimethylhydrocinnamal, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Ethylhexylglycerin, 1,2-Hexanediol, Caprylyl Glycol.



Apa yang diclaim :

Offering a very gentle exfoliation at a 5% concentration, this lightweight serum works to improve skin texture, reducing pigmentation caused by acne scars and age spots by stimulating cell regeneration. The addition of hyaluronic acid strengthens the lipid barrier to improve the skin's ability to attract and retain moisture, leading to healthier, stronger skin.

For me, sepanjang I guna, boleh nampak la yang parut jerawat boleh pudar, itu I yang guna tak selalu. I guna just bila rasa hidung ada biji biji ataupun berminyak sangat ataupun rasa macam blackhead nampak banyak sangat. So far, I pakai, ok la. 

Caution : Bila pakai exfoliator, boleh berlaku purging. You kena tahu beza purging and breakout. Purging ni, jerawat naik memang dekat tempat yang selalu naik. Breakout pulak jerawat naik dekat tempat yang memang tak pernah naik. Ada certain orang tak jadi pun purging. Macam I, waktu I guna tak da purging. Waktu I guna retinoid ja ada purging. 


Texture & Color :

Macam toner, very watery, senang menyerap masuk ke dalam kulit. Senang nak apply sangat, rasa macam tak letak apa apa atas muka pun. Warna macam light orange. 

Scent :

Bau macam ubat sikit, tapi tak ada la kuat sangat, kira macam selesa and boleh diterima hidung. Tapi kalau jenis tak suka bau yang pelik pelik, ermmm I sarankan boleh cari yang lain.

Cara I guna :

I guna waktu malam sahaja, seminggu sekali selepas cuci muka. Then you biar kejap 5 ka 10 minit baru teruskan dengan routine lain.

Overall :

I will repurchase, sebab I memang tak boleh dengan chemical exfoliator yang harsh sangat. Kulit I sensitive and ada ezcema around bibir and kelopak mata, so bila pakai memang kena jaga lah area area yang sensitive. 

Tapi apa yang I boleh cakap, this one sesuai untuk beginner, yang baru baru nak cuba guna, untuk yang dah biasa guna AHA BHA semua, maybe this one not for you.

Thank you :)
Bye.


 

1:12 PTG No 000 orang comment

 


ONGOING DRAMA / LAKORN ( May 2021 - July 2021 )

Salah satu drama yang aku tunggu untuk tahun ni, Praomook ni lebih kepada romantic comedy but ada scene yang action sikit macam misteri misteri sikit.

Jom kita baca sinopsis dalam MyDramalist

Praomook works at a nightclub as a DJ to pay her dad's debt. She doesn't get along with Chalunthorn because he misunderstood her, thinking she's a bad girl. One day, his parents ask Praomook to marry Chalunthorn to remove the bad luck from him like she used to in the past. He pretends to be gay to avoid her but she doesn't believe it.

Aku dah tengok sampai ep 5, so far, going smooth, nak kata dia typical lakorn tak juga, tapi bab kahwin paksa tu ada la. Dia macam drama melayu juga but ada jalan cerita dia, bukan kisah cinta semata lah. 

Aku suka ja tengok hero and heroin ni, sebab chemistry dorang memang ada, tak kekok, yang macam kalau kita tengok, rasa macam "kau nak berlakon ka tak ni?" ha begitu.


 
ACTOR / ACTRESS

Pon Nawasch - Lun
Bua Nalinthip - Mook
Krating Khunnar - Marut (Kawan Lun)
Mint Ranchrawe - Nampetch (Adik Mook)



REVIEW :

So far apa yang aku boleh cakap kan, chemistry antara 2 couple (Lun/Mook) dan (Marut/Nam) memang ok, tak ada la kau rasa macam cringy ja bila tengok. Aku rasa perkembangan watak dia akan jadi macam tu, antara 2 couple but kena tengok lah macam mana progress. 

Awal awal ni watak Lun and Mook memang asyik gaduh ja, tapi dalam gaduh gaduh, Lun seorang yang care tentang Mook cuma dia macam ego tak nak tunjuk apa yang dia rasa. Cara dia react berbeza dengan apa yang hati dia nak. Dia sayang dengan Mook tapi dia macam letak satu line untuk sembunyi perasaan dia.

Dan ada scene yang ada 1 lelaki ni nak bunuh Lun tapi selalu waktu tu ada Mook yang selamatkan, cuma tak tahu lelaki tu diupah oleh siapa atau pun dia sendiri memang berniat nak bunuh Lun. Aku agak macam abang ipar Lun tapi tak tahu la kan. Kita tunggu.

Antara Marut dan Nam ni, Marut ada company yang based dia tentang Game, means company yang build Mobile Games, si Nam ni memang hantu games and dia bawah umur lagi 17 tahun so Marut ambil dia bekerja sebab skills dia power then dia nak tunjuk dekat Mook yang dia pun buat sesuatu untuk tolong family dorang. Kita kena tunggu lah nanti jadi apa. Sebab Marut suka Mook so tu salah satu helah dia nak dekat dengan Mook dengan ambil Nam bekerja. 

Sampai ep 5 ni, aku suspicious betul dengan kakak and abang ipar si Lun ni. Macam watak antagonis ja. hurmmm. 

Apa pun, korang yang nak tengok, boleh start tengok. Tak rugi dan jalan cerita dia lain sikit. Bukan typical Lakorn.

WHERE TO WATCH?

Boleh tengok dekat VIU ataupun Dramacool.
17 Episode
Monday and Tuesday

Happy Watching
bye.


2:13 PTG No 000 orang comment

Hi! benda best kena share, jadi hari ni aku nak share salah satu favorite Suncreen yang aku dah guna almost 2 tahun, dan masih setia sampai hari ni. 

Paling best, paling wallet friendly, paling sesuai yang suka gentle punya suncreen. Daebak! Memang bila rasa nak try suncreen baru, mesti last last tak jadi tukar sebab still rasa jatuh cinta tu.

So terpaling favorite, terpaling wajib ada dalam day routine. Suncreen jangan tinggal. NO NO NO! WAJIB PAKAI HARI HARI! 

TADAAAAA!


Apa yang di-claim
  • UV-Protection
  • Light and Non-greasy
  • Hydration
  • Whitening
Dari segi UV protection, yes lah sebab ada SPF 50, basically memang dapat avoid dari sinaran UV masuk terus ke kulit. So far, aku pakai, tak pernah burn lagi kulit. Alhamdulilah.
Nak cakap tentang light and non greasy memang betul, dia macam letak air ja dekat muka. Tak ada tinggal whitecast ka apa, letak ja dekat muka terus serap gituww. TAPI, dia bukan kalis air, kalis peluh semua tu. Bila basuh ja hilang. So make sure after awak basuh muka, apply balik, better apply setiap 2 ka 3 jam sekali, tapi biasa lah manusia kan.

Hydration, memang on! sebab bila pakai tak rasa drying ka apa, sepanjang aku guna tak jadi lagi la dry patches, so good job.

Whitening? susah sikit nak explain. Tapi parut jerawat nampak la dia pudar cuma ambil masa yang panjang untuk hilang. 


Water, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Peg-400, Homosalate, Silica, Cyclopentasiloxane, Ethylhexyl Triazone, Arbutin, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer / Squalane / Polysorbate 60, Peg-20 Methyl Glucose Sesquistearate, Methylisothiazolinone / Methylparaben / Propylparaben / Phenoxyethanol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Arginine, Disodium Edta, Dipotassium Glycyrrhizate, Sodium Hyaluronate, Caprylic/Capric Triglyceride / Laminaria Ochroleuca Extract, Polyquaternium-51, Daucus Carota Sativa (Carrot) Root Extract, Ectoin.


Texture dia macam gambar dekat atas, ringan, mudah nak diuruskan, even awak tengah kalut nak pergi kelas ka kerja ka, jangan risau, dab dab dab dah settle. Tak payah nak gosok gosok beria semua. Yang pasti rasa macam tak pakai apa apa pun dekat kulit. Love it!


Cons : 

Kalau kulit jenis cepat berpeluh, kena selalu apply, sebabnya, kalau dah berpeluh, then lap, hilang lah dia. Nak tahu macam mana suncreen kita waterproof ka tak, you try apply dekat tangan then basuh, kalau dia keluar macam milky cream tu then tak waterproof. Kalau tak da kesan apa pun yang keluar waktu basuh then waterproof.

Pros :

Aku suka semua benda dia dalam satu botol. hahaha. Ingredient, texture, harga, semualah memang sangat ok! Good job.

.......................................................................

Price : RM 38.00
Tapi kalau beli dekat Shopee, ada seller yang jual harga murah, so choose wisely. Beli dari seller yang farmasi macam tu.

Weight : 80g

bye~~~

 

10:40 PTG No 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ▼  2021 (12)
    • ▼  Oktober (1)
      • Produk Untuk Hilangkan Whiteheads & Blackheads
    • ►  September (3)
      • NOVEL : Tiba Tiba Dia Ada (Rehan Makhtar)
      • NOVEL : Jangan Menangis Cinta (Siti Rosmizah)
      • REVIEW : CERAVE Moisturizing Lotion For Normal to ...
    • ►  Ogos (2)
      • REVIEW : Palmer's Cocoa Butter Formula - Skin Ther...
      • Happy Birthday Diri Sendiri
    • ►  Julai (1)
      • Skin Purging or Breaking Out?
    • ►  Jun (1)
      • REVIEW : The Ordinary Lactic Acid 5% + HA
    • ►  Mei (2)
      • Drama : Lakorn Praomook
      • REVIEW : SUNCREEN / SUNBLOCK Skin Aqua Sunplay UV ...
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates