Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_m22i0cu2l61r2wwr1o1_500_large

hallo aku tetiba ditag oleh seorang insan yang sangat budiman. dengan budiman nya dia, dia telah tag soalan soalan yang aku perlu jawab secara fakta ( aku akan jawab macam biasa auta la lebih. auta itu cool ) dah jom jawab soalan dia bagi kesian dia kalau aku tak jawab.


1.kalau korang jumpa Greyson Chance apa korang akan buat??
buat bodo ja apa ingat aku suka sangat ka jerit jerit then himpit himpit dengan orang sebab kan artis. not my type ( fuyoo jawapan berlagak giler kau )

2.korang suka makan apa??
semua jenis makanan yang halal dan boleh dimakan dan bukan berunsur ikan pari tetttttttttttt

3.kalau korang diejek apa korang rasa??
rasa macam nak kunyah kunyah ja orang tu then aku buat lepat liat aku buang dalam telaga ( kahkahakha apa ka kejam sangat kau amalina )

4.apakah warna kegemaran korang?
should be blue tgk blog la wahahaha lagi mau tanya ka?

5.adakah anda ada BF/GF?
BF should be best friend kan so aku ada banyak la buat masa sekarang ni ada la dalam 10 orang macam tu.

6.karton apa yang korang minat?
barbie maybe ahak ( perempuanyan aku bila minat barbie )

7.kereta kegemaran korang?
kereta bagi aku sama ja asalkan tak kena hujan dan panas sudah la. itu dah memadai.
 
8.korang pandai main gitar tak?
apa kerlas gitar main kompang la best
 
9.apakah handphone yang korang pakai?
pakai phone rumah ja tu pun kongsi 12 adik beradik ( nampak benor nipunya )
 
10.nama BF/GF korang?
macam aku explain dekat atas tu kan
* mieqa mirare
* makcik ayu chubby
* an yang kasar diluar lembut dihati
* ah si kembar yang kaki novel
* pikah yang nak jadi polis
* ateen yang sangat clumsy
tambah dua orang yang aku rapat yang lain jantina agak rapat la boleh buat gaduh hahah
* sufian si kaki jiwang
* kak nurul si kaki tidur

dah jawab
bye


3:30 PTG 2 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps

bila kegedikkan melanda 3 orang manusia yang pelik lagi pelik ni semua kerja si boneka. dia yang mula dulu habis sekali amalina yaakub pun nak join saja ja mengada nak join hahaha
thanks to fiz gaphic atas doddle dibawah ahak.





see sangat kegedikkan terselah bila 3 manusia guna doddle yang sama cuma warna berbeza dan dijadikan DP facebook. sungguh sangat mengada. hahaha. eilla boneka yang ketua yang jadi ketua kemengadaan kami semua. ahak cik boneka.

tapi doddle ni nampak comel pulak bila tengok lama lama hahaha :) comel kan bagus sungguh la fiz graphic tu design comel kot. dah stop cerita merapu di petang hari. aku suka merapu ja lebih.

bye

3:57 PTG 1 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps


hari ni jom semua kita bercakap | menaip | bercerita tentang HIJABISTA yang power seperti cala man ( yang jual kasut tu ) dan awesome seperti cala qisya ( yang jual kimono yang comel comel plus muslimah tu ). jom checkidout first edition untuk hijabista bagi sesi pengenalan untuk diperkenalkan semua muslimah yang berhijab di Malaysia. Hijabista satu satu nya majalah yang mengetengahkan hijab sebagai fashion utama selain majalah dara. so jom kita review.

di page 30 hingga 33 . HB( hijabista ) banyak mengetengahkan motif batik paisley yang semakin rancak dipakai golongan yang berhijan mahupun bukan. corak batik paisley comeback. corak yang bermotifkan batik  tetapi telah dimodenkan dan diilhamkan menjadi corak yang lebih trendy dan freshie.

" lambang seni sejak zaman lampau, batik sudah menjadi sebahagian daripada imej masyarakat tempatan. memasuki dunia yang serba maju dan tinggi teknologi, batik masih gah bernafas. dan kini, ia kembali menjengah dunia fesyen menerusi medium selendang " - HB -  


bermula page 42 hingga 51 HB memberi tutorial untuk bergaya bersama hijab untuk yang masih tercari cari identiti untuk mengayakan selendang anda boleh la membeli HB untuk belajar cara yang sopan dan manis untuk dipakai para HIJAB.


page 58 hingga 59 banyak menceritakan berfashion tapi masih dalam bajet yang tidak melangkaui batas batas membazir. kita sebagai fashionista perlu pandai berfashion dan dalam masa yang sama juga perlu pandai mengunakan duit belanja agar kita tidak dikategorikan membazir. bajet bajet bajet.


page 72 sampai 77 banyak diceritakan tentang dress labuh yang digemari para hijaber mahupun bukan hijabers. dress labuh bagaikan mencipta satu transformasi dalam bidang fashion. dahulunya dress sering dikatakan tidak sesuai untuk para muslimah sebab dress kelihatan seksi dan sangat tidak sesuai untuk para hijabers tapi sekarang jangan risau lagi banyak dress yang direka khas untuk muslimah asalkan mereka berani dan pandai mengayakanya.

" dress labuh cipta revolusi baru sopan, ayu dan cukup anggun. kehadiranya dirasai. gayanya menarik ramai pemerhati. lenggok hayun dress labuh yang menyaluti tubuhnya melantunkan keasyikan. "oh siapakah gerangan si empunya diri? " - HB -  


dan dalam kita asyik bercerita tentang fashion HB juga menyelitkan jurnal percutian untuk diketengahkan kepada kaki travel. dimana percutian krew HB pergi kena la beli HIJABISTA wehewww.


dan biasa sebagai satu majalah untuk kaum hawa, tip penjagaan muka semestinya perlu diselitkan jadi HB menyelitkan sedikit tips penjagaan mata sembab. nak tahu macam mana kena beli la. hehehe


dalam edisi HB juga ia selitkan " ekstra HB " dekat situ banyak cerita tentang hijab sahaja.
- fabrik, motif, warna untuk hijab -
- aksesori yang boleh selit dihijab -
- jenis jenis anak tudung yang sesuai -
- fakta sainstifik kelebihan berhijab -
- gaya tudung apa yang sesuai untuk kita -
- rona tudung VS mood -



HB juga ada buat contest untuk para hijaber. contest yang mudah ja. siapa rasa nak join boleh la join. cara nak join. beli HIJABISTA, begambar dengan HIJABISTA dan anda berpeluang menangi RM 100 UNTUK 5 orang pemenang bertuah. nak tahu lebih lanjut baca dalam HIJABISTA. 


itu ja lah serba sedikit tentang majalah baru ni. aku dah beli 3 minggu lepas lagi. baru sekarang aku nak update so guys kalau rasa anda rasa nak belajar selok belok berhijab, HIJABISTA adalah terbest yang boleh bantu anda. so apa tunggu lagi beli lah takkan tengok ja. 
harga RM 10.00 sahaja.

bye

9:01 PTG 2 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_lzla0fjxz51r1zev1o1_500_large

weheeeeeeeeeeee morning sihat tak hari ini? how's life? ekekekek hari yang sungguh mulia lagi indah ni aku nak jawab soalan soalan yang mampu buat manusia manusia tercekik cokodok 88 ketul di halkum. so jom kita jawab.



kebanyakkan entry korang pasal apa?
- personal life
- giveaway. contest. segmen

berapa kerap setiap post korang?
- ikut kerajinan seorang Amalina Yaakub

sehari berapa jam korang spend untuk blog??
- kalau aku sihat insyallah lama juga aku spend tapi kalau aku tak sihat selaluny aku tak on pun aku tidur ja

boleh dapat duit kew dgn blog ney?
- insyallah boleh kalau cara korang untuk dapat duit guna cara yang betul.

ada ka yang nak baca blog kau?
- tak ada. ( aku pun tak sure ada atau tidak ) maybe ada maybe tak ada.

ramai tak follower kau?
- ramai ka tak ramai ka aku rasa macam tak kisah la sebab aku nak readers.

adakah anda rajin meng'blogwalking" blog lain??
- kalau ada masa aku BW la ataupun bila diorang comment blog aku, aku pergi la balik blog diorang.

bagaimana cara u'olls nak mencari follower??
- ping entry di group group facebook ( aku join 50 group facebook )
- ping entry di personal facebook aku dari situ pun kita akan dapat reader maybe dari kalangan keluarga.

macam mana nak buat org suka dengan blog kite?
- tulis seikhlas yang mungkin. kalau waktu kita type kita rasa malas readers boleh tahu kita malas nak type tapi kita type juga sebab nak kejar traffic kan? 

3 top blogger?
- tak ada blogger yang top yang ada cuma blogger yang diminati hasil penulisan dia. kan?
- cik epal ( blog picisan yang banyak menternak lemak )
- ben ashaari ( blog yang banyak share pengalaman )
- nasir hamzah ( blog yang merungkai misteri )
- nurul badiah lai ( banyak bagi motivasi )

dah siap soalan soalan yang boleh buat aku tercekik cokodok yang tok aku buat. kalau korang nak jawab juga jawab ja tak da siapa pun nak larang. jangan malu jangan segan jawab dengan hati yang happy.

bye


8:02 PG 5 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps

entry ni aku dapat dari sini harap maklum :)

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


fuhhhh pekena satay kajang sedap bro hahaha


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

 
sedap aku lapar, kena pergi masak sekarang juga.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


 
takutnya aku nak bershampoo.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.



aku tak suka sangat benda alah ni. tak sedap sangat pun mee goreng mama aku buat sedap lagi.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.


 
aku cukup suka bawang goreng kalau makan mee kari wajib letak so lepas ni pandai pandai la nak buat macam mana , goreng bawang yang sdn bhd punya la.

cukup kot info yang aku dapat untuk kegunaan kita semua supaya kesihatan kita lebih sihat dan terjamin semoga hidup kita bahagia selalu

bye

8:54 PTG 3 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps


see see apa benda tu aku check link aku ok ja tetiba ja muncul kenapa? salah dekat mana? tak faham aku? ishh nuff pun la jangan main main.
kenapa jadi error macam tu er? ada yang tahu tak?
kot boleh tolong seorang hamba Allah macam aku ni. binggung giler. penat aku nak cari solver.

tu ja aku nak cakap
bye

p/s : giler pendek punya entry

12:04 PTG 6 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_lndyirklmu1qh6gkvo1_400_large

morning morning mula aku taip entry ni adalah pukul 10.10 pagi ( nice number ) so masih pagi kan? dah breakfast belum kalau aku suka breakfast lambat lambat kalau boleh join venture dengan lunch tak da lah aku asyik makan ja kan.

pagi ni aku nak storry morry tentang semut ( semut lagi bosan da ) apa kehal dengan semut kan.

dalam aku hidup seharian diatas muka bumi ni kan aku sangat lah pelik dengan semut spesies hitam ni ( tahu tak semut jenis hitam ni ? ) aku tak sure nama sainstifik semut ni apa, tapi apa yang pasti aku panggil dia semut hitam. kalau tak kenal search goggle wakaakaka. apa yang aku tersangat tak puas hati dengan semut ni la kan adalah dia suka ikut aku, aku pelik la naik rimas pun ada. apa yang dia ikut?

dekat mana ada aku disitu ada semut.
yang peliknya aku ni tak adalah makan gula gula pun yang dia nak ikut sangat, nak kata aku manis pun aku yakin tidak, nak kata aku selalu bersedekah gula dekat diorang pun tidak tapi sekali sekala tu ada la. yang peliknya dimana aku berada ada dia.

cerita dia macam ni ( tadi mukadimah baru, panjang tak mukadimah aku? )

sekarang ni aku dekat rumah tok aku dan di dalam bilik hujung sekali means bilik belakang la sebab apa aku pilih bilik belakang sebab of course la bilik tu sejuk bilik lain panas aku tak suka. masalahnya disini semut hitam duk berkejaran di depan aku atas katil ni tak larat aku nak tepis dah tu banyak pulak dah macam buat kenduri kesyukuran ja semut ni. duk berkampuang tepi aku. kalau tak kacau aku tak pa la ni idak duk kacau aku plus lappy aku sekali naik tension.

dekat rumah lama aku dulu pun macam tu juga aku duduk elak elak ja tengok semut penuh tepi aku duk buat larian tentera secara berkumpulan. pelik sungguh.

rumah baru yang baru aku pindah tu pun ada juga bilik yang aku duduk tetap jadi mangsa, ishhh dah macam macam aku buat nak halau diorang tapi tetap diorang ada juga degil giler serupa aku sungguh semut semut ni. ishhh poning poning sungguh aihhh

- surat untuk semut -

dear semut,
kenapa anda mendekati saya?
adakah anda ingin berkenalan dengan saya? 
kalau nak berkenalan silalah buat laman social facebook semut supaya kita boleh selalu IM
wahahahaha
bye semut.

semut oh semut sampai aku pernah kena gigit la dengan dia dekat mata, bangun pagi ja bengkak tengok tengok ciss semut gigit aku. kurang ajor hahaha

bye


10:25 PG 7 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps


hari ni aku nak cerita satu masalah besar yang dihadapi dalam dunia Amalina Yaakub. aku nak bercakap sejujurnya aku

Aku Tersangat Tidak Menyukai Dokter Gigi

yes aku tak suka sebab aku takut dengan diorang walaupun diorang sehensem hensem mana pun muka diorang yang sangat pasti ketampanan diorang tidak mampu mengatasi ketakutan aku yang amat sangat dengan doktor gigi .

sorry to say la Klinik Gigi aku tak rela nak menjejakan kaki aku dekat situ, aku tak mampu aku takut la ishh tengok muka diorang pun dah seram inikan pulak tengok alat alat yang ada dekat dengan diorang tu serius menakutkan. menakutkan seperti nampak zombi kampung pinang oii..

sekarang ni gigi aku sakit dan aku tak tahu penyelesaian dia aku nak buat apa. mama aku suruh pergi cabut gigi, giler apa aku nak pergi memang tak ar aku nak bagi tahu. aku rela makan ubat yang besar warna biru yang sebesar penumbuk hulk dari pergi cabut gigi. hahaha.

masalah besar sungguh aku ni sebab takut dokter gigi aishh sangat tak patut.
apa apa pun adik adik yang sama seperti akak takut dengan dok gigi jadi silalah jaga gigi anda sebaik yang mungkin supaya ulat ulat bulu yang gatal dan miang tak merayap di gigi anda. wehehhee

ok bye



1:08 PTG 6 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps

attention : entry serius jangan ada senyuman atau ketawaan waktu membacanya.
selamat malam. dah dinner belum ? kalau dah dinner bagus la. tapi kalau orang yang macam aku memang tak dinner lagi la pukul 12 kejap lagi la baru nak makan hahaha. ( buruk sungguh perangai kan ).

balik pada tajuk aku tulis tu. " ambil sebagai pengajaran " tapi pelik nak ambil apa kan? hahaha tak da la aku nak cerita pasal kes satu perempuan tu yang kisah dia tesebar dekat blog blog facebook twitter tentang mak dia suruh hackers dekat malaysia ni hack facebook anak dia sebab mak dia mimpi anak dia terseksa sebab banyak gambar dia yang tak menutup aurat publish dalam facebook.

banyak la link facebook dia tersebar kan. so bagi aku bila kita dapat link tu kita tak payah la tengok pic dia kita terus ja tekan report and block sebab lagi ramai orang yang tengok lagi banyak dia terseksa kan. kesian dekat dia. macam mana arwah pun waktu dia hidup dulu kita yang hidup ni tak payah la nak burukkan dia atau apa pun okey.

dan pengajaran yang boleh diambil nak publish gambar dalam facebook make sure kita dress up properly ataupun lagi senang tak payah letak langsung gambar hahaha. kalau nak letak juga letak la gambar yang sepatutnya tak payah la nak letak picture terdedah sini terdedah sana posing sini posing sana sebab kita tak tahu apa akan jadi future kita nanti. semua benda kerja tuhan kita sebagai manusia kena beringat selalu.

bagi aku la, memang la benda dah nak jadi tapi kita boleh elak kan benda tu dari terjadi kalau kita cegah dari awal. jadi dekat facebook bukan medium untuk menjadi model depan cermin dan snap sendiri. tapi facebook medium untuk kita tak lost contact dengan kawan kita. dan facebook juga bukan medium untuk cari siapa hot siapa cool tapi dia medan untuk kita kenal perangai masing masing hahaha.

tu ja dari saya amalina yaakub melaporkan kihkihkih
bye


9:12 PTG 2 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps

hari ini dengan rajin tahap maksimumnya aku as orang bumi nak ajar korang cara guna tempalate yang di download untuk digunakan dalam blogspot. kalau wordpress ada cara lain. so aku nak ajar yang guna domain blogspot . so jom lets begin.

1. sign in blog jangan lupa hahaha. sebelum tu cari la dulu template apa yang korang nak letak ok.

2. klik "design" kalau tak tahu tengok gambar macam biasa.


3. klik "edit HTML " nampak tak dekat mana tak nampak jeling jeling dekat gambar bawah ni.


4. dah nampak sebelum tu backup tempalte yang lama dulu takut takut korang tak bekenan template baru tu. nak download template lama klik ja dekat " download full template "

5. klik " choose file " pilih file template yang korang cari tadi tu. dah pilih klik button " upload " so done.


6. then dia akan jadi macam gambar dekat bawah ni.


so korang boleh pilih sama ada nak keep widget yang sedia ada dalam blog korang ataupun nak delete semua widget. boleh pilih yah jangan risau.

7. last sekali klik button " save template " dia akan jadi macam dekat bawah tu. 


so dah siap. boleh la nak edit edit sidebar nak ubah widget ka apa ka kan. ikut korang la. semua terserah dengan korang yang penting kena pandai guna kreativiti untuk ubah benda yang sedia ada jadi lebih cantik.

good luck

sebelum tu kalau nak cari template boleh cari dekat bawah ni. just klik dekat template korang suka dan bila nampak " download " tunggu apa lagi download ja ok.
- klik dapat 1 sen -
- klik dapat 2 sen -
- klik dapat 3 sen -
- klik dapat 4 sen -

done
bye
see ya

2:07 PTG No 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps


saja ja nak cakap aku dapat BE wahahha please la jangan jeles kahkahkah ( tetiba mengada ngada pulak amalina ni, hempuk kang )

just nak cakap thanks la mr.nuff bagi BE ewah.

aku dapat BE dari inti college. kalau korang nampak ada iklan bawah entry aku dari inti college ha yang tu la BE. 

BE ni apa ?
buffered earning.
kihkihkih sebenarnya kan. BE ni kita boleh dapat kalau kita rajin post entry dekat blog kita. dalam 5 kali sehari ka? kalau UV tak sampai 500 pun tak pa la. sebab UV aku tak da la sehari 500 just 200 ja pun. so BE ni macam imbuhan bagi blogger yang rajin macam tu.

kalau tak dapat BE tu jangan la pergi delete blog pulak relex la nanti nanti dapat la tu kalau korang rajin update entry macam korang rajin update status facebook and tweet dekat twitter. siapa rajin dia la dapat siapa malas dia la ketinggalan. hidup ni unik kan.

tapi apa yang penting niat BLOGGING tu apa? kalau sekadar nak FAMOUS | DUIT better pergi ikut cara najwa tu cepat sikit hohoho. jadi kalau korang dapat duit dalam dunia blogging ni anggap lah ianya satu rezeki mungkin boleh jadi part time career untuk korang. who knows kan dengan blogging tetiba korang boleh beli private island sebiji. siapa tau. tuah kucing nampak ditompoknya tuah manusia nampak diblognya huahuhahua.

so 
HAPPY BLOGGING
jangan mudah putus asa chaiyok chaiyok !
good luck blogger !

bye



9:34 PTG 13 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ▼  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ▼  April (11)
      • Soalan hurmm!
      • Mengada
      • Hijabista
      • Soalan Lagi
      • Info Berguna
      • Ads Nuffnang
      • Semut Best Friend
      • Dentist? No!
      • Pengajaran
      • TUTORIAL : Skin Template
      • Buffered Earning
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates