Hijabista

by - 9:01 PTG

assalamualaikum
hye peeps


hari ni jom semua kita bercakap | menaip | bercerita tentang HIJABISTA yang power seperti cala man ( yang jual kasut tu ) dan awesome seperti cala qisya ( yang jual kimono yang comel comel plus muslimah tu ). jom checkidout first edition untuk hijabista bagi sesi pengenalan untuk diperkenalkan semua muslimah yang berhijab di Malaysia. Hijabista satu satu nya majalah yang mengetengahkan hijab sebagai fashion utama selain majalah dara. so jom kita review.

di page 30 hingga 33 . HB( hijabista ) banyak mengetengahkan motif batik paisley yang semakin rancak dipakai golongan yang berhijan mahupun bukan. corak batik paisley comeback. corak yang bermotifkan batik  tetapi telah dimodenkan dan diilhamkan menjadi corak yang lebih trendy dan freshie.

" lambang seni sejak zaman lampau, batik sudah menjadi sebahagian daripada imej masyarakat tempatan. memasuki dunia yang serba maju dan tinggi teknologi, batik masih gah bernafas. dan kini, ia kembali menjengah dunia fesyen menerusi medium selendang " - HB -  


bermula page 42 hingga 51 HB memberi tutorial untuk bergaya bersama hijab untuk yang masih tercari cari identiti untuk mengayakan selendang anda boleh la membeli HB untuk belajar cara yang sopan dan manis untuk dipakai para HIJAB.


page 58 hingga 59 banyak menceritakan berfashion tapi masih dalam bajet yang tidak melangkaui batas batas membazir. kita sebagai fashionista perlu pandai berfashion dan dalam masa yang sama juga perlu pandai mengunakan duit belanja agar kita tidak dikategorikan membazir. bajet bajet bajet.


page 72 sampai 77 banyak diceritakan tentang dress labuh yang digemari para hijaber mahupun bukan hijabers. dress labuh bagaikan mencipta satu transformasi dalam bidang fashion. dahulunya dress sering dikatakan tidak sesuai untuk para muslimah sebab dress kelihatan seksi dan sangat tidak sesuai untuk para hijabers tapi sekarang jangan risau lagi banyak dress yang direka khas untuk muslimah asalkan mereka berani dan pandai mengayakanya.

" dress labuh cipta revolusi baru sopan, ayu dan cukup anggun. kehadiranya dirasai. gayanya menarik ramai pemerhati. lenggok hayun dress labuh yang menyaluti tubuhnya melantunkan keasyikan. "oh siapakah gerangan si empunya diri? " - HB -  


dan dalam kita asyik bercerita tentang fashion HB juga menyelitkan jurnal percutian untuk diketengahkan kepada kaki travel. dimana percutian krew HB pergi kena la beli HIJABISTA wehewww.


dan biasa sebagai satu majalah untuk kaum hawa, tip penjagaan muka semestinya perlu diselitkan jadi HB menyelitkan sedikit tips penjagaan mata sembab. nak tahu macam mana kena beli la. hehehe


dalam edisi HB juga ia selitkan " ekstra HB " dekat situ banyak cerita tentang hijab sahaja.
- fabrik, motif, warna untuk hijab -
- aksesori yang boleh selit dihijab -
- jenis jenis anak tudung yang sesuai -
- fakta sainstifik kelebihan berhijab -
- gaya tudung apa yang sesuai untuk kita -
- rona tudung VS mood -



HB juga ada buat contest untuk para hijaber. contest yang mudah ja. siapa rasa nak join boleh la join. cara nak join. beli HIJABISTA, begambar dengan HIJABISTA dan anda berpeluang menangi RM 100 UNTUK 5 orang pemenang bertuah. nak tahu lebih lanjut baca dalam HIJABISTA. 


itu ja lah serba sedikit tentang majalah baru ni. aku dah beli 3 minggu lepas lagi. baru sekarang aku nak update so guys kalau rasa anda rasa nak belajar selok belok berhijab, HIJABISTA adalah terbest yang boleh bantu anda. so apa tunggu lagi beli lah takkan tengok ja. 
harga RM 10.00 sahaja.

bye

You May Also Like

2 000 orang comment