HIM

by - 2:16 PG

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_mctk5313al1rxg6n5o1_500_large

bila tangan aku di keyboard ni sebenarnya aku tak tahu aku nak tulis apa walaupun tangan aku sangat miang keladi untuk menaip dalam blog aku ni tapi aku tak sure aku nak cerita tentang apa? sebab tu lah aku suka cerita mengarut yang tak da kena mengena pun kadang kadang dengan hidup aku. tapi aku still story sebab aku suka MAYBE? hahaha :P

" Him "
personal life gitu kan.

kawan aku seringkali bertanyakan ke aku kenapa aku masih single sedangkan remaja yang seusia aku sudah ada mr.right mereka yang text mereka setiap hari yang belanja breakfast,lunch and dinner mereka setiap hari yang mampu menjadi tisu mereka dikala mereka sedih yang menjadi pemerhati setia adalah aku apabila mereka buat drama swasta. yeah !

dan jawapan aku mudah sahaja aku masih belum jumpa dan belum bersedia untuk bercinta mungkin aku masih menunggu seseorang yang bukan untuk dijadikan boyfriend tetapi seorang husband. maybe. semua ini ketentuan tuhan aku sebagai hamba nya hanya melakukan apa yang aku mampu. aku bukan lah seorang wanita yang perigi mencari timba tapi aku seorang wanita yang tahu batas batas apa yang boleh dan tidak boleh dengan yang bukan muhrimku.

mungkin ada yang nampak aku kurang mesra dengan lelaki tapi aku punyai sebab tersendiri. aku bukan jenis yang mudah untuk orang dekati aku mungkin hari ini orang nampak aku macam mudah didekati tapi esok orang akan nampak aku susah untuk didekati pula. aku bukan mudah menaruh harapan kosong kepada orang yang tidak selayaknya. aku hanya menaruh harapan bila aku yakin dia yang aku cari selama ini.

mungkin diusia aku ada yang berkata aku kolot sebab masih single tapi hanya satu yang aku ingin berkata.

" amalina yaakub in relationship with encik yaakub, puan jamaliah dan Allah dan Rasul "

itu sudah cukup untuk aku sekarang diusia aku sekarang. mungkin ada juga yang berkata aku ni " tak straight " agak giler soalan itu apabila ditanya. jawapan aku hanya satu.

" if you think that you always lame "

adakalanya kita bersendiri tanpa boyfriend seringkali disalah anggap oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjwab dan pihak pihak yang tidak membayar insurans ini. kadang kadang sebagai manusia aku hanya biarkan sahaja kerana aku tahu siapa aku yang sebetulnya.

mungkin 1000 orang boleh bertanya 1001 soalan tapi 1 jawapan hanya ada pada diri sendiri. sejauh mana awak tahu mengolah jawapan yang awak ada menjadi 1 jawapan yang mampu membuatkan mereka mereka ini rasa seperti ingin terjun di dalam telaga sahaja .

yeah cukup setakat ini.
malam semakin memanggil ku untuk melelapkan mata.
bye
ada masa kita berjumpa lagi.


You May Also Like

1 000 orang comment