Keberanian Harus Ada
Assalamualaikum
hye peeps
dalam hidup kita sebagai manusia tak lari dari rasa takut, setiap apa yang kita buat atau kita bakal buat kita mesti akan rasa takut untuk pertama kalinya. tapi kita kena berani. setiap manusia punya sifat berani yang Dia titip kan dalam hati kita dan kita lah sebagai diri sendiri fikir macam mana nak guna kan rasa berani itu untuk hadapi setiap ketakutan dalam diri kita sendiri.
aku bukan manusia yang berani yang boleh selambar badak ja buat semua benda, bila aku nak buat sesuatu takut tu wajib ada kadang kadang aku terfikir macam mana nak atasi ketakutan tu tapi aku cuba untuk atasi walaupun aku yakin aku tak mampu buat tapi aku nak buat juga. bila takut kita kena ada support dari belakang especially keluarga sendiri. bila aku takut aku ada mama aku yang selalu cakap, nak takut apa ajal maut tangan Dia, jadi bila aku nak buat aku pegang macam tu ja lah, kalau nak mati, matilah dalam keadaan iman. kalau nyawa masih panjang, biarkan aku buat sesuatu yang berguna.
just ingat bila takut ingatlah Dia pasti Dia bantu kita walau apa pun dugaan yang kita tempuh, jangan berhenti berharap padaNya. kekuatan bukan boleh dilihat dari mata kasar tapi kita dapat rasa kekuatan itu. kita sebenarnya tak tahu bertapa kuatnya kita sampai lah suatu saat menjadi kuat adalah satu satunya pilihan yang kita ada. jadi waktu tu kita akan sedar yang kita ni sebenarnya kuat. kekuatan tu macam magis, yang boleh merubah segalanya menjadi indah dan boleh juga merubah segalanya menjadi derita. pilihan kita buat, jadi apa kita nak? INDAH atau DERITA?
dan berani tempuh hidup yang penuh keindahan dan penderitaan. nampak jalan tu berliku tapi bila kita lalui baru kita tahu jalan ni sangat mudah untuk kita tempuh berbanding jalan lurus yang kita nampak mudah tapi sebenarnya ada beribu macam kesusahan disitu.
tapi bila awak kata awak nak jadi berani dan nak jadi kuat pasti sifat Superman akan lahir dalam diri. tapi kalau awak kata awak nak terus jadi lemah pasti hidup awak akan terus hanyut tanpa arah tuju yang baik. setiap apa yang kita buat kita YAKIN dan kita tahu kita mampu BUAT.
good night <3
love you
0 000 orang comment