Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub

Assalamualaikum
hye peeps



lama rasanya tak berupdate blog yang satu ni, sungguh aku kata aku sangat tak busy tapi entah la untuk update blog betul betul perlukan mood terutama mood gembira kalau mood sedih masih boleh menulis tapi automatik bila baca balik ayat tu banyak yang kearah sensitif sangat sebab emosi tengah tak betul, kalau rasa nak menulis sesuatu yang membahagiakan emosi kena bahagia juga kalau tidak semuanya masuk kelaut.

cuti sem semakin nak habis, tapi aku rasa aku tak da buat benda yang bermanfaat pun, aku hanya habiskan cuti di kampung sambil online, makan tidur makan tidur dan belajar drive, sebab aku ni penakut sikit nak drive orang nampak ja muka tak da perasaan tapi dalam hati siapa yang tau kan. tapi hampeh bila aku drive sorang pun tak berani nak teman, cheih. benci tau macam ni. pastu mula la aku melalut macam macam. " mama kalau ina ada boyfriend boleh juga ina kerah dia duk sebelah teman ina drive ni semua penakut nak naik, *bajet ada boyfriend dia berani duk sebelah aku bila aku drive* dah kata sayang kan kena berkorban semua lah, tak gitu AWAK? ". abaikan bab drive.

28 may 2013 alhamdulilah result semester 2 keluar juga akhirnya dengan penuh bergaya. aku baru sem 2 dan alhamdulilah dah sejauh ni aku berjalan dalam course accounting. ingatkan akan berhenti tengah jalan tapi slow slow aku teruskan juga dalam accounting walaupun hati tak menyukai tapi ini major yang aku pilih nak atau tak aku kena teruskan. dan Allah memberi hasil penat lelah aku habiskan sem ni dengan sesuatu yang tak dijangka. thanks.



tak pernah jangka result sebegini sebab aku tahu kelemahan aku dimana, memang aku yakin kali ni memang takkan dekan dah tapi yeah Allah lebih tahu segalanya, dekan lagi. syukur walaupun aku melihat financial acc aku sangat lah tak memberangsangkan, FA satu subject yang sangat killer bagi aku, sebab aku bukan budak yang jenis minat sangat dengan akaun, mungkin lepas ni makan tidur aku harus aku dengan akaun untuk improve apa yang tak betul. dan terkejut juga OSHA dapat B hahaha, macam mana boleh dapat B, ish *tutup muka*. 

tapi dengan cgpa macam ni aku agak rasa macam okey ni lah apa yang aku nak, dekan itu bonus hasil kerja kita, tapi terima kasih. tak expert pun sebab aku dah pesan awal awal dah dekat semua orang aku tak expert dekan sem ni dan siap pesan lagi, jangan harapkan dekan sem ni mama and abah sebab aku rasa macam aku agak kalut waktu jawab exam tu tapi buat tak tau p la kan. hewhewhew. 

btw congratulation to my BFF yang dekan juga semuanya, terbaik lah, yang tak dekan tu tak pa mungkin belum sampai waktu mungkin masih ada salah dimana mana, jangan sedih kawan, aku kan ada, aku sentiasa ada untuk awak itu, hehehe. kita kan kawan macam mana pun aku akan tolong, minta lah tolong waktu mana pun insyaallah aku akan cuba tolong yang termampu. jangan give up and jangan rasa rendah diri. just be you, cause you're special sahabat. 

p/s : jenuh kena belanja budak budak tu hahaha.. tak pa demi sahabat. apa kata an " habiskan duit untuk family dan sahabat lagi berbaloi dari habiskan duit untuk kawan sekadar untuk hu ha hu ha " ok take note mendalam maksud disitu. lunch jom :)



1:54 PTG 5 000 orang comment
Assalamualaikum
hye peeps


menjadi manusia yang sempurna dimata semua orang sangat lah susah ada ja yang tak kena dengan setiap tindak tanduk kita, kadang kadang aku pelik kenapa mereka harus pedulikan setiap orang walaupun orang tu bukan sesiapa pada mereka mahupun pada negara, kenapa kita nak ambil kisah? kenapa? kenapa setiap apa yang dah dilakukan sentiasa ada keburukkan dimata kita, tak boleh ka dalam sehari kita lalui kehidupan sebagai manusia kita berhenti mengkritik orang lain. 

tak susah menjadi manusia kalau awak tahu hormat hak orang lain, kalau awak tahu tutup aib dan kelemahan orang lain, kenapa awak masih nak buka aib dan kelemahan orang kalau awak tahu diri awak juga punya aib dan kelemahan? kenapa? berhentilah dari membuka setiap keburukkan insyaallah Allah pasti menutup keburukkan kita untuk dipandang orang lain. 

kita sering cakap menjadi manusia itu lemah, tapi awak tahu ka? awak sendiri yang melemahkan diri awak untuk mengakui setiap perkara, kenapa kita perlu lemah bila kita hanya berhadapan dengan sedikit sahaja ujian dari Dia kenapa kita terus jatuh bila ujian itu datang, pernah ka, kita lihat insan lain yang lebih teruk ujian dari kita, pernah ka kita pandang orang lain yang lebih teruk Dia timpakan mereka dengan dugaan sehingga mereka tiada jalan lagi untuk selesai yang mereka ada hanya satu pilihan sahaja iaitu mati, pernah ka kita pandang semua tu?

bila Dia titipkan dugaan yang kita masih punya jalan untuk selesai kenapa kita masih terus berdiri lemah bagai dunia dah nak kiamat. kenapa? manusia bangunlah dugaan yang Dia beri kadang kadang tak seberat mana, sebab Dia lebih tahu kita mampu harungi atau pun tidak, Dia takkan memberi sesuatu yang kita sendiri tak mampu harungi, kita masih punya jalan untuk selesai kenapa kita pilih untuk menjadi lemah.

wahai insan bangun lah bila rasa diri menjadi lemah, setiap kelemahan tersembunyi kekuatan yang kita tak nampak, untuk nampak kekuatan itu berdiri lah atas kelemahan pasti kita nampak kekuatan itu. kita takkan tahu kita kuat sampai kita mampu menjadi kuat untuk sesuatu. bangkitlah untuk terus berdiri walaupun awak tahu kaki awak lemah untuk berdiri, tapi berdiri lah untuk tunjukkan bahawa awak mampu berdiri walaupun dugaan itu berat, walaupun berulang kali awak jatuh atas kelemahan awak, awak kena bangun walaupun awak perlu bangun untuk ke 1000 kali. awak masih perlu bangkit walaupun awak sakit, terseksa.

sakit itu datang sekejap cuma, bila dia hilang kita akan rasa diri kita yang baru. percayalah kesakitan menjadikan kita insan yang baharu walaupun kita masih sama, masih disini, masih di roh yang sama tapi kelainan dia kita rasai. yakin lah bila awak bangun atas kesakitan yang awak lalui awak akan rasa suatu kekuatan yang tak pernah awak lalui sebelum ni. YAKIN lah.

aku pernah rasa sakitkan jatuh, sakitnya gagal dalam hidup tapi apa pilihan yang aku ada, aku cuma ada satu ja pilihan, terus bangun dan teruskan hidup walaupun orang sekeliling memandang rendah, aku tak peduli sebab aku tahu aku punya insan yang sentiasa yakin dengan aku dan percaya setiap apa yang aku pasti berhasil. jadi terus bangun dan bangun. jangan berhenti. bangun dari kebodohan, kesakiktan, kelemahan dahulu. dan yakin ALLAH itu ada dengan kita cuma kita lupakan dia.

good night
bye.





1:18 PG 2 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps

last day paper financial acccounting 29.4.13 so habis ja exam rushing balik rumah salin salin baju kan tetiba dapat call dari zimi kata phone dia tetingal dekat polimas, memang bila pergi balik ja tempat tu, memang sudah tiada lagi, tak tahu la siapa punya angkara hadoii, mungkin dia memang ada niat nak mencuri sebab dia off phone tu, ok fine, awak memang bagus dalam taktik mencuri. cisss phone murah pun nak ambil ka? aiyoo !
so after selesaikan masalah akak sorang tu kena selesaikan hal yang dah diplan dari sebelum exam lagi, yeah kami semua memang akan celebrate birthday kawan kawan tanda pernghargaan buat mereka sebab sudi berkawan, so macam mana kalut pun kami semua akan tetap curi masa dekat mana mana and celebrate, so dah macam tradisi pun ada juga.

before si eyka ni balik kampung memang last day paper tu terus celebrate la kalau tidak dia dah pass ke kampung la alamatnya.


so eyka si semut pokodot happy birthday, may Allah bless you sayang ! hewhewhew.


hadiah pun beli last minute memang tak tau la bagi dia cantik ka tak bagi aku, apa apa pun boleh ja, janji ada. redha ja la eyka oii noh.



muka orang terharu sebab terkejut, sampai menangis tu hahaha, adoiii .. 


and macam biasa keluar ja dari KFC siap la kau hahaha(gelak jahat sikit)


yeay dah habis 1 kilo tepung untuk dia saja. 

so habis lah hari terakhir di semester 2, 
sambut birthday eyka sekali dengan sambut last day sem 2 lah senang hehehe.

" persahabatan lebih berharga dari sebutir berlian "

hargai lah persahabatan selagi kita memahami apa itu sahabat, jangan hancurkan persahabatan yang telah kita bina hanya kerana hal hal yang bodoh. sekali persahabatan itu musnah susah untuk membina persahabatan yang baru yang sama seperti sebelumnya.

bye
happy holiday hehehe
love you guys so much. !



11:41 PG No 000 orang comment
 assalamualaikum
hye peeps

3 APRIL 2013
yes akhirnya kami disini, eh macam tak pernah pergi mahkamah pulak kan, ( tapi memang tak pernah pergi pun sebab kalau pergi motif untuk apa? ) so dengan tiket sebagai student nak buat lawatan jadi boleh la masuk dalam makamah and dengar a few cases yang berkaitan dengan perkahwinan dan hak penjagaan anak anak. aku pun tak berapa pasti sangat dengan kes kes yang aku dengar tu. biasalah mahkamah medan yang penuh dengan cases diluar jangkaan minda kita.


mahkamah syariah, interesting banyak benda disini kami dapat walaupun hanya sekecil kecil ilmu tapi ianya bermanfaat untuk semua. hope so.


dalam meeting room, erm just bincang apa apa soalan yang kami semua ingin bertanya itupun kalau rasa nak bertanya lah kalau rasa tak nak tanya just diam and dengar, semua soalan punya jawapan yang kadang kadang aku pun tak faham hahaha.


masing masing fokus dengan setiap patah perkataan yang diucapkan. 


thank you mahkamah syariah atas menyambut kami semua datang kesini. 
sangat rasa dihargai disini.


oh well kami bakal peguam syariah. eh ~~~~



haruslah punya muka sendiri.
awkward smile :)

sebenarnya banyak ja lagi nak cerita tapi rasa macam malas pulak nak bercerita, semua mood ingin menaip hilang kelaut, aku tak tahu kenapa mungkin aku perlukan ketenangan dahulu. oh dimana harus ku cari ketenangan itu.

see ya
bye.



3:26 PTG 1 000 orang comment
assalamualaikum
hye peeps


tepat 12 malam tadi bulan April melabuhkan tirainya dengan macam cerita dalam hidup seorang amalina yaakub walaupun kisah di bulan April lagi banyak kesedihan dari kebahagiaan sekurangnya ianya membawa makna dalam hidup untuk terus mengingat bulan april 2013.

hye may aku rasa bulan may ni tak da lah sebaik mana sebab tengah semester break so aku rasa aku akan dekat rumah ja sepanjang masa aku sebab tak tahu nak buat apa, bukan aku boleh keluar jalan jalan pun, oh aku dapat merasai kebosanan yang maha dasyat pada bulan may ini walaupun hari ni baru 1 may 2013. oh god.

oh btw selamat hari pekerja kepada pekerja pekerja dan untuk aqila my cousin happy birthday today, may allah always bless you. we love you sayang. 

bulan may juga bulan mama dan abah 
kerana bulan mereka dilahirkan
abah 3 mei
mama 12 mei 
yes to both of you happy birthday dari satu satunya anakmu.

so 
HELLO MAY

bye


1:56 PTG 1 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ▼  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ▼  Mei (5)
      • Alhamdulilah Semester 2 Be End With Beautiful.
      • Manusia
      • Celebration Last Day Semester 2
      • Mahkamah Syariah, Here We Are !
      • Hye May Bye April
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates