Manusia
Assalamualaikum
hye peeps
menjadi manusia yang sempurna dimata semua orang sangat lah susah ada ja yang tak kena dengan setiap tindak tanduk kita, kadang kadang aku pelik kenapa mereka harus pedulikan setiap orang walaupun orang tu bukan sesiapa pada mereka mahupun pada negara, kenapa kita nak ambil kisah? kenapa? kenapa setiap apa yang dah dilakukan sentiasa ada keburukkan dimata kita, tak boleh ka dalam sehari kita lalui kehidupan sebagai manusia kita berhenti mengkritik orang lain.
tak susah menjadi manusia kalau awak tahu hormat hak orang lain, kalau awak tahu tutup aib dan kelemahan orang lain, kenapa awak masih nak buka aib dan kelemahan orang kalau awak tahu diri awak juga punya aib dan kelemahan? kenapa? berhentilah dari membuka setiap keburukkan insyaallah Allah pasti menutup keburukkan kita untuk dipandang orang lain.
kita sering cakap menjadi manusia itu lemah, tapi awak tahu ka? awak sendiri yang melemahkan diri awak untuk mengakui setiap perkara, kenapa kita perlu lemah bila kita hanya berhadapan dengan sedikit sahaja ujian dari Dia kenapa kita terus jatuh bila ujian itu datang, pernah ka, kita lihat insan lain yang lebih teruk ujian dari kita, pernah ka kita pandang orang lain yang lebih teruk Dia timpakan mereka dengan dugaan sehingga mereka tiada jalan lagi untuk selesai yang mereka ada hanya satu pilihan sahaja iaitu mati, pernah ka kita pandang semua tu?
bila Dia titipkan dugaan yang kita masih punya jalan untuk selesai kenapa kita masih terus berdiri lemah bagai dunia dah nak kiamat. kenapa? manusia bangunlah dugaan yang Dia beri kadang kadang tak seberat mana, sebab Dia lebih tahu kita mampu harungi atau pun tidak, Dia takkan memberi sesuatu yang kita sendiri tak mampu harungi, kita masih punya jalan untuk selesai kenapa kita pilih untuk menjadi lemah.
wahai insan bangun lah bila rasa diri menjadi lemah, setiap kelemahan tersembunyi kekuatan yang kita tak nampak, untuk nampak kekuatan itu berdiri lah atas kelemahan pasti kita nampak kekuatan itu. kita takkan tahu kita kuat sampai kita mampu menjadi kuat untuk sesuatu. bangkitlah untuk terus berdiri walaupun awak tahu kaki awak lemah untuk berdiri, tapi berdiri lah untuk tunjukkan bahawa awak mampu berdiri walaupun dugaan itu berat, walaupun berulang kali awak jatuh atas kelemahan awak, awak kena bangun walaupun awak perlu bangun untuk ke 1000 kali. awak masih perlu bangkit walaupun awak sakit, terseksa.
sakit itu datang sekejap cuma, bila dia hilang kita akan rasa diri kita yang baru. percayalah kesakitan menjadikan kita insan yang baharu walaupun kita masih sama, masih disini, masih di roh yang sama tapi kelainan dia kita rasai. yakin lah bila awak bangun atas kesakitan yang awak lalui awak akan rasa suatu kekuatan yang tak pernah awak lalui sebelum ni. YAKIN lah.
aku pernah rasa sakitkan jatuh, sakitnya gagal dalam hidup tapi apa pilihan yang aku ada, aku cuma ada satu ja pilihan, terus bangun dan teruskan hidup walaupun orang sekeliling memandang rendah, aku tak peduli sebab aku tahu aku punya insan yang sentiasa yakin dengan aku dan percaya setiap apa yang aku pasti berhasil. jadi terus bangun dan bangun. jangan berhenti. bangun dari kebodohan, kesakiktan, kelemahan dahulu. dan yakin ALLAH itu ada dengan kita cuma kita lupakan dia.
good night
bye.
2 000 orang comment