Celebration : Birthday Fina
Assalamualaikum
hye peeps
dah lama rasanya tangan yang dianugerahkan tuhan ini, tak menaip untuk blog sendiri, tetiba terasa bagai malas nak update blog, tak da benda nak diceritakan, rasa macam tak da kisah menarik untuk dipamerkan, kisah peribadi hari hari yang dilalui dirasakan sama sahaja sepanjang tempoh sebulan ni, walaupun hari hari aku penuh dengan jadual ke kelas yang sangat pack dan "awesome" dan aku bagai terasa ber"semangat" untuk ke kelas hari hari. (abaikan kisah yang sangat busy as a student).
marilah daku bercerita, kisah yang mengembirakan hati dan nurani, bagi aku kalau kita mengembirakan hati orang lain pasti hati sendiri akan rasa gembira juga walaupun hati kita bersedih, terluka tapi bila kita lihat orang lain senyum ketawa hanya sebab benda kecil yang kita buat, ianya sangat bermakna untuk hati yang bersedih. tak percaya cubalah :)
yeay Fina, happy belated birthday, even kami berenam celebrate secara kecil kecilan ja, tapi bila tengok muka fina yang teruja giler terus kami semua happy, ecececce kan? kalut hari tu kami kesini kesana nak plan tanpa tuannya tau apa yang kami plan. sampai berpusing satu polimas la fina, zimi and atin. hanya sebab nak larikan fina dari aku, syifa, nad, demi menuggu an yang habis kelas lewat. walaupun bukan an birthday girlnya hahaha LOL :P
terima kasih kepada Secret Recipe Jitra kerana mewujudkan oreo cheese cake yang sedap, habis fina makan, alhamdulilah hehehe. ( siapa tak habis makan tak boleh balik ).
terima kasih KFC sebab pagi pagi dah sambut kami didepan pintu dengan muka yang ceria seceria matahari dipagi hari.
oh polimas terima kasih kerana memberi tempat yang strategik untuk kami menceriakan hari walaupun panas terik membasahi muka. ehhh
time budak budak lunch, normal lah polimas akan sunyi kecuali dikafe.
sorry fina tercalit cheese pulak hehehehe... walaupun itu dalah disengajakan oleh kami berdua.
btw fina, anda sudah tua mulai sekarang hehehe,
we love you fina.
penat ooo kami cari jam untuk hadiah birthday tu satu aneka kami jelajah, hehehe..
wish you always be happy with your life and good luck :)
p/s : asement banyak, aku nampak asement dah macam nampak baju yang tak berlipat memenuhi bilik yang kosong. (hiperbola).
bye/
0 000 orang comment