Last Trip with Dat 6A
assalamualaikum.
ha baru sekarang blog ni hidup selepas kesibukkan yang maha hebat berakhir dan sekarang aku lah penganggur terhormat. yes! i am officially no more as a student in Diploma of Accountancy, rasa lega, rasa beban tu hilang, tapi sakit kepala la pulak fikir lepas ni nak kemana? tunggu UPU then hopefully I can be as a student again (Doakan aku).
selepas final exam, aku dengan the geng dat6a, PA (papa Khairil with the family) dan baba En. Imran lepaskan semua tekanan di Port Dickson (tenangkan fikiran yang kusut sepanjang 3 tahun) , Icity (masuk snowalk ja semata mata), Taman Botani (hargai alam) dan Berjaya Times Square (harus la ada dalam program buat keluar anak tekak satu dua).
penuh dengan memori, gelak tanpa henti, kejutan, sedih, bahagia dan segalanya lah. dan last kan, bila pulak nak jumpa depa depa ni tak pasti la even semua asal Kedah dan cuma sorang ja la sesat mai dari Sarawak.
marilah aku penuh kan posting ini dengan gambar, tak best bercerita tanpa gambar. boring sangat.
tangan siapakah itu? tunjuk apakah?
aku failed pinpong dalam sudu. sumpah aku tak reti.
gamak basuh epal guna air laut pastu dah la kena makan 5 biji dalam 1 group. manis campur masam, kau fikir la sendiri.
chill tikah.gaya apa tu?
end up day 1 - Port Dickson dengan malam BBQ. berakhirlah kisah kami dimalam itu disana. btw malam malam ni ada pulak orang mabuk, cakap sorang sorang dengan gaya yang menakutkan. nak makan tak senang takut dia buat serang hendap nanti naya hidup.
congratulation la pada group yang menang. eh group aku la tu hakhakhakhakhak... menang la sangat. dah nama pun group dengan ku lah. faham faham sendiri la hahaha.
day 2 agak berilmiah sikit, buat lawatan ke kilang Yakult dekat Seremban. It's a good experience kenal lah apa itu Yakult pada yang tak suka minum susu kultur ni kan. well everything was good.
first impression datang, muka kena confident.
kalau lah depa jual Yakult sebesaq tu, aku rasa sure, bakteria yang jahat pun tak berani nak hidup dalam perut kita semua, takut dia kena mati katak uolls.
after buat lawatan Ilmiah tu, kami menikmati alam sekitar seketika. tengok hijau hijau. dekat Kedah payah dah nak nampak hutan hutan hijau macam ni, sawah banyak. pada yang tak kenal pokok beras tu ha, boleh la mai Kedah. ke Taman Botani pulak, masuk sini sangat murah terkejut iolls.
turun dari bas, dan mula menjelajah musim bunga. feeling feeling pokok sakura membiak dalam tu tapi "expectation is hurt"
siapakah anak murid siapakah pensyarahnya.
aku rasa macam Lavender sekali tengok tapi bila banyak kali tengok aku rasa aku pun tak pasti pokok apa.
masuk dalam tu jangan lah expect yang over over, Malaysia tetap Malaysia mana nak dapat musim bunga ala ala europe sana. berangan ja la boleh. nak musim bunga sungguh sungguh p europe sana.
aktiviti malam, aktiviti penutup hari ke-2 kami singgah Icity sekejap, sekejap tak sekejap cari makan yang lama. dah lapar kan. makan harus la lama dan kami cuma sempat masuk snowalk ja.
muka yang lesu plus gemuk sangat sejak dua menjak ni. masalah sungguh.
tapi yang best masuk snowalk dia punya sejuk boleh buat aku mati beku. automatik hidung mula la nak buat aktiviti masuk dalam tu. leceh!
"kami tak bawa balik eh kasut but p sawah tu"
last day kita ke Berjaya Times Square. aktiviti jerit jerit. hilangkan tension even aku naik yang biasa biasa ja. tak da maknanya aku nak naik yang boleh buat aku jantung aku berlari macam usain bolt tu.
marilah kita menjelajah benda benda yang paling sopan sekali.
sebelum pergi times square kami pergi kilang coklat. beryl's chocolate. sedap! waktu kami datang tu, kami pelawat termuda yang lain tu semua budak budak tadika pasti. memang kami lah yang paling muda.
berakhirlah trip bersama sama kesayangan sepanjang 3 tahun habiskan masa suka duka jatuh bangun kena marah dengan lecturer kena kutuk dan macam macam lagi lah. benda yang lepas dan menyedihkan usah dikenang. kenang benda benda yang mengembirakan pun dah cukup.
lastly, aku nak cakap dat6a good luck untuk masa hadapan. yang nak berkahwin tu semoga berbahagia bersama pilihan masing masing, yang tunggu nak sambung degree tu kita sama insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi, yang tengah bersusah payah hantar resume nak kerja tu good luck, jangan give up. rezeki insyaallah ada untuk bahagian masing masing. persahabatan kita kekal selamanya. hangpa semua adalah memori yang paling best untuk dikenang. GOOD LUCK GUYS. thanks juga kepada papa dan baba yang selalu sudi layan kerenah budak budak macam kami ni. dah 21 tahun pun tapi perangai mengalahkan sekolah rendah. TERIMA KASIH SEMUA.
0 000 orang comment