Live Differently
Assalamualaikum,
Lately, aku ni overthinking sangat dengan apa yang manusia bakal fikir bila aku macam ni macam itu. Aku tahu, aku seorang manusia yang tak mampu nak puaskan expectation manusia untuk buat aku jadi macam apa yang mereka nak. Tapi aku cuba untuk adapt ikut situasi.
Walaupun kadang-kadang aku ni macam tisu sangat, mudah sangat crumple. Sedih! tapi diri sendiri yang ubatkan untuk belajar bahagia kan hati sendiri. Adakala entah la tak tahu nak cari siapa, nak bercerita, jadi belajar untuk selesaikan semuanya sendiri dan cuba bersendirian untuk beberapa hari dan selesaikan apa yang tak diselesaikan.
Aku manusia yang adakala buat salah, adakala khilaf, adakala tersilap langkah dan sebagainya. Aku bukan manusia yang mampu menjadi serba serbi sempurna. Tapi aku hanya boleh kata aku cuba untuk ubah itu ini dan belajar terima setiap apa yang manusia ingin kata walaupun dia tak hidup dalam realiti aku.
Aku tak salahkan manusia yang tak memahami, sebab manusia itu ada hak untuk judge, ada hak untuk tidak suka dan ada hak untuk menjauh dari kau. Kerana segala apa yang berlaku lah, aku cuba "Live my life differently and be better"
Tak salah kan berubah dan jadi seseorang yang lain dari sebelumnya, kalau itu membawa kebaikkan apa salahnya, tapi kalau membawa keburukkan. Dah jangan!
Sebelum ni banyak sangat aku fikir dan terlalu menjaga itu ini sampaikan aku lupa untuk jaga apa yang paling terbaik dalam hidup aku. Terlalu mengejar apa yang aku nak sampaikan aku lupa pada yang selalu setia menunggu.
Tapi setiap apa yang jadi ada hikmah dan sebabnya tersendiri. Tuhan hantarkan kita manusia disekeliling kita bukan untuk suka-suka tapi untuk kita belajar sesuatu dari dia. Letak segala negatif kebelakang dan belajar terima segala yang positif dari dia.
Aku cuma boleh kata, terima kasih sebab ada dan ada dan selalu ingatkan aku tentang sesuatu walaupun dengan macam cara yang berbeza. Aku sedang belajar menerima setiap yang diperkatakan.
Perubahan perlukan masa, dan aku sangat perlukan masa. Kalau aku salah tarik la tangan aku dan sedarkan aku bukan biarkan aku terumbang ambing. Kalau aku tetap dengan pendirian aku, ingatkan aku dan "tampar" sikit muka aku bagi sedar. Kadang-kadang ego itu ada, bukan senang nak mengalah dan ucap maaf. Itulah manusia dan itulah aku.
Terima kasih kawan sebab ingatkan aku. Kita jadi lebih baik sama sama okey :) sayang semua. Ingatkan lah aku kalau aku lupa.
0 000 orang comment