Done With Internship
Assalamualaikum,
31 Julai 2018 (Selasa)
Akhirnya, aku berjaya menamatkan internship aku dengan jayanya, tepuk bahu sendiri dan cakap tahniah. Dia macam satu perasaan, dapat keluar dari dunia lain dan kembali ke dunia asal. Macam tu la perasaan dia.
6 bulan aku intern, banyak cerita yang aku nak ungkap tapi itu lah nak kata manis, tak ada la manis sampai boleh kena kencing manis, nak kata pahit, tak ada la rasa macam nak lari kan diri. Dia dalam keadaan tengah tengah. MODERATE! gitu.
TAPI,
Ada tapi ya, sepanjang 6 bulan dekat Baqir Hussain & Co, banyak ilmu, pengalaman, ohhh dapat kawan baru dan kenal orang baru yang memang tak akan dapat dekat lain. Satu benda aku boleh cakap.
"It may look tough and insane, but at the end of the day, you did it"
Itulah mereka mereka yang ada dengan aku untuk lalui liku liku sepanjang 6 bulan dekat sana. Alhamdulilah! mereka sangat baik dan seorang guru yang terbaik sepanjang 6 bulan. Blessed!
Untuk meraikan kanak kanak yang dah habis intern tu, yang sememangnya kaki makan, jadi. tadaaaa, incase kalau memang orang Kedah, mesti tahu dekat mana. Football Wastern yang sebelah dengan Menara Zakat. Ehhh mesti tahu kan, kalau orang Kedah, nak pulak stay Alor Setar, tak kan tak tahu.
Makanan dia, tak boleh nak kata apa lah, memang always sedap, dari dulu sampai sekarang, masih rasa black pepper sos yang sama. Tak berubah. Masih sedap dan kenyang yang rasa esok pagi, tak perlukan sarapan dah.
APA? TAK PERCAYA? Sila rasa dan tahu la nikmatnya macam mana.
Sepanjang intern, benda paling buat aku rasa nak give up masuk bidang ni, waktu peak period. Kalau memang ambil bidang akaun dan pernah pergi intern, atau pernah kerja dalam bidang akaun, audit dan tax, tahu la peak period tu serupa macam mana. Hari hari pergi kerja, rasa macam mayat hidup ja. Hahahahaha! Nak kejar submission date tu, masyaallah, menguji dan teruji. Tapi alhamdulilah! YES!
Sekarang, berakhirlah, segala macam duka aku, dan hye UPM, diriku akan kembali. Tinggal lagi 2 semester untuk habiskan degree dan boleh dah la mula fikir nak teruskan hidup kemana. Rasa macam tak percaya, aku dah besar. Wow gitu.
Akhir kata dari seorang kakak senior pada adik adik yang nak pergi intern tu, sila kentalkan hati dan jiwa. Semoga bertabah untuk lalui hari hari mendatang. Good luck. Jumpa lagi. Bye!
2 000 orang comment