Keriang Hill with My Girls

by - 9:19 PTG

Assalamualaikum,
Hello,
Good day ka tu?

Jumpa lagi! setelah lama menyepi, akhirnya ada masa juga la untuk menulis balik, after dah habis study ni. Tapi sekarang memang sibuk cari kerja pulak la.

WELCOME TO ADULT LIFE. Gituwwwwwww.

So, yang ni cerita bulan Januari 2019, dan sekarang baru ada masa, baru tiba tiba teringat, ada benda nak cerita. So jom!

Decide nak pergi Keriang Hill ni sebab pergi wedding our best buddies ever, cerita pasal wedding dia dah up lama dulu. Kalau tak baca lagi boleh klik dekat sini >>> Wedding Nanad . Super fun, alhamdulilah sepanjang dekat sana. Bilik besar sangat, toilet dia boleh muat 6 ka 7 orang, sumpah besar toilet dia.

Kami stay 7 orang 1 rumah, and yes, memang muat dan okey sangat, kalau yang memang minat dengan rumah rumah kayu, surrounding dengan pokok pokok, gunung gunung and bunyi burung semua. Rasa nyaman, rasa best. Memang superb. Tak menyesal la stay dekat sana.




cantik kan? Subhanallah.

Boleh jamin, yang memang siapa siapa pun pergi akan suka giler nak matey la. Ha sampai macam tu sekali tau. Since kami semua pilih untuk stay 1 hari ja, memang rasa nak tambah lagi la hari, tapi itu lah kekangan masa yang teramat. So, semua macam okey tak pa la. Macam tu.



Dekat sana, boleh pilih nak stay rumah yang mana satu, setiap rumah ada design masing masing, so kami pilih TEMOYONG!, super duper nice, Alhamdulilah. Memang satisfied! Rumah Tomoyong ni rumah yang paling hujung sekali. Gerun la juga tapi Alhamdulilah, tak ada apa lah. Jangan risau. 

Boleh booked bilik through Website Keriang Hill. Kadang kadang ada less memang dapat murah la. Waktu kami booked ni harga dia dalam RM200 semalam, so memang berbaloi sangat!



Tempat tempat keliling dia memang best la nak tangkap gambar, memang sesuai la nak ootd. Nampak sangat warna warna bumi. Cantik wokey! Memang mana cukup setakat 200 keping gambar kan, mesti la mahu lebih. Perempuan kan. hahaha.


Alang alang tu ambil la muka selfie sekeping.


bersama boomerang :P

So, cukup la cerita sikit sikit. Tapi best bukan sebab Resort semata, tapi sebab ada budak budak ni sama. Memang tidur pukul 4 pagi guys, main Jutaria hahahaha. 

Jumpa lagi nanti, Insyaallah. btw doakan aku bagi cepat cepat dapat kerja. Penat la tak da income ni hahahaha. Doakan tau. bye.










You May Also Like

0 000 orang comment