Review : ST. Ives Green Tea Scrub

by - 2:51 PTG

Hi!
Sihat ka tidak hari ni?

Dalam minggu ni sahaja, banyak benda viral dekat social media. WOW! Even semua dah start kerja, belajar but bawang rangers still mantap buat kerja, waktu PKP, tak payah cakap la memang lagi cekap dan tangkas bekerja. 

So, hari ni I rasa I nak review satu scrub muka yang memang favorite brand I, memang I try semua yang dia release kecuali satu ja yang warna pink. Belum try lagi. Insyaallah nanti I guna I share review.

ST IVES : GREEN TEA SCRUB


Jadi jom lah I cerita apa yang BEST dulu tentang si hijau ni. Dia claim yang boleh hilangkan blackhead, YES! memang dia mampu hilangkan blackhead, tak dapat dinafikan apa yang dia claim. Memang power untuk orang yang memang ada blackhead degil ka apa, boleh guna. Tak ada masalah.

Scrub memang untuk hilangkan sel kulit mati dekat muka, dan STi memang power bab ni, I tak nafikan. Lepas you guna, you boleh rasa yang kulit you selembut kulit bayi. SUMPAH! tak tipu. Kalau lepas you guna scrub you memang akan rasa kulit you lembut giler plus boleh tetiba rasa extra cantik hari tu.

Tipu, kalau tak pernah rasa macam tu. Hahahaha. Bila kita scrub automatic produk muka apa pun yang kita guna akan lebih mudah meresap ke dalam kulit dan lebih effective. Sebabnya, sel sel kulit you yang dah mati tu, dah habis terangkat semua, So memang mudah untuk produk lain yang you guna bertindak dekat kulit you.


Dari segi TEXTURE, kasar yang berbiji, berbiji halus, yang you boleh rasa memang you sental muka you yang dah lama sangat tak sental tu. 

Boleh nampak perubahan kulit you sebelum dengan selepas, memang akan rasa dan you akan suka lah.

BAU?
Bau green tea, tapi tak kuat sangat, kira boleh diterima hidung lagi la macam tu. 



Jadi apa yang TAK BEST, untuk orang yang ada kulit sensitive macam I, memang tak digalakkan guna. Sangat harsh dekat kulit you. Kalau you jenis tak boleh guna AHA/BHA so untuk scrub ni pun you tak sesuai untuk guna. Sebabnya, I memang tak boleh. Sangat tak boleh. 

I ada eczema, so I sangat allergic dengan ingredient yang dia ada, SALICYLIC ACID! terang terang dia dah memang tulis dekat situ, tapi sebab I nak try then why not, I cuba. 

Jawapan dia NO! I memang tak boleh juga even I ada basic skincare yang kuat sekali pun. 

I pakai seminggu tu okey ja mula mula tapi after that, kulit I jadi merah merah dan gatal gatal, eczema I mula nak flair up dekat around bibir, I memang akan allergic around bibir I, tak boleh salah sikit pun. 

So I stop guna scrub ni tapi sayangnya, dia memang effective hilangkan blackhead, I jadi macam sedih benor rasa but nak buat macam mana kulit I memang jenis tak boleh nak toleransi langsung. 

So overall I bagi 6/10.

6 sebab sangat effective.
4 sebab kulit I yang sensitive.

CARA GUNA?
2 kali seminggu sahaja. Jangan nak hari hari sental, memang merah merah muka you nanti, BAHAYA! Scrub apa pun 2 kali ja seminggu.

Boleh beli dekat Watsons/Guardian
Harga : RM 24

So kalau korang nak cuba, boleh beli. I punya, dah bagi dekat kawan I yang memang jenis hantu scrub hahaha. Semua jenis scrub dia ada. Dan dia guna alhamdulilah, works well. (Kulit dia jenis berminyak, acne prone skin)

Itu sahaja dulu. Bye!

You May Also Like

0 000 orang comment