Life Lesson
Assalamualaikum,
Lately ni, hati aku berbolak balik betul. Aku tak tahu apa yang aku fikir tapi aku rasa betul-betul aku bukan dalam keadaan normal. Hati aku gelisah, apa aku buat semua jadi tak kena. Aku malas layan semua whatsapp kawan-kawan. Kalau aku rajin aku reply, kalau tak, hurm tunggu la sampai aku rajin. Entah la kenapa jadi macam ni.
Bila aku rasa serba tak kena macam ni, tetiba aku tengah scroll satu instagram yang jual buku ni, so aku jumpa satu buku yang aku just tengok cover dan terus aku rasa aku nak beli. Aku tak kenal siapa penulis dia, aku tak tahu isi dia apa. Tapi hati aku tergerak nak beli. Jadi aku keluar masuk kedai buku dan finally aku jumpa buku yang aku nak, itu pun puas aku tawaf kedai tapi tak juga jumpa. Last sekali aku tanya adik dekat dalam kedai tu ja la. hurm :(
MOVE ON by REYNA IBRAHIM
"Kadangkala pilihan terbaik adalah menerima."
Buku yang sangat membantu pada manusia yang jatuh terduduk, yang lemah, yang tak tahu macam mana nak bangun balik. Jadi buku ni untuk kita semua. Adakala Tuhan hantar apa yang ingin Dia cuba sampaikan melalui pelbagai cara, dan bagi aku buku ni sangat bermakna dan sangat sesuatu. #Recommended
0 000 orang comment