Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub

Assalamualaikum,
Lately ni, aku banyak disogokkan dengan ayat tentang manusia dan itu menjadikan aku tak berapa nak gemor sangat.

"dulu dia kan...."
"sekarang ni dia...."
"dia jahat dulu weyh...."
"dia baik tapi...."
"tak payah la tunjuk baik sangat....."

STOP!
Apa yang kau cuba sampaikan? dia dah berubah sekarang so dah kenapa? dulu dia memang perangai mengalahkan syaitonnn, ya dan jadi kenapa? apa yang salahnya?

YA dulu dia teruk, jahat, troublemaker, syaitonnn tapi siapa kita untuk menilai masa lalu dia, masa sekarang dia dan masa hadapan dia. Kita sebagai manusia pun belum tahu kita akan jadi apa, kalau Tuhan tutup aib dia, jadi sebagai manusia kita tutup la aib dia. Cukup-cukup lah bercerita keburukkan manusia itu ini.

Semua orang pernah buat silap. KESILAPAN takkan pernah lari dari manusia, dia ikut kita macam mana wifi selalu ada dengan kita. Memang tak akan mampu lari. kerana kesilapan lah menjadikan kita siapa kita dan kesilapan juga lah menjadikan kita lebih tahu makna setiap perjalanan yang kita lalui atas dunia ni.



JANGAN
Ingat jangan hanya tahu menilai manusia itu, manusia ini SEBAB? kita tak pernah hidup dalam dunia dia, kita tak pernah berada dekat tempat dia, kita tak tahu apa yang telah dia lalui, Pahit itu boleh jadikan dia manusia yang bukan sebaik manusia dan manis itu menjadikan dia manusia yang bukan manusia lain inginkan.

Kita bukan TUHAN untuk menilai baik buruk seseorang, syurga dan neraka dia, amalan hidup yang dia dah buat. Kita manusia, macam mana hebat pun ilmu agama engkau, macam mana besar pun kuasa yang kau ada dekat atas dunia ni pun, itu bukan tiket untuk kau menilai manusia lain sebab kau BUKAN SESIAPA/NOBODY. Hanya Tuhan yang tahu apa yang perlu dia buat. Yang pasti DIA kata syurga untuk yang baik dan neraka untuk yang jahat.

Masa lalu adalah masa lalu, bila waktu sekarang dia dah berubah, siapa engkau untuk menilai. Cukup lah dan cukup lah, kita manusia sudah-sudah la berkata itu ini tentang manusia lain sedangkan dia sedikit pun tak menganggu setiap oksigen yang kau hirup.

NOBODY IS PERFECT

Terima lah buruk baik dia, sebab dia juga manusia macam kita. Apa yang pernah terjadi anggap lah itu masa lalu dia yang tiada siapa mampu untuk betulkan. Terima diri dia yang sekarang dan terima juga siapa yang dia akan jadi pada masa hadapan. Kalau kita rasa kita ni baik, tarik lah tangan dia sama-sama ikut kita jadi yang baik, jangan tinggalkan dia dan kalau kita rasa kita ini jahat, sama-sama lah menjadi seorang yang baik.

Jadi, apa yang aku cuba cakapkan adalah terimalah baik buruk seseorang. Kalau kau sayang dia, kau tarik la dia untuk sama-sama berada pada jalan yang betul yang telah kau pilih, jangan tinggalkan dia terkapai-kapai untuk mencari jalan apa yang perlu dilalui.

BE GOOD TOGETHER!

Be good and Do good. 
bye.




11:47 PG No 000 orang comment
EH!
Hye, rajin sangat lah aku sekarang ni update blog yang satu ni, memang betul betul mengikut semangat tahun baru. Dah la, malas nak cerita tentang hidup yang aku lalui. Bosan kadang-kadang nya. 

Sebagai seorang blogger yang bukan dikategori sebagai beauty-blogger, aku masih rajin nak review produk yang bagi aku perlu dikongsikan, takkan nak bersih kulit muka sorang-sorang kan, produk baik harus dikongsi bersama, bukan makanan sedap ja perlu dikongsi. 

Aku excited gila nak review produk yang satu ni, mostly aku tahu, pernah cuba dan dah jadi favourite sepanjang zaman dan boleh jadi worst-product-ever-you-have-bought. Tapi segalanya depend pada cara guna, jenis kulit ataupun tahap kerajinan masing-masing.


-let give this baby a big applause-

ST IVES FRESH SKIN APRICOT SCRUB
Deeply Exfoliates to Reveal Smooth Skin

Sememangnya untuk pertama kali mencuba aku dah jatuh cinta pandang pertama ewah melebih-lebih, Aku tersangat suka scrub muka, sebab after kita scrub muka, kulit sangat lah smooth dan bestnya rasa. *faham tak perasaan tu, semoga memahami lah* bukan setakat kulit muka smooth, tapak tangan pun ikut smooth. OH MY GOD, LOVEEE IT.

Apa yang best scrub satu ni, sebab bahan yang digunakan, aku pernah baca yang buah apricot ni sangat bagus untuk kulit, kesahihan dan kefaktaan tu tak tahu la kan, tapi based on apa aku guna, tak pernah lagi lah kulit aku yang satu ni breakout sebab scrub ni. Itu sebab aku jadi manusia yang setia padanya.

Kalau ada yang masih tercari-cari nak guna scrub dan harga yang affordable dan mampu beli, why not give it a try. Aku tak ada lah cakap, kalau guna terus muka glowing, flawless, blackhead, whitehead, segala macam dekat muka boleh hilang. Expectation tu jangan la letak pada tahap yang tinggi sangat, letak pada tahap yang biasa-biasa dah la. Chill geng.

Yang pasti Scrub St.Ives ni without parabens (bahan untuk elak bakteria membiak, ada kesan buruk dia, rajin-rajin lah buka health article and read some of that), Hypoallergenic (allergic reaction just tak ada or sikit) sangat impossible kalau produk tak menyebabkan allergic kalau dah memang orang tu ada alahan dengan bahan yang digunakan, kalau tak ada alahan then you just go girl, come on. Dermatologist tested and Non-comedogenic (elak kan kulit naik bermacam jenis keluarga pimple, blackhead ka whitehead ka apa ka) sebab dia tak ada lah block kita punya pores yang boleh menyebabkan benda-benda macam tu naik. 

Cara nak guna, simple!!!!


picit sikit dekat tapak tangan, jangan la banyak sangat, kejap lagi boleh jadi macam mask muka pulak. 





then gosok gosok la dekat kulit muka, jangan kasar sangat, tolong la jadi lemah lembut bila scrub muka, BAHAYA kalau kasar, kulit muka sangat nipis, so ambil masa, sayang-sayang sikit kulit muka tu, bagi dia memahami yang kita tengah scrub kulit muka kita ni. Jangan lama sangat gosoknya, cuba elakkan area mata sebab kulit dekat area mata sangat nipis so jaga la ia.

Dah habis scrub seluruh muka, jangan lupa bilas okey! GOOD sekarang rasa kan lainnya kulit muka lepas scrub tapi untuk yang kulit jenis acne prone seeloknya skip lah step scrub muka seminggu sekali ni, mungkin boleh guna mask ja seminggu sekali untuk manja kan kulit. Untuk kulit jenis yang tak bersamasalah, jangan tinggal dalam 5 step penjagaan muka.

1- Cleanser
2- Toner
3- Moisturiser 
4- Exfoliate ( 2x seminggu)
5- Mask (1x seminggu)

Itu cara aku jaga muka, tapi mask tu kadang-kadang terbabas juga, sibuk kan. Biasa lah hidup seharian yang bermacam kerja ni. hahahaha. Bajet!

Harga = RM19.90
Weight = 170g



bersih dah muka walaupun muka tak seflawless sister-sister di IG. 
Jealous betul tengok kulit-kulit insta-famous, sangat lah cantik dan bersih.

DONE!

Next review - MaryKay skincare, bila tu, entah la. tunggu rajin datang.  

3:32 PTG No 000 orang comment
Aku bukan seorang yang pandai dalam bab intro, mungkin sebab aku manusia yang bukan pemula, eh! Waktu tengah menaip ni pun, tak tahu macam mana nak mula, aku cuma tahu aku ada benda nak cerita. Aku sememangnya manusia yang terus ke isi utama, tak ada nak kona kiri ka kona kanan. Sesungguhnya, maafkan aku. 

Masuk tahun 2017 ni aku macam konon-konon nak jadi seorang blogger yang rajin, rajin update segala kehidupan yang aku jalani, ewah engkau Amalina, bajet macam ada yang baca apa hang tulis ja dalam ni. Argh tak kisah la, janji aku suka baca apa aku tulis. Sesungguhnya aku memang peminat blog aku sendiri. kahkahkahkahkahkah. *psycho betul*



Muka paling annoying buat tahun 2017, entah la bila seketul Amalina nak berubah dan mula serious dengan kehidupan yang dia lalui, yang dia tahu hanya malas layan manusia yang pelik-pelik dan jalani hidup macam biasa. Kalau rasa kau tak suka apa yang dibuat, dah angkat kaki pergi, jangan mengutuk. Habis air liur ja mengutuk orang yang tak pernah kacau hidup kau tu. Tahu!

...........................................................................

Kan dah melalut, aku dah cakap aku bukan pemula yang baik, sebenarnya aku nak abadikan kisah paling "cerdik" yang aku buat untuk tahun 2016. Aku mengaku aku memang manusia yang jenis cuai dan lalai. Sumpah aku teruk kena "belasah" dengan yang pasti ma and bah aku lah, kawan-kawan aku lagi, dan semua yang dengar lah cerita "pandai" sangat aku tu lah. 

............................................................................

Pukul 5 pagi aku bangun sebab aku dah cakap dekat diri yang aku nak puasa, entah lah mimpi apa aku ni tetiba minggu tu aku nak puasa hari-hari, mungkin sebab aku malas nak makan dekat kafe or lebih cerdik jawapan, boleh aku jimat duit. HELLO, student kot, kalau hang sentiasa rasa cukup ja duit tanpa minta mak ayah, anda memang awesome, dan aku perlu belajar cara hang survive. 

Dan sepanjang minggu aku puasa tu, aku terjaga bukan sebab bunyi alarm phone tapi sebab mimpi, entah la apa yang tak kena dengan minggu tu, aku terjaga sebab aku mimpikan 3 manusia ni, dan untuk hari pertama aku mimpi ketiga-tiganya dalam satu masa yang sama, tapi hari seterusnya aku mimpi sorang per sorang dan itu sangat lah aneh. Hati aku pun cakap "terima kasih lah sebab gerakkan aku" dah bangun hurm baru alarm aku bunyi. 

Tak apa lah, mungkin sebab otak aku beku pagi-pagi, aku pun bangun lah pergi toilet, cuci muka, gosok gigi semua. Masuk bilik, buat mocha and minum, aku memang caffeinated, jangan tanya kenapa pagi-pagi gila dah minum coffee. Aku pun mengelamun la sambil pegang phone, check apa patut, macam biasa lah, whatsaap group yang masuk paling tak putus-putus, nak harapkan whatsaap dari special person, mimpi disiang hari yang memang tak akan terjadi. *single buat cara single* nyanyi sikit lagu jomblo happy apa entah, aku selalu sangat dengar bebudak nyanyi kemain. 

Nak dijadikan cerita, itulah takdir yang dicorakkan, aku letak phone dekat bed, mug dekat meja study tetiba pappp tangan aku terlanggar coffee, FINE! bermandikan coffee lah pagi-pagi hari. Habis bed sheet aku, Ya Allah! hurm. mengeluh kejap. Pagi-pagi dah bangun pergi washing machine nak basuh semua bagai *danggg* baru perasan my phone in washing machine. Masyaallah sistorrrrrrrr, hang sangat cerdik dan bijak tahap langit ke 7.



GOOD JOB SELF! GOOD JOB! 
Dah lepas tu rasa macam, its okey, my tiny little phone still on, so aku boleh relax la lagi pergi kelas apa semua sambil gelakkan bodoh sendiri. kemain cerita dekat geng akak-akak sado kecerdikkan dan kepandaian aku tu. CUAI! so my phone so wangiii and clean in and out guysss. 

Habis kelas malam tu, tetiba screen mula jadi macam ada air bercorak-corak, macam water color tengah aku lukis atas canvas. Muka dah lain, hati dan rasa lain macam, yang tengah bahagia nak siapkan assignment pun hilang arah tuju. Aku off kan dia, aku pergi tidur dengan harapan esok dia pulih dari sakit tanpa aku perlu admit dia dekat mana-mana ward. 

Rupanya, hanya tinggal kenangan bila, dia dah tak mampu lagi untuk bertahan. Kemain aku nangis macam hilang anak, sedih dia berpanjangan sampai seminggu. Takut bertul nak cakap dengan ma and bah tentang hal ni, aku tahu ma and bah tak akan menengki, marah atau seangkatan dengannya. Aku kan anak tunggal, bagi la chance kan.

Ma be like bila dengar cerita bodoh ni "amalinaaaaa.... kenapa cuai sangat! lain kali tengok dulu semua apa benda itu ini ahjhbbyhguyhkjbhjgbnkjbhjkgbytghjb...." biasa lah mama kan, mama mana yang tak tahu makna berleter. AKU! dah start nangis yang memang dah tak tahu nak stop. lemah okey lemah dengan bodoh sendiri. 

Bah always be "bertuah la anak, bertuah sungguh...." abah paling cool, tapi macam mana cool, seorang anak mesti takut juga dengan seorang ayah kan. hahaha.

Aku guna my baby tu tak sampai 2 tahun, dalam setahun berapa bulan, so bila benda tu rosak sebab kecuaian aku, aku rasa wowwwww i'm cool liddat. Aku bukan manusia yang suka sangat dengan gadjet, aku guna apa yang ada depan aku. selagi mana dia mampu hidup dengan aman dan damai, selagi itu aku guna dia, Aku setia orangnya. ewahhhhh kau.

Dan sekarang aku selalu pesan pada diri AMALINA TOLONG LAH JANGAN CUAI, ini baru satu, yang aku tertinggal dekat koperasi fakulti, atas meja batu dekat FEP, arghhh macam macam lagi lah. Aku bukan lah seorang pemegang barang yang bagus, Kad Matrik pun bahaya kalau aku pegang tanpa simpan cepat cepat dalam beg. Merata aku boleh tinggal, hari tu dekat cafe, selamat jumpa balik, kalau tidak, melayang lah duit aku tu kan

Seseorang sampai cakap dekat aku "lepas ni hang kena cari seseorang yang mampu bukan setakat jaga hang yang pelupa dan cuai sangat ni, tapi juga tolong jaga dan peringat hang setiap barang yang hang pegang dan bawa, aku doa nanti adalah seseorang macam tu untuk hang. WORRIED!" 

Amalina, hanya tunduk dan buat muka tak bersalah, senyum kambing dan mula ubah topik, itu lah.. MAAF! yeah

Bye baby, I gonna miss you soooo much. 
Lets hye to my new honey. 

Panjang aku cerita, entah la apa aku merapu. ohhh okey bye. 
Have a nice day, people.




1:15 PTG 1 000 orang comment
Assalamualaikum,

My dear self 2017,
Ini surat untuk kau diri, untuk tahun 2017 belajar jangan jadi hati rapuh sangat dengan manusia sekeliling, itu biasa kalau disakiti, dan itu biasa kalau terluka, dan ianya sangat biasa bila kau lemah.

TAPI
Bila kau rasa nak jatuh, bangun dan belajar jadi kuat bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga untuk diri orang lain yang sentiasa ada dibelakang walaupun tak dapat dilihat dengan mata.

2017
Adalah tahun untuk belajar jadi lebih bahagia dari sebelumnya. Untuk apa melihat pada yang mengalah tapi melihat pada yang tak kenal erti putus asa.

KUAT
Bukan bermakna bila disakiti kau pergi tapi belajar menerima dan telan segalanya. Bukan mudah nak deal dengan manusia yang ragamnya berjuta. Hari ni mereka sangat okey dan boleh jadi esok mereka pergi dari hidup kau macam tu ja.




DIRI,
Bahagia kan lah hati sendiri dahulu sebelum meletakkan kebahagiaan orang lain didalam hati. Taksalah untuk belajar jadi sedikit heartless untuk manusia sekeliling mengerti kau bukan mudah untuk ditolak ketepi ketengah.


For 2017, I hope I can create a lot of beautiful moment with person i love so much. I really hope our world can be a better place to stay. Stop torturing children and woman. Everyone need love, so why not we give our love to them. Please!

Do good and be good, people!
Lets be happy and keep smiling.
Dont be too stress, just chill and relax.
Have fun and give your love to someone deserve.

LOVE YOU, MY DEAR PEOPLES.
1:16 PTG No 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ▼  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ▼  Januari (4)
      • Kesilapan
      • Review : St.Ives Fresh Skin Apricot Scrub
      • Cool Liddat
      • 2017 : Love & Life
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates