EH!
Hye, rajin sangat lah aku sekarang ni update blog yang satu ni, memang betul betul mengikut semangat tahun baru. Dah la, malas nak cerita tentang hidup yang aku lalui. Bosan kadang-kadang nya.
Sebagai seorang blogger yang bukan dikategori sebagai beauty-blogger, aku masih rajin nak review produk yang bagi aku perlu dikongsikan, takkan nak bersih kulit muka sorang-sorang kan, produk baik harus dikongsi bersama, bukan makanan sedap ja perlu dikongsi.
Aku excited gila nak review produk yang satu ni, mostly aku tahu, pernah cuba dan dah jadi favourite sepanjang zaman dan boleh jadi worst-product-ever-you-have-bought. Tapi segalanya depend pada cara guna, jenis kulit ataupun tahap kerajinan masing-masing.
-let give this baby a big applause-
ST IVES FRESH SKIN APRICOT SCRUB
Deeply Exfoliates to Reveal Smooth Skin
Sememangnya untuk pertama kali mencuba aku dah jatuh cinta pandang pertama ewah melebih-lebih, Aku tersangat suka scrub muka, sebab after kita scrub muka, kulit sangat lah smooth dan bestnya rasa. *faham tak perasaan tu, semoga memahami lah* bukan setakat kulit muka smooth, tapak tangan pun ikut smooth. OH MY GOD, LOVEEE IT.
Apa yang best scrub satu ni, sebab bahan yang digunakan, aku pernah baca yang buah apricot ni sangat bagus untuk kulit, kesahihan dan kefaktaan tu tak tahu la kan, tapi based on apa aku guna, tak pernah lagi lah kulit aku yang satu ni breakout sebab scrub ni. Itu sebab aku jadi manusia yang setia padanya.
Kalau ada yang masih tercari-cari nak guna scrub dan harga yang affordable dan mampu beli, why not give it a try. Aku tak ada lah cakap, kalau guna terus muka glowing, flawless, blackhead, whitehead, segala macam dekat muka boleh hilang. Expectation tu jangan la letak pada tahap yang tinggi sangat, letak pada tahap yang biasa-biasa dah la. Chill geng.
Yang pasti Scrub St.Ives ni without parabens (bahan untuk elak bakteria membiak, ada kesan buruk dia, rajin-rajin lah buka health article and read some of that), Hypoallergenic (allergic reaction just tak ada or sikit) sangat impossible kalau produk tak menyebabkan allergic kalau dah memang orang tu ada alahan dengan bahan yang digunakan, kalau tak ada alahan then you just go girl, come on. Dermatologist tested and Non-comedogenic (elak kan kulit naik bermacam jenis keluarga pimple, blackhead ka whitehead ka apa ka) sebab dia tak ada lah block kita punya pores yang boleh menyebabkan benda-benda macam tu naik.
Cara nak guna, simple!!!!
picit sikit dekat tapak tangan, jangan la banyak sangat, kejap lagi boleh jadi macam mask muka pulak.
then gosok gosok la dekat kulit muka, jangan kasar sangat, tolong la jadi lemah lembut bila scrub muka, BAHAYA kalau kasar, kulit muka sangat nipis, so ambil masa, sayang-sayang sikit kulit muka tu, bagi dia memahami yang kita tengah scrub kulit muka kita ni. Jangan lama sangat gosoknya, cuba elakkan area mata sebab kulit dekat area mata sangat nipis so jaga la ia.
Dah habis scrub seluruh muka, jangan lupa bilas okey! GOOD sekarang rasa kan lainnya kulit muka lepas scrub tapi untuk yang kulit jenis acne prone seeloknya skip lah step scrub muka seminggu sekali ni, mungkin boleh guna mask ja seminggu sekali untuk manja kan kulit. Untuk kulit jenis yang tak bersamasalah, jangan tinggal dalam 5 step penjagaan muka.
1- Cleanser
2- Toner
3- Moisturiser
4- Exfoliate ( 2x seminggu)
5- Mask (1x seminggu)
Itu cara aku jaga muka, tapi mask tu kadang-kadang terbabas juga, sibuk kan. Biasa lah hidup seharian yang bermacam kerja ni. hahahaha. Bajet!
Harga = RM19.90
Weight = 170g
bersih dah muka walaupun muka tak seflawless sister-sister di IG.
Jealous betul tengok kulit-kulit insta-famous, sangat lah cantik dan bersih.
DONE!
Next review - MaryKay skincare, bila tu, entah la. tunggu rajin datang.
0 000 orang comment