Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub

Assalamualaikum,

Mentang mentang la cuti kan, jadi asyik nampak la post post baru dekat blog Iolls ni. Belajar untuk tidak bosan dengan segala review produk yang I guna.

Hari ni, hari yang rajin jadi rasa nak update atau review satu Sunblock / Suncream whatever you called it, tetap kearah 1 perkara iaitu produk untuk elak matahari terkena direct terus ke kulit.

Sunblock ni macam perkara wajib yang setiap orang wajib guna, tak kisah la kulit macam mana pun, sensitive ka, acne prone skin ka, dark skin ka, fair skin ka, whatever skin yang you ada, you wajib pakai. 

Kenapa kita kena apply sunblock?
1. Untuk elak UVA (ageing dan wrinkle) dan UVB (burning)
2. Melindungi protein dibawah permukaan kulit
3. Untuk elak dari terkena kanser kulit

Kenapa ada nombor dekat sunblock?
Untuk kira berapa lama sunblock tu tahan untuk melindungi kulit kita.
contoh : SPF 50 mean ( 50 x 10 minit = 500 minit) jadi tukar kepada jam jadi 8 jam 30 minit.

Jadi selesai masalah sunblock yang you tak faham, dulu I pun rasa sunblock ni tak penting tapi bila banyak benda I belajar baru I tahu, macam mana kulit pun, tetap kena ada 1 pelindung untuk elak semua iritasi.

Salah satu sunblock kegemaran atau paling digemari, sesungguhnya aku memang jenis akan pakai sunblock walaupun duduk dalam bilik ja tak ada buat apa siang hari. 

So, my favourite COSRX ALOE SOOTHING SUN CREAM SPF 50++ , yang pasti made from Korea. Senang cerita Korea punya brand. Sekarang K-Beauty memang tengah on guys. Tipu la cakap kalau tak terjebak.


Memang sumpah best giler guna, antara sunblock yang bagi aku tak ada irritation dekat kulit. Kalau you memang kenal I, tahu la yang I jenis ada kulit sensitive plus dengan ezcema sekali, jadi jangan nak buat giler la guna sesuka hati punya produk. Kalau salah guna tu memang macam menempah masalah la.

So memang alhamdulilah, sepanjang I guna, nak dekat setahun, sangat okey, tak ada nak naik apa apa benda pelik dekat muka.

Memang sesuai untuk jenis kulit kering, sangat melembapkan. Cun babe. No white stain, selalu masalah sunblock ni dia suka tinggal white stain yang memang lepas pakai tu rasa macam, pakai bedak sejuk setempek dekat muka. Memang superb la.


Sangat lightweight, tak oily dekat kulit, cepat absorb, apa lagi nak cakap, kalau suruh aku listkan kebaikkan dia memang jadi 3 posting pulak nanti. Sememangnya sunblock yang akan digemari lah bila guna. Okey 1 hal yang best lagi, sememangnya tahan lama giler almost 1 year bayangkan la kan. Berbaloi sangat. 

Nak beli boleh beli through HERMO Website, kalau harga biasa RM70+ kalau ada less RM50+ macam tu. Sorry, tak ingat pulak exactly harga tapi around macam tu la. 

oh! yang tak bestnya, Cosrx tak ada store lagi dekat Malaysia, dan produk dia tak ada lagi dekat Guardian, Watson or Pharmacy apa apa dekat Malaysia, so memang WAJIB BELI ONLINE SAHAJA! 

Tu ja nak review
bye, jumpa lagi.



11:47 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Sebenarnya, dah lama nak review tapi tak review juga, dan sekarang baru macam teringat nak review segala macam product yang I guna. Selalunya, I akan review produk yang dah guna 6 bulan ka 1 tahun. Dia sebenarnya jadi macam habit tau, kalau baru try ni, macam was was ja nak review pun.

So, I guna MAYBELLINE - BABY SKIN PORE ERASER ni dah almost 1 year, dan I love it. Sumpah tak tipu, memang antara best drugstore product untuk primer selain Catrice.

Jadi dekat sini, I akan explain sikit apa kegunaan primer ni, in case la ada yang macam blur blur ja, benda alah apa la dia ni guna. So primer ni kan, dia macam you pakai before letak makeup means before you letak foundation, concealer etc, then you pakai dulu primer, untuk tutup pore yang ada dekat muka you.

Turutan dia macam ni skincare routine - sunblock - face mist - primer - makeup. So set! ha dia macam tu. 




Harga sangat affordable dalam RM 30 something or less, senang giler nak cari, boleh cari dekat mana mana ja, especially, Watson and Guardian memang selalu ada, kecuali memang out of stock, tak dapat la nak buat apa. 


Yang best bila apply dekat muka, rasa smooth ja muka, pori pori yang ada dekat area hidung, dahi dengan dagu, licin babe, superb okey. Memang pakai makeup smooth ja, flawless la kesan dia. Makeup tahan lama, itu yang aku paling yakin, kurang minyak dekat muka.

Kalau jenis suka matte finish memang ini kawan terbaik untuk you. Kalau jenis suka finish glowy gitu, maybe boleh try yang primer lain.

I can say, memang terbaik okey.
Tak menyesal beli okey.

So boleh la kalau rasa nak cuba tu, this is for you.

bye
thank you sebab baca sampai habis.

6:10 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Bulan 10, I (I will start using kata ganti nama I rather than aku since, everyone cakap kasarnya.....) so here I :). Okey sambung hahahaha so sekarang baru I rasa nak update blog yang dah lama tak update, hidup tengah tunggang langgang kan, mana la nak sempat update segala macam aktiviti yang I lalui.

As a final year student everything look messy, I'm swear! My life in a mess situation that I don't know what kind of word should I describing this mess. There is no word can describe it. *acah sangat amalina* saja nak tunjuk macam bertapa teruknya situasi yang tengah dilalui.

SEDIH giler hidup macam ni!


Kadang kadang rasa hidup dah tak serupa manusia, rasa macam zombie pun ada. Pagi petang siang malam, hidup dengan kerja ja tak habis. Assignment berlambak giler nak mampus *sorry*, fyp nak kena siapkan sebelum week 12, test, mid term, quiz and bla bla bla macam nak giler semua tu. 

Hari hari ada ja benda kena buat, rasa macam nak merunggut. SUMPAH! tapi bila fikir ini semua hanya permulaan hidup. Rasa la lega kejap. Tapi bila tengok balik kerja yang berlambak nak mampus tu terus bad mood.

Macam macam benda kena buat, dah tu bila nak cari bakal menantu untuk mama abah I. (mama I dah merunggut hari tu, bila nak cari sorang ni, dah lama sangat move on). Kalau I dah banyak kerja, waktu bilanya sempat nak carikan calon. Itu lah calon yang ada pun dah tak da sekarang hahahaha. Gelak la untuk diri sendiri :) hahahahahahahahahahahahahahahahahaha *fokus balik ke topik asal*



Tengok la, muka pun dah tak serupa orang, nak makeup pergi kelas? I have no time for that! Time presentation ja la sekarang I touchup la muka, kalau tak, moisturiser and sunblock ja I guna. Paling teruk la sekarang. Kulit muka I jangan tanya la, jerawat naik kemain okey, dia bawa segala macam adik beradik dia hinggap dekat muka I, ohhhh yang dark circle pun naik macam nak bagi tahu I dah boleh ganti panda agaknya. #PrayForAmalinaLife

Cuma 1 yang mampu I harapkan, I mampu habiskan study I dengan jayanya walaupun I rasa hidup I dah tunggang terbalik, semak samun, berterabur hidup, etc. Doakan I dan kawan kawan I juga untuk mampu lalui satu fasa yang agak mencabar ni.

Satu ja nak pesan, JANGAN MAIN MAIN DENGAN FINAL YEAR! Semoga semuanya baik baik ja lah. 

Good luck! btw I tengah cuti mid sem so ada la masa sikit untuk update life I yang tak berapa nak best ni. Hahahahaha (ketawa dalam menangis) okey bye. see you!

Ohhhh yang dah konvo tu, congratulation awak semua. You guys did it!





8:20 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

31 Julai 2018 (Selasa)
Akhirnya, aku berjaya menamatkan internship aku dengan jayanya, tepuk bahu sendiri dan cakap tahniah. Dia macam satu perasaan, dapat keluar dari dunia lain dan kembali ke dunia asal. Macam tu la perasaan dia.

6 bulan aku intern, banyak cerita yang aku nak ungkap tapi itu lah nak kata manis, tak ada la manis sampai boleh kena kencing manis, nak kata pahit, tak ada la rasa macam nak lari kan diri. Dia dalam keadaan tengah tengah. MODERATE! gitu.

TAPI,

Ada tapi ya, sepanjang 6 bulan dekat Baqir Hussain & Co, banyak ilmu, pengalaman, ohhh dapat kawan baru dan kenal orang baru yang memang tak akan dapat dekat lain. Satu benda aku boleh cakap. 

"It may look tough and insane, but at the end of the day, you did it"



Itulah mereka mereka yang ada dengan aku untuk lalui liku liku sepanjang 6 bulan dekat sana. Alhamdulilah! mereka sangat baik dan seorang guru yang terbaik sepanjang 6 bulan. Blessed!


Untuk meraikan kanak kanak yang dah habis intern tu, yang sememangnya kaki makan, jadi. tadaaaa, incase kalau memang orang Kedah, mesti tahu dekat mana. Football Wastern yang sebelah dengan Menara Zakat. Ehhh mesti tahu kan, kalau orang Kedah, nak pulak stay Alor Setar, tak kan tak tahu.

Makanan dia, tak boleh nak kata apa lah, memang always sedap, dari dulu sampai sekarang, masih rasa black pepper sos yang sama. Tak berubah. Masih sedap dan kenyang yang rasa esok pagi, tak perlukan sarapan dah. 

APA? TAK PERCAYA? Sila rasa dan tahu la nikmatnya macam mana.


Sepanjang intern, benda paling buat aku rasa nak give up masuk bidang ni, waktu peak period. Kalau memang ambil bidang akaun dan pernah pergi intern, atau pernah kerja dalam bidang akaun, audit dan tax, tahu la peak period tu serupa macam mana. Hari hari pergi kerja, rasa macam mayat hidup ja. Hahahahaha! Nak kejar submission date tu, masyaallah, menguji dan teruji. Tapi alhamdulilah! YES!

Sekarang, berakhirlah, segala macam duka aku, dan hye UPM, diriku akan kembali. Tinggal lagi 2 semester untuk habiskan degree dan boleh dah la mula fikir nak teruskan hidup kemana. Rasa macam tak percaya, aku dah besar. Wow gitu.

Akhir kata dari seorang kakak senior pada adik adik yang nak pergi intern tu, sila kentalkan hati dan jiwa. Semoga bertabah untuk lalui hari hari mendatang. Good luck. Jumpa lagi. Bye!

1:12 PTG 2 000 orang comment
Assalamualaikum,

Selamat datang bulan 3, dah 1 bulan aku lalui hidup sebagai trainee dekat Baqir Hussain & co. #Alhamdulilah aku boleh cakap yang semua went well. I just love can be a part of them. Serious! semua orang memang baik belaka kat sana, tak ada nak rasa macam pergi hari ini, esok sumpah dah tak nak pergi. NO!

Banyak benda aku explore, even sekecik kecik hal nak post surat sampai lah kena tanya itu ini dekat client. Tiba-tiba aku rasa macam

"wow! amalina hang dah besar rupanya, tak sangka, hang mampu lalui hidup yang sebegini."

Rasa macam nak sayang diri sendiri sebanyak yang boleh. Sebab siapa yang kenal dengan aku secara peribadi, tahu la aku ni macam mana. Paling ayat cliche orang selalu cakap. Anak tunggal gitu lah. spoil! hahahahhhhahahahahahahhha

But no more weyh~~~~~~~~~~~~~~~~~~


JANGAN #KECAM LEPAS NAMPAK AKU SELEKEH SANGAT DIHADAPAN TU 
bahahahhahahahahahahahahaha

Sekarang ni, aku cuba kurangkan tempek segala macam makeup dekat muka kecuali memang aku rasa rindunya nak tempek foundation plus concealer 2 inch. Kalau tak after habis skincare regime aku, aku pakai sunblock dan aku dah siap, pakai lip tint ja, sikat sikit kening yang serabut tu so memang begitu la hari hari aku. 

Ada cerita di sebaliknya kenapa, see you in the next post la, kenapa aku cuba elak makeup.

Sebagai student akaun yang bagus sememangnya, kena intern selama 6 bulan, nak ka tak nak ka, as upm student, gitu la. So aku just enjoy semua moment sepanjang 6 bulan. Memang pengalaman yang aku tak kan jumpa dalam kelas. #goodjobself

Tapi aku masih ada lagi setahun la, tak habis lagi juga belajar, after internship, masuk balik kelas dan mula sibuk pulak dengan FYP, hope sangat SV aku okey ja dengan tajuk aku nanti. Pening juga nak memikir nya. Kalau rasa yang nak masuk minang aku tu, kejap ar tak habis lagi belajar, habis belajar kita bincang okey. hahahahhahahahahahaha. #chills #siscubabuatlawak

Yang pasti, semuanya okey sahaja. #mesowell tak boleh la nak cerita lebih-lebih bab internship ni sebab p&c. 

okey gerak dulu guys.
see you again when you see me again here.



7:17 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Benda baik untuk dikongsi, jadi jom aku kongsi produk apa yang best yang wajib ada dalam beg dan bawa ke mana mana, WAJIB! Memang semestinya kena pakai setiap pagi sebelum keluar rumah, nak pergi outing ka, kelas ka, pergi mana mana lah, vacation pun wajib kena pakai, kalau tak hangus la muka woii.

SUNBLOCK
Produk yang memang kena pakai setiap hari especially kalau kulit muka jenis aku, yang sepantas kilat kena burn bila cahaya matahari tu kuat sangat, kalau aku buat aktiviti luar memang kena pakai sebab yeahhhh macam biasa lah aku ni cepat kena sunburn, memang macam mana elak pun, tetap kena juga. 



Apa yang bestnya bila pakai, ada SPF45+++ memang boleh la elak cahaya matahari tu terus ke kulit kita.


Instruction dekat belakang.
Made in Korea of course.


Texture dia not so watery macam air yang mengalir deras yang memang macam basuh muka betul. NO NO NO
Thick texture but soft still feel light onto your skin.



Tak tinggal kesan putih dekat kulit, memang bila pakai dia terus natural ja, Tak ada nya nak white stain bagai dekat kulit macam tepung gomak.


Yang pasti aku in love giler guna, even dah habis pun aku guna, tahan almost 1 year and half even dia tahan 24 month which is 2 years, so memang affordable and you guys should try. Honest review dari aku.

Boleh cari dekat WATSON, GUARDIAN, or online dekat HERMO. Harga not more than RM40 kalau tak salah aku, lupa pulak. Boleh la check online harga dia tak pun pergi ja cari kekadang ada sales. Memang patut grab satu.

Bye
see you guys in the next post insyaallah.


7:02 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum

Aku nak share dengan semua yang minat nak tengok Korean Dramas ka nak download or what so ever, ni ada 10 site yang aku selalu layan cerita cerita Korea yang memang met expectation ar kan bila tengok. hikhikhik. Oppa hensem k sebenarnya.

10. Drama Nice



9. Drama Cool


8. Drama Like


7. My Drama List



6. Drama Fire


5. Kshowonline

Basically, nak tengok variety show memang site ni paling daboom. Nak tengok Runningman memang sini lah tempat aku lepak every week.



4. Free Movie Sub

Kalau nak download, sini tempat yang best nak download, laju okey.




3. Kissasian


2. Drama Bus



1. My Asian TV



1:12 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Lama aku hilang, tak ada la lama sangat tapi lama juga la kan hikhikhik 2 bulan juga, aku tak update apa apa. Alasan biasa yang aku bagi, aku SIBUK! betul weyh tak tipu. This month okey la sikit lepas dah habis semua final so yahoooooo cuti sekejap sebelum aku masuk PRACTICAL next month on February. I am so NERVOUS!!!!!!!!!!!

Banyak benda aku nak share dekat sini tapi masa tu tak berapa nak cukup buat masa sekarang. Yang mana priority kena settle kan dulu lah.

Banyak BEAUTY PRODUCT yang aku nak review masih dalam draft, banyak tempat best yang aku jalan jalan pun masih dalam draft, masih tak sempat nak update dan tulis. Masih bersarang macam tu ja dalam draft. Insyaallah I'll try untuk siapakan semua. Nanti boleh share dengan hangpa semua kan.



Pejam celik pejam celik dah 2018 weyhhhhhhh. Tak sedar kan dah setahun aku lalui rutin harian aku dengan kehidupan yang sama cuma goals yang berbeza. Jangan terkejut kalau GOALS 2017 CARRY FORWARD ke 2018 hikhikhik.

SELAMAT TAHUN BARU
SELAMAT TAHUN 2018
SEMOGA SEMUANYA SEMAKIN BAIK

2017 :
Banyak memori yang best yang aku lalui dengan keluarga, kawan kawan dan juga manusia sekeliling yang even hanya kenal untuk 5 minit. Terima kasih Tuhan untuk munculkan banyak manusia yang baik disekeliling aku. THANK YOU SO MUCH!

2018 :
Aku cuma harap semuanya akan baik baik ja, dan jumpa ramai lagi dengan orang orang yang baik yang Masyaallah. Semoga Allah memberkati kita semua sama ada didunia dan juga di akhirat kelak. Untuk tahun ni aku boleh cakap, manusia yang pilih untuk hadir, teruslah setia disisi, yang pilih untuk pergi, teruskan, sebab aku tak kan halang lagi. Aku dah cuba yang terbaik, aku takkan cuba lagi untuk kali keseterusnya. Kalau awak rasa awak nak pergi, pergi la jauh jauh, jangan datang lagi, jangan pandang lagi.(jiwang betul ayat aku)

Apa pun lalui tahun yang baru dengan hidup yang baru dan azam yang baru. Terus kuat dan tabah lalui kehidupan.

Jumpa lagi in the next post insyaallah.



2:43 PTG No 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ▼  2018 (8)
    • ▼  November (1)
      • Review : Cosrx Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+++
    • ►  Oktober (2)
      • Review : Maybelline - Baby Skin Pore Eraser
      • Final Year
    • ►  Ogos (1)
      • Done With Internship
    • ►  Mac (1)
      • Internship - Life As An Accounting Student
    • ►  Januari (3)
      • Review : Cathy Doll - Suntection Sun White Serum C...
      • TOP 10 : Website To Watch/Download English Subtitl...
      • 2017 Left Me and 2018 Comes
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (15)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates