Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Tutorial
  • Beauty Review
    • Skincare
    • Makeup
    • Haircare
  • Eczema
  • Life
    • Eid
    • Wedding
    • Friendship
  • Student
  • Drama/Novel
    • Drama
    • Novel

Amalina Yaakub

Assalamualaikum,
Seorang Amalina kembali ke dunia blogging setelah berminggu juga tak update sejak balik dari lepas cuti mid sem hari tu. Naik ja cuti mid sem, banyak betul kerja nak kena settle kan, banyak kerja nak kena cover untuk mid term test, itulah balik rumah cuti seminggu bukan nak buka buku, sibuk dengan makan tidur makan dan tidur. hurm. Jangan ikut perangai buruk tu adik-adik. 

BEBAS!
Mid term dah habis, yeay! setelah 2 minggu aku tidur 3 jam ja sehari, padan muka diri sendiri, di hari hari terakhir test, untuk paper marketing dan bbi-academic writing, Amalina dah sampai limit diri sendiri, bila demam, selesema dan sakit kepala menyerang. Yes! itulah study jangan last minit. But thanks god, He helping me a lot last 2 week. #Blessed so aku dan favorite persons aku dekat sini meraikan kebebasan dengan makan-makan bersama ewah pada 10 malam. *ya, ya, ya makan malam malam tak bagus* tapi apa boleh buat test habis pukul 10 kan. hek! 

BERSAMA BUDAK BUDAK
Pada 26 November 2016, aku dan kawan-kawan aku dan bersama Madam Asyikin semestinya bersama sama dengan UPM, akan menceriakan hidup kanak-kanak comel dengan bengkel kraftangan yang cute sampai rasa nak pengsan *konon*. 

Sebagai salah seorang pelajar yang ambil kursus kraftangan untuk sem ni *aku sangat kaku dan kelu nak menjahit* tapi I DID IT! jadi sekarang, dengan idea kreatif yang kami sekelas ada, so here we go dengan Bengkel dan itu adalah percuma yang kami anjurkan bersama-sama dengan murid-murid dari Tadika A.B.S. (Serdang, Selangor). -Harap semua berjalan lancar-




Dengan membawa tema "SI CILIK USAHAWAN KREATIF" kami harapkan dengan apa yang kami ajar mampu menjadikan kanak-kanak seorang yang kreatif dan be have fun on that day. come on kids, we gonna make you guys chill and relax. YEAH! *ini kalau cousin-cousin aku, yang little kiddos tu mesti suka benda macam ni*

Apa pun, doakan yang terbaik, dan kursus kraftangan kumpulan 1, UPM,  kita boleh buat. Yeah!

Untuk live update pada 26 November 2016 ni, boleh check it out on my instagram : Instagram Amalina Yaakub (just click, it will bring you there) I will open it up for public just to update what gonna happen on that day or just click for the #CilikKreatif16 and it also will bring you something cute and adorable about them. *maybe* hahahaha. Zaman sekarang semua tentang hashtag so kita ikut peredaran masa dan zaman, baru nampak macam kemain on trend. kan?

good luck!
jangan lupa guna #cilikkreatif16 dalam post instagram anda semestinya, dalam tweet di twitter anda ataupun dalam post facebook anda. hehehe. 
bye
see you there kids!


8:56 PG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Aku bukan jenis seorang manusia yang pandai tersangat bab bab nak letak atas muka ni, aku guna apa yang manusia lain guna, tak kisah la dia jenis pemalas ka rajin ka. Just basic untuk everyday makeup. 

Kalau student macam aku, mesti nak laju ja kan, ya la, kadang-kadang kelas pukul 8. Bangun pukul 6.30, nak mandi nak siap nak tunggu bas berebut bas lagi habis peluh badan nak oii. So benda yang paling simple aku letak atas muka sehari-hari yang macam dalam gambar dekat bawah tu.




Oh itu hanya untuk manusia yang simple macam aku, tapi kalau untuk kau yang jenis nak flawless, eyebrow kemain, eye lashes lentik nak giler memang jenis kena perfect so maaf lah ini bukan basic untuk engkau lah. 

Hari tu, aku disoal benda apa ja aku letak atas muka bila pergi kelas. So here 5 benda aku guna selepas tolak toner, moisturizer and sunblock, 3 benda tu wajib untuk routine kakak-kakak yang memang jenis jaga muka. Jangan tinggal! Skincare aku, hari lain lah, produk-produk skincare yang aku guna jenis boleh beli ja dekat drugstore sebab aku jenis normal and sensitive skin.  

Ok back to makeup, 

Step 1 : 
Lip-balm ; yang jenis bibir kering macam apa entah tu, wajib! aku la tu bibir masyaallah tak boleh langsung kalau tak cukup air. So my rescue. 
from Maybelline
Baby-Lips Dr Rescue. 
ada 2 jenis, hijau and biru tapi lips aku prefer biru, entah la kenapa. 
Harga = RM 11 something.

Step 2 : 
CC-Cream ; penganti foundation, tapi kalau pakai BB-Cream pun okey, aku jenis guna dua-dua. ikut mood. 

CC-Cream - MaryKay 
Harga = RM 99 something 
boleh beli online dalam lazada pun ada, tapi kalau nak cari beauty consultant MaryKay boleh contact Siti Hajar. Aku guna tak sampai sebulan lagi pun, buat masa sekarang everything went well. 

BB-Cream - Safi Balqis 
Harga = RM 22 something
Sepanjang aku guna 4 tahun dah, belum lagi lah dia rosakkan muka aku. Sangat moisturize. 

Step 3 : 
Compact powder
Jenama yang aku guna dari zaman sekolah menengah sampai lah dah masuk uni. 
Pixy two way cake foundation.
Sangat affordable, senang nak cari dan sumpah aku cakap sepanjang aku guna muka aku alhamdulilah okey. sangat recommended! 
Harga = RM 19.90 kalau yang refill dalam RM 11.

Step 4 : 
Eyebrow
Catrice Velvet Brow Powder
aku guna benda alah satu ni just untuk kemaskan kening aku, sikat la bagi dia elok-elok sikit, rambut boleh sikat, takkan brow tak nak sikat kan dia. Kalau aku fill kan brow aku pun sikit-sikit ja. Aku nak pergi kelas ja pun. Just be simple girls. 
Harga = RM 20.90

Step 5 : 
Lipstick
BBIA code 04 
sangat moisturize dan senang sangat nak apply tapi itulah kena beli online, banyak ja ig shop yang jual. Aku tak ingat yang mana satu. maaf!
Harga = RM59 macam tu. 




Step 6 : dah! sembur perfume, pergi kelas, Jom! 

So the basic! be simple and beauty comes from inside orang kata, hati baik, insyaallah sedap ja mata tengok. Hahaha. itu kata orang lah. Apa pun be yourself girls. Pretty can comes in many way, bukan tentang muka yang cantik ja, tapi cara percakapan, cara berjalan, cara makan pun boleh jadi. eh mana nak tahu kan. mata manusia lain-lain. Come on just be the way you are. 

Be good, Do good and Be better.


- muka glowing tu thanks kepada matahari di sebalik tingkap bilik kolej aku - 
- kening berserabai, sebab brow pencil aku, entah aku campak mana waktu tu, thats why aku sangat perlukannya - 

okey day, bye.

p/s : hye upm, see you tomorrow. Malas betul kaki nak melangkah balik. hurmmmm :( 


5:19 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Patung itu mudah, tiada hati tiada perasaan, tiada rasa cinta, tiada rasa benci, tiada rasa ingin marah, mampu ditolak ketepi ketengah. Dia tak akan pernah peduli sebab dia hanya patung tapi kalau dibuat hal yang sama untuk manusia dan manusia itu hanya menjadi patung, kau perlu sedar hati dia mati untuk hidup.

Kita manusia, tapi kenapa kita buat hal yang sama keatas manusia yang lain sedangkan kita tahu, itu menyakitkan. Tiada hati kah kita ini?

Kebaikkan yang dibuat, tapi masih hanya keburukkan yang dicerita kesana kesini, apa yang engkau nak manusia? Masih belum puas dengan apa yang dihadapan mata?

Manusia sering kata "waktu susah nanti dia cari la kita tu, baru dia tahu langit itu tinggi rendah." tapi bila waktu dia terjatuh lemah pun dia masih tak mencari dan dia berpegang pada bahu yang lain kau akan mula dengar "waktu susah pun sekarang mana nak cari kita dah, dia dah ada yang lain." Sebenarnya apa yang manusia itu nak? Semua yang dibuat hanya buruk yang dia nampak. Hanya tinggal rasa serbi tak puas hati.

Dunia sungguh banyak dugaan, sungguh banyak cubaan, sungguh banyak cerita dan drama yang dipaparkan yang kita sendiri tak tahu penamat dia bila.




BERUBAH!
Manusia ada masa dia cuba untuk berubah, ada ketika dia mencari kekuatan disebalik manusia manusia yang sentiasa menyokong dimasa lalu yang penuh duka dia hadapi, dimasa sekarang yang dia cuba untuk berubah dan berpaling dan dimasa hadapan yang dia sendiri belum pasti jenis apa yang bakal dilalui. Dan aku ada satu manusia ini yang sentiasa menyokong aku walaupun dia tahu aku ni macam kertas kadang-kadang suci bersih, kadang-kadang kotor sana sini. 

"Percayalah berubah itu pahit,tapi hikmahnya manis, mana ada manusia yang berubah tak pernah diuji, dari situ Allah nak latih sabar dan istiqamah, kena kuat ja, kalau rasa lemah mohon cari aku mok." -Debab- 


PENDIAM!
Diam jalan paling mudah kalau rasa tak nak dengar buruk tentang manusia lain, belajar tidak mendengar, belajar tidak melihat dan belajar mendiamkan diri kalau hanya itu jalan yang kita ada untuk belajar berubah menjadi lebih baik. Bukan tak boleh bergaul cuma kalau itu hanya membawa keburukkan, pilih lah jalan selamat dan pergi. Ada 1 manusia ini juga yang banyak mengajar aku dekat sana, walaupun tanpa kata-kata aku belajar sesuatu dari dia. Thanks untuk 1 tahun menjadi roomates. You teach me a lot of things to stay positive and accept every person surround me even sometime they let us down. You such an amazing person that I ever had. 

TAK PUAS HATI
Kalau benar kau kawan aku, rasa yang bukan-bukan tu hanya singgah sekejap ja dan rasa tu akan pergi dan berlalu macam tu tanpa perlu bercerita kepada yang lain. Sebab aku pilih untuk berubah dan stay positive jadi aku biarkan semua nya dan menerima apa yang tersangat buruk tentang aku itu. Tak pa, aku faham dan akan sentiasa cuba faham. Walaupun kadang-kadang aku pun keliru so.... 


- Change to be better and stay positive- 
amalina yaakub

8:16 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,
Lately, aku ni overthinking sangat dengan apa yang manusia bakal fikir bila aku macam ni macam itu. Aku tahu, aku seorang manusia yang tak mampu nak puaskan expectation manusia untuk buat aku jadi macam apa yang mereka nak. Tapi aku cuba untuk adapt ikut situasi. 

Walaupun kadang-kadang aku ni macam tisu sangat, mudah sangat crumple. Sedih! tapi diri sendiri yang ubatkan untuk belajar bahagia kan hati sendiri. Adakala entah la tak tahu nak cari siapa, nak bercerita, jadi belajar untuk selesaikan semuanya sendiri dan cuba bersendirian untuk beberapa hari dan selesaikan apa yang tak diselesaikan. 

Aku manusia yang adakala buat salah, adakala khilaf, adakala tersilap langkah dan sebagainya. Aku bukan manusia yang mampu menjadi serba serbi sempurna. Tapi aku hanya boleh kata aku cuba untuk ubah itu ini dan belajar terima setiap apa yang manusia ingin kata walaupun dia tak hidup dalam realiti aku. 

Aku tak salahkan manusia yang tak memahami, sebab manusia itu ada hak untuk judge, ada hak untuk tidak suka dan ada hak untuk menjauh dari kau. Kerana segala apa yang berlaku lah, aku cuba "Live my life differently and be better" 

Tak salah kan berubah dan jadi seseorang yang lain dari sebelumnya, kalau itu membawa kebaikkan apa salahnya, tapi kalau membawa keburukkan. Dah jangan!

Sebelum ni banyak sangat aku fikir dan terlalu menjaga itu ini sampaikan aku lupa untuk jaga apa yang paling terbaik dalam hidup aku. Terlalu mengejar apa yang aku nak sampaikan aku lupa pada yang selalu setia menunggu. 


Tapi setiap apa yang jadi ada hikmah dan sebabnya tersendiri. Tuhan hantarkan kita manusia disekeliling kita bukan untuk suka-suka tapi untuk kita belajar sesuatu dari dia. Letak segala negatif kebelakang dan belajar terima segala yang positif dari dia. 

Aku cuma boleh kata, terima kasih sebab ada dan ada dan selalu ingatkan aku tentang sesuatu walaupun dengan macam cara yang berbeza. Aku sedang belajar menerima setiap yang diperkatakan.

Perubahan perlukan masa, dan aku sangat perlukan masa. Kalau aku salah tarik la tangan aku dan sedarkan aku bukan biarkan aku terumbang ambing. Kalau aku tetap dengan pendirian aku, ingatkan aku dan "tampar" sikit muka aku bagi sedar. Kadang-kadang ego itu ada, bukan senang nak mengalah dan ucap maaf. Itulah manusia dan itulah aku. 

Terima kasih kawan sebab ingatkan aku. Kita jadi lebih baik sama sama okey :) sayang semua. Ingatkan lah aku kalau aku lupa. 

11:55 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Menghitung hari ja nak kembali ke dunia yang sibuk dengan buku-buku yang tebal financial accounting yang entah ada berapa series, sibuk dengan assignment, test, and etc. Student kan mesti faham. Itu belum tiba kena buat FYP lagi. *flip shawl*

Tapi campus life la yang paling best, ada kelas cancel, ada mid sem break, ada sem break, and bla bla bla lagi yang bila waktu dah kerja, dah tak mampu nak cari semua tu. Pasti rindu.





Hye semester 1 2016/2017, aku kembali sebagai student. Alhamdulilah everything went well dekat upm, walaupun kadang-kadang rasa serba tak kena dekat sana. Kadang-kadang sumpah rasa nak ja cepatkan masa 4 tahun dekat sana. Bila aku rasa macam tu, aku belajar tenangkan diri sendiri dengan cakap *sabar la Amalina, ini jalan yang dipilih, jadi buat yang terbaik.* itupun dalam bercelaru hidup, dalam hati ada niat nak sambung master. *hakhakhakhakhak* 

Bila aku nak melangkah balik ni, aku harap sangat semua baik-baik ja nanti dekat sana. Hati tolong lah jangan bukan-bukan, tolong lah jangan buat perangai, tolong lah fokus dan kuat. Please!

RINDU!
Semua yang ada dekat sana sebenarnya, rindu mereka-mereka yang selalu layan perangai entah apa-apa aku ni. Mungkin hati berat nak balik tapi bila ingat semua yang ada dekat sana, so Amalina semangat la sikit. 

Say hye juga untuk college baru, hye serumpun, hye kolej 14. Tolong la baik-baik ja. Ohh by the way, bersedia lah nak berebut bas lagi, student perempuan upm, memang betul-betul unpredictable bila naik bas, entah keberapa puluh kali aku kena tolak depan pintu bas. Masyaallah sister, anda hebat tau, iya la Amalina yang chubby sangat ni pun, sis sis boleh tolak sekali ja terus masuk dalam bas aku ni ha. Pada yang aku terpegang tangan tu, ye awak yang berlebai putih tu, maaf la tak perasaan, *sumpah tak perasaan*. Astafirullah betul naik bas. 

Tapi itu lah pengalaman kan, seorang yang lemah lembut pun boleh jadi kasar betul. adoi la. Just be have fun and enjoy every moment there. Suatu hari nanti mesti kita rindu semua yang ada dekat sana. 

" One day when the right time comes
Insyaallah, Allah will ease everything
but till now just focus on our priority
if Allah will then we don't have to worry "

hye upm
hye fep
hye cafe
and
hye to coffee

bye.


8:27 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Lately ni, hati aku berbolak balik betul. Aku tak tahu apa yang aku fikir tapi aku rasa betul-betul aku bukan dalam keadaan normal. Hati aku gelisah, apa aku buat semua jadi tak kena. Aku malas layan semua whatsapp kawan-kawan. Kalau aku rajin aku reply, kalau tak, hurm tunggu la sampai aku rajin. Entah la kenapa jadi macam ni.

Bila aku rasa serba tak kena macam ni, tetiba aku tengah scroll satu instagram yang jual buku ni, so aku jumpa satu buku yang aku just tengok cover dan terus aku rasa aku nak beli. Aku tak kenal siapa penulis dia, aku tak tahu isi dia apa. Tapi hati aku tergerak nak beli. Jadi aku keluar masuk kedai buku dan finally aku jumpa buku yang aku nak, itu pun puas aku tawaf kedai tapi tak juga jumpa. Last sekali aku tanya adik dekat dalam kedai tu ja la. hurm :(

MOVE ON by REYNA IBRAHIM
"Kadangkala pilihan terbaik adalah menerima."

Buku yang sangat membantu pada manusia yang jatuh terduduk, yang lemah, yang tak tahu macam mana nak bangun balik. Jadi buku ni untuk kita semua. Adakala Tuhan hantar apa yang ingin Dia cuba sampaikan melalui pelbagai cara, dan bagi aku buku ni sangat bermakna dan sangat sesuatu. #Recommended

Pujuklah hati, 
jangan sakit lagi.

Pujuklah hati,
jangan terus lemah begini.

Pujuklah hati,
bangkitlah daripada perit.

Pujuklah hati yang dirimu ada Allah menemani.

- Reyna Ibrahim -


Tapi dalam hidup aku, satu tutorial mudah yang aku selalu buat bila aku rasa aku lemah, aku tak berdaya, yang mungkin boleh bantu pada manusia yang tengah cari kekuatan sementara untuk kembali kuat. Ini cara dia. 

Kalau kita rasa kita ditolak atas sebab atau tiada sebab yang mampu puaskan hati sendiri,
jadi terima lah dengan hati yang terbuka. 

Kalau kita rasa tidak dicintai atau tidak dihargai oleh seseorang,
lepaskan dia pergi dengan hati yang tenang. 

Kalau seseorang atau sesuatu benda tak memihak kepada kita,
buka langkah yang besar dan terus berjalan, jangan pandang belakang lagi. 

Adakala "TIDAK" daripada seseorang sebenarnya "YA" pada seseorang yang lebih baik.



Pada yang sedang kecewa, bangun lah. Untuk apa masih layan kekecewaan yang takkan sudah tu. Kekecewaan hanya mampu membuatkan manusia menjadi seorang yang gagal tapi untuk menjadi yang berjaya seseorang harus bangun atas kekecewaan yang sedang ditempuh. 

Jangan belajar putus asa. Jangan pernah. 
Semua orang berhak untuk merasa bahagia dan dicintai.
Jadi untuk apa takut untuk mencari.

Semoga semua berjaya. 
bye :) 


11:12 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Post kali ni, lebih kepada appreciation post untuk ANT. ANT singkatan untuk A-Amalina, N-Nanad dan T-Tinggi aka Hazimah. Aku bila baik dengan seseorang, mula la ada ja nama singkatan untuk masing-masing. Kalau secara tiba-tiba nama kau jadi makin singkat aku panggil tu tanda aku semakin rapat dan sayang sangat dah la tu dekat orang-orang tu. hehehe. 




Hari Jumaat 19 August 2016, masuk whatsaap (ws) dari si T tu, aku macam okey, yes aku tahu dia dalam dilema/problem macam tu, so bila dia ws aku macam 100% percaya, dia nak datang rumah aku nak luah apa yang ada dalam fikiran dia tu. Sebelum ni kalau apa-apa aku cepat sikit terasa, macam tak yakin, macam sesuatu sangat, tapi kali ni entah la macam percaya everything la apa yang dia hantar tu. kekonon nak datang rumah aku sebab stress. As kawan, aku akan cuba lah cari masa untuk dengar setiap luahan even kadang-kadang aku sendiri pun tak dapat nak selesaikan masalah aku. hurm :(

Bila buka pintu, okey, tertipu, penat tau aku fikir apa aku nak buat kalau dia tiba-tiba nangis, tetiba stress sungguh-sungguh. Aku hampir lupa birthday aku dah dekat dan mereka adalah orang yang selalu celebrate birthday si Amalina yang makin tua ni. 

Datang bersama kek coklat, menyanyi birthday's song yang sumbang tu masyaallah, almost crying guys! almost okey almost. *control* by the way thanks Mak Nanad buatkan bihun goreng yang sedap tu, favorite sentiasa. *lap air mata* terharu lagi dan lagi. Selalu aku dah boleh agak tapi kali ni, okey tak boleh langsung nak agak. 

Thank you. Entah la kan apa la baiknya aku ni sampaikan mereka dua sentiasa ada dan masih ada dalam hidup aku. Aku tahu, aku ada beribu kekurangan yang kadang-kadang buatkan mereka terluka. Cuma satu kelebihan yang aku ada dimana Nanad dan Tinggi tak boleh nak lawan. Sifat cool dan tenang. I'm cold! hahaha. Kalau aku marah, aku diam. Kalau orang lain buat hal, aku diam. Chill. Itulah satu-satunya yang mereka tak ada tapi aku ada. hakhakhakhakhaak :P 


So mereka cuba penuhi perangai kebudak-budakkan aku dengan main belon dekat Tasek Darul Aman. Favorite again. Tak boleh nak buat apa. Dah 22 pun masih tak matang, masih tak kisah apa yang manusia akan fikir. Play around and Laugh so hard like nobody there. I'm sorry for being that way. hahaha. *happys kids*




Thank you Nanad
Thank you Tinggi

I dont show I care but yes I care. 
I dont show I love but yes I love you.
I dont show any feeling but yes I do have all the feeling.

If I do make both of you hurt, then I'm really sorry.
If I do make a mistake, please hold my hand and bring me to the right way.
If I fall, please always there.
and maybe
One day, if I forget everything, remember! all the memories never be forgotten. (getting older)

May Allah grant both of you a Jannah in hereafter. 
May Allah always shower you with His blessing.
Be good and Do good. 

I love you and I miss you.
May this friendship last longer. 

bye :) 


9:44 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Hye August, kita jumpa lagi tahun ni. Alhamdulilah. Bulan yang menjadi bulan favorite sentiasa since bulan aku dilahirkan. hakhakhak. Bulan apa pun tak kisah la, aku rasa semua bulan aku suka, bulan February ka May ka aku suka ja. tak ada hal lah. 

Cuma bulan August ni special la sikit, sebab selalu akan dapat wish *tahun ni agak agak dapat tak wish yang ditunggu tunggu* hahahaha. Belum tentu lagi dia tahu birthday aku ha. haish. Mimpi semua tu, MIMPI. Sudah sudah la Amalina bermimpi. 

Pada yang lahir bulan sama dengan aku tu, SELAMAT HARI LAHIR AWAK! semoga Tuhan sentiasa berkati dan memudahkan setiap apa yang awak semua lakukan. amin. Tak kisah la awak lahir berapa hari bulan pun, tua ka muda ka, kita tetap lahir pada bulan yang sama. *high 5*

Apa apa pun, hargai lah setiap hari yang awak semua lalui, sebab hari ini takkan sama dengan semalam atau esok. Setiap hari ada cerita suka dan duka yang kita sebagai manusia kena tempuh. Sama ada kau suka ka, kau tak suka ka, itulah hidup. Tempuh dan lalui dengan tenang. Setiap jalan yang berliku dihadapan pasti ada yang menarik sedang menanti di penghujung jalan. 

Semoga kita semua mampu lalui setiap permasalahan dengan penuh tenang. Semoga kau juga bahagia dan aku juga bahagia. Semoga kita semua merasa bahagia. 


noted : 23. 
jangan lupa wish okey. hakhakhakhak. :P



8:30 PTG No 000 orang comment
JATUH 

Ada satu masa kau akan jatuh dan sakit,
ketika itu manusia bagaikan ketawa melihat,
dan kau cuba untuk bangun tapi semuanya perit,
kerana kau tahu kau tiada kekuatan walaupun untuk sesaat. 

Bangun, itu satu satunya perkataan yang ingin kau dengar,
tapi tiada mulut yang cuba ungkap untuk beri kau kekuatan akhir,
akhirnya kau lemah menyembah seperti layunya sayur.

Terkadang kau cuma perlu kan mereka untuk terus ada,
kau perlukan mereka untuk luangkan masa,
atau hanya sebagai pendengar untuk kau berbicara.

Dan akhirnya kau akui yang manusia hanya datang seketika,
mereka hanya ada bukan untuk selamanya,
waktu saat kau begini cuma satu yang kau punya,
Tuhan yang hakiki yang selalu sedia. 



p/s : disaat kau jatuh sehingga tiada cara untuk kau bangun, carilah apa yang kau perlu cari dahulu. Bukan mudah untuk terus kuat dengan bersandarkan pada diri sendiri sahaja. Lari bukan penyelesaiannya. Aku taip disaat kesakitan itu menyucuk bagai ditusuk dari depan ke belakang. 


7:15 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Another post tentang review beauty product lagi, banyak produk yang aku nak share dengan ge-gadis dan pe-puan semua. Alang alang cuti sem yang begitu panjang sekali ni, apa salahnya kalau aku kongsi apa yang aku guna dengan kita kita semua. 

Aku nak share lips cream yang aku currently suka/minat/jatuh cinta pada pandangan pertama lah. Sebenarnya dah banyak lips cream ni dekat market tapi itulah aku tetap suka NYX juga since bibir aku sangat sensitive, kalau salah ja aku pakai apa apa, mula lah dia start jadi kering dan around bibir aku tu sangat merah macam udang bakar. seriously ngeri. 

Bila aku guna SMLC ni alhamdulilah, tak ada apa apa lagi yang boleh menyebabkan bibir aku jadi bukan bukan, so aku stick dengan brand ni. Itupun aku guna 2 shades ja code 02 (Stockholm) dan code 04 (London) jenis nude color, even aku tak suka color yang terlalu menyerlah keseksian bibir sangat lol :P. tak silap aku dia ada around 34 shades macam tu dari nude color to dark color. 


Aku start minat SMLC belajar dari collegemates aku dekat UPM, bebudak ni sangat suka makeup join pulak aku yang memang minat ha mula lah, asal tak ada kerja kami buat lah tutorial makeup dalam bilik, pastu keluar lah perangai sorang sorang hahaha :) rindu pulak. 


code 02 and 04 

code 02 (Stockholm) - color dia jenis pinkish sikit sangat sweet kalau pakai, untuk pengehtahuan la kan, code 02 selalu out of stock dekat Sephora. banyak kali juga aku nak pergi cari memang tak ada stock, so nasib aku baik satu hari tu, stock baru sampai so banyak sangat stock NYX bersusun dekat rack. apa lagi should grab then guys. Color ni sesuai untuk semua jenis warna kulit, aku jenis kulit gelap sikit so aku try still masuk dengan warna kulit, kawan aku yang semua geng geng plawlessss putih gebu melepak lagi lah sesuai kan. so jangan risau tentang warna kulit, just try it on. Be confident thats it. 


code 02. 

Code 04 (London) - color dia nude sikit, sangat sesuai pada yang suka "no makeup look" dia tak ada lah terlalu menonjol sangat, dia macam ikut warna bibir kita, kalau pakai dengan tak pakai tu kadang kadang sama ja warna tapi kita rasa la perbezaan dia. nampak! tapi tak ada la banyak macam pakai lips color merah makngah tu ha. aku suka guna untuk "everyday look" la macam pergi kelas calit la sikit, bagi nampak afford kau rajin nak pergi kelas, kadang-kadang pergi muka togel ja, nampak la kemalasan student kat situ. aku pun ada juga hari malas okey. 


code 04 - tak ada beza kan, tapi still lembapkan bibir.

Salah satu sebab aku suka SMLC ni sebab bau, dia bau coklat sangat sedap rasa macam nak makan yumyum :) kalau tak bau coklat maybe bukan yang original, hati hati la sekarang ni banyak sangat matte lips yang tak original, maybe lah dia lagi murah sebab dalam RM10 dah boleh dapat tapi nanti bibir jadi or naik yang bukan bukan, susah juga nanti. nak heal sesuatu sangat ambil masa yang lama. bibir aku pernah breakout dulu disebabkan hal hal yang macam ni, almost setahun juga nak rawat, dan dalam setahun tu aku cuma boleh guna lip balm yang memang no color. seksa! bila berpeluh, sangat pedih sakit memerah bagai. so aku pesan satu, hati hati bila beli produk ni. 

Harga : RM28 something macam tu boleh cari SMLC ni dekat Sephora, semua outlet Sephora insyaallah ada jangan risau, dan jangan lupa try la dulu okey ka tidak dengan awak awak semua. karang beli salah shades sangat leceh. tapi kalau jenis hentam ja macam aku, okey ja. cuma still shades yang pastel color lah. baru nampak sweet, baru nampak perempuan sikit. hikhok :P 


okey bye dari Amalina Yaakub yang jarang nak serious dengan apa yang dia buat. 
"You only has 1 life and 1 chance, so dont take seriously and be happy, dont forget to enjoy every moment you have with your love."

bye, nanti aku review scrub muka pulak. kalau rajin insyaallah esok, kalau malas maybe bulan depan. hahaha. :p 


2:42 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Essence Tanaka White ni, sebelum ni aku guna Safi Balqis tapi bila dah lama guna dah macam tak ada apa apa kesan dah dekat aku even muka aku jadi makin gelap dan gelap, mulalah bila aku balik cuti sem mama nampak dia tegur dan terus tegur. so aku tukar. tapi yang bagusnya waktu aku guna Safi Balqis ni muka aku susah sangat nak naik jerawat, dalam sebulan kadang kadang tak ada pun jerawat. itu yang bestnya.

Kulit muka aku yang jenis mudah sangat nak kena sunburn, tak main tepi pantai pun baru buat aktiviti tengah padang dalam sejam dua dah balik tu siap la buka buka ja tudung berbirat muka, gelap macam bontot kuali. kadang kadang tu jalan ulang alik pergi kelas ja dah kena juga sunburn, memang tak boleh nak buat apa.

Jadi atas niat untuk memutihkan muka yang memang gelap, yang angan angan nak seputih artis korea choii :P aku guna lah produk ni, mula mula aku beli trial set dia dalam harga RM30 something aku tak ingat exactly harga. Trial pack tahan dalam 2-3 minggu macam tu, itu pun ikut cara kita guna lah. waktu aku guna trial set bio essence, sunburn aku cepat juga hilang dan aku rasa worth kalau aku guna. Dalam trial set bio essence tanaka white tu include cleanser, toner, day and night cream, serum dan mask. Bagi aku apa apa jenis produk pun serum yang mainkan peranan kan.


Routine skin care yang aku guna range bio essence tanaka white cuma 3 jenis ja. Cleanser, Toner dan Day cream. Aku ni jenis malas nak pakai serum and night cream jadi aku tak beli, harga dia boleh tahan juga mahal, nanti sayang duit seorang Amalina melayang ja, sebab at the end of the expire date produk tu masuk dalam trash ja ha. gitu lah. Bagi aku routine untuk siang sangat penting pada malam sebab siang kita banyak terdedah dengan persekitaran yang agak tak selamat untuk kulit, lagipun kena jaga muka dari cahaya matahari juga, bahaya kalau tak jaga, boleh kena kanser kulit tau awak semua. untuk malam just untuk repair so pada yang rajin tu tempek lah serum and night cream. 

Sepanjang aku guna, alhamdulilah okey, cuma moisturizer dia oily sikit, kalau jenis kulit muka jenis macam aku yang oily ni, tak sesuai sangat guna, tapi kalau nak guna, okey ja cuma kena pandai jaga la muka bagi tak nampak oily, alah kalau rajin cuci muka, rajin scrub, rajin mask, semua tu akan boleh dielakkan. percaya lah cakap aku. kadang kadang guna local skin care pun, muka awak akan cantik lah kalau rajin pekisah dengan routine skin care ni. 

Yang tak okey sepanjang aku guna, muka aku cepat naik jerawat, pantang salah sikit, naik lah seijik dua bijik dekat muka tu. kalau aku makan benda minyak sikit, naik lah jerawat tu, pantang aku stress sikit ha muncul la dia dekat dahi tu. tempat yang paling digemari untuk dia duduk dekat dahi, hidung dan dagu. iye lah tempat paling berminyak kan. itu yang paling tak best la. yang lain semua okey. 

Harga :
Cleanser - RM 23.90
Toner - RM 39.30
Day Cream - RM 62.90

Yang paling penting, bau dia best. Bau bedak sejuk tahu macam mana? bau dia lebih kurang macam tu la. ya la kan dah nama pun tanaka kan. Watson and Guardian boleh jumpa produk ni, senang ja nak cari tak payah nak order yang nak kena tunggu berminggu-minggu. okey. 

Kalau nak cantik, muka bersih, plawlessss macam cik kiah jiran sebelah ka apa ka, rajin rajin lah jaga muka, jangan tidur dengan muka yang tak bercuci nanti kuman naik mulalah bangun pagi jerawat jerawat kecil kecil tu naik, tak best tau kalau dia naik. Yang penting rajin. itu ja. 

so okey bye. 
jumpa lagi itupun kalau rajin lah nak berupdate. 



9:25 PTG 2 000 orang comment
Assalamualaikum,

Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start ada exam, yang tengah cuti semester tu marilah membina lemak lemak comel dekat badan. :P

Hari tu aku teman Migha cari product untuk hilangkan jerawat, since muka dia jenis muka yang berjerawat so macam macam produk dia kena try, at last someone suggest dia suruh try Aiken punya range yang tea tree, mostly cakap produk tu bagus untuk muka yang berjerawat. so why not give it a try. 

Puas kami berlima waktu tu pusing drugstore dekat ioi nak cari Aiken, rupanya, ada dekat Guardian ja, and yang bagusnya harga dia murah giler, masyaallah. sumpah tak tipu. 

Since kulit aku bukan yang jenis berjerawat tapi yang jenis oily nak nak dekat T-zone. pheww boleh buat goreng ayam ha. tapi kekadang naik la juga jerawat seketul dua, faham faham ja la student kan tidur, makan minum, stress lagi dengan lifestyle yang berkecamuk, mesti jerawat nak juga naik seketul dua. 

Aku pun try la pimple cream dia, harga dia RM 10.95 so around RM 11 la senang kan. berat cream ni 20g, so dia comel molek kecil ja ha. ya la kita bukan nak guna banyak pun kan, guna bila perlu ja, macam naik seketul dua so letak la dia bagi mati. padan muka kau jerawat :P.



nampak tak kecomelan dia.

Spot Away Pimple Cream by Aiken Tea Tree Oil aku bagi 4 bintang yeay, seriously, jerawat yang naik dekat muka aku tu dalam 2 hari lepas tu dia kecut, aku suka letak malam malam before aku nak tidur, tapi kalau untuk penggunaan yang mujarab, pagi kau letak malam pun kau letak, cepat la sikit jerawat degil tu nak pergi. 

Bagi aku, cream ni, sesuai untuk kulit orang yang bukan berjerawat, sebab dia oily sikit. untuk scar jerawat dia bukan produk yang okey la untuk orang cuba. 

Cara aku pakai, aku tempek dekat yang ada jerawat tu, bukan macam pakai moisturiser er, lumur satu muka, kang berminyak muka naik benda lain pulak kang dekat muka. payah!

so kalau korang yang jenis macam aku yang jerawat suka naik every month tu boleh la cuba. membantu sangat untuk kita kita ni. 

Tapi satu aku nak pesan, lain orang lain kulit, ada yang produk sesuai untuk aku tapi tak sesuai untuk korang. semua tu bergantung pada kulit masing masing, nak jumpa produk yang sesuai dengan kulit memang makan masa, even compact powder pun makan masa nak cari yang sesuai kan. 

so katakan tidak pada jerawat, okey bye, gerak lu pape roger. :P 



5:13 PTG 4 000 orang comment
Assalamualaikum,

Izinkan aku menjerit sekuat hati untuk 10 saat sebab dah habis exam, masyaallah sisturrrr soalan dia betul betul boleh buat rasa aku belajar ke idak sepanjang almost 5 bulan ni. tak tahu la nak cakap, apa yang Amalina tulis dalam kertas jawapan. rasa nak ja balik kolej buka balik buku dan study sungguh sungguh. 

Tetiba terfikir aku ni dah salah pilih course ke apa ni. aku patut tukar course ke tukar U terus. maybe ke U yang dekat sikit dengan rumah, baru mood belajar bersungguh sungguh tu nak datang. *alasan paling munasabah* untuk balik lari belajar dekat dengan rumah and stay dengan ma and bah. sebenarnya tak ada la best mana belajar jauh jauh dari family ni. even dalam Malaysia pun perasaan tu masih tak mampu nak terima. 

Macam mana pun pilihan dah buatkan, kena suka juga lah even tak suka pun. saya sangat suka awak! tersangat suka ha! sampai rasa tak tahu suka tu nak letak dekat hati mana dah, sebab dah terlebih suka. 

Dah habis pun semester 2 Alhamdulilah :) Allah knows best. Excited nak balik rumah. esok kita balik er hati. tahu tahu homesick sangat dah ha. dah bulan puasa kan, dia punya sedih lain macam betul hahaha. So untuk gembirakan hati, pergi la berbuka dekat ioi sebab tu ja paling dekat dengan sini. 



*mata merah* 
tak tahu la aku sedih ka apa ka? ka sedih dapat makan Bingsu dekat dal.komm cafe entah. boleh nangis tau dapat makan benda alah tu. maybe acah acah feeling descendants of the sun (sedih drama tu nasib happy ending). belum boleh move on dari Dots. 


So iftar bersama sama classmates, coursemates, collegemates and semua lah. gonna miss you guys a lot a lot a lot. hahaha. btw mereka mereka semua dah balik rumah. :( bertambah sedih rasa hati. 

BINGSU *love love love love*

okey bye. 
p/s : jumpa next semester awak, bye crush dekat UPM. kita jumpa crush dekat Kedah pulak. hahaha :P



2:19 PTG No 000 orang comment
Assalamualaikum,

Bertapa lamanya seorang Amalina Yaakub tidak menaip di blog ini. Aku sangat busy sekarang walaupun kadang kadang aku buat buat ja busy tapi aku tetap dikategorikan sebagai busy walaupun kenyataan dia PEMALAIH ha! 

By the way aku dah semester kedua dekat sini, mampu juga aku lalui kehidupan sebagai seorang student yang jauhhhhhhh dari mama dan abah yang aku sangat manja itu. Anak manja mana boleh doe pisah lama lama, mahu nangis tak berlagu tapi akhirnya aku buktikan aku mampu walaupun masih dalam Malaysia yang aku sayangi ini. Rindu mama, Rindu abah. *homesick*

Tapi aku rasa lagi naik semester ke semester, aku nampak kesibukkan aku dengan hal duniawi ni lagi mencabar. Kadang kadang betul betul aku rasa nak ja lari dari sibuk dunia yang sementara ni dan mencari ketenangan yang seketika walaupun aku tahu lepas tu aku akan kembali pada keserabutan tu balik, tapi aku nak juga rasa ketenangan di tempat yang menenangkan yang aku mampu aku tarik lafaz lega walaupun hanya untuk 1 hari. hurm. *short vacay*



"disini aku sertakan gambar sekeping yang dimakeup oleh Haijah dan tangan aku sendiri, aku dah 21 tahun hihihi mana cukup lagi 22 tahun. I am 94 kids"

Bila aku masuk ja Universiti ni, manusia mula bertanya, dah jumpa ka? ada minat sesiapa? bila nak kahwin? bila nak kenalkan? dan aku dengan muka blurnya sambil cakap "Ina pergi sana nak degree in accounting bukan degree in future husband" dan mereka mula bebelkan benda yang tak sepatutnya dan semua itu berlanjutan mungkin boleh jadi setebal buku Coklat Tarbiah written by Aiman Banna.

Bila aku bagi jawapan cliche aku "belum ada yang berkenan, mungkin dia masih sesat dalam laut andaman" mereka terus dengan "jual la mahal, nanti tak laku, nanti dah kedut sapa ja nak,waktu U la nak cari calon waktu kerja nanti dah jumpa orang tua tua, nak ka?"

Dan aku pun terus lah menghilangkan diri secara perlahan lahan dari suara manusia yang adakala bakal merosakkan hati aku yang penuh kesabaran ini. haha.

Kadang kadang kita bukan tak nak terlibat dengan kes cintan cintun ni tapi kadang kadang kita ambil jalan selamat untuk jaga hati dari terluka, apa yang mama aku cakap "benda yang ma paling takut sekali bila Ina kecewa dalam cinta, sebab ma tak tahu macam mana nak pujuk, ma tak ada ubat yang tu." so my mama know me better thats why i choose not to be in relationship.

Bila aku dah ready dan bersedia untuk terluka dan tahu pujuk, dan kau pun dah ready dan bersedia untuk terluka dan tahu pujuk, tak perlu tanya banyak aku akan pilih dia. *You gonna be the first and the last, man*

Tuhan dah tentukan segalanya, kenapa kita sebagai manusia yang pertikaikan, ada jodoh ada la, tak da jodoh, ada yang lebih baik menanti, percaya la perancangan tuhan dah terlalu sempurna. Manusia berhenti la bertanya, aku baru 21 dan insyaallah who knows, maybe next year ''dia'' akan muncul dengan sendiri. Semua kuasa Allah.

terima kasih sebab baca post entry yang panjang pulak kali ni, ya la maybe sebab lama tak menaip kan. So bye.

6:44 PTG No 000 orang comment

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik, alahai dah 2016 pun, pejam celik pejam celik eh aku dah kahwin pun, pejam celik pejam celik eh dah tua pun, pejam celik pejam celik pejam untuk selamanya dah. Cepatkan waktu sekarang jalan, tak rasa apa apa pun tapi dah masuk tahun baru dan umur aku meningkat lagi satu. oh tuanyaaaa.

Posting aku kali ni, more to girlish lish lish sangat, "What's in my makeup bag?''. Aku selalu bawa benda alah ni bila aku nak travel ja, so automatik dalam bag tu akan berat sebab aku akan sumbat semua benda yang aku nak guna. Makeup bag aku kalau aku just nak pergi jalan jalan lepak lepak dengan kawan kawan, or just pergi kelas aku just bawa lip balm, perfume and compact powder yang penting powder tu ada spf sebab selalu aku dah malas nak tempek benda benda alah lain well time is running kan. 




so dalam ni lah aku sumbat semua benda yang aku perlu. Actually dia pencil case aku beli dekat gift shop area rumah aku so sebab dia besar dan muat semua barang aku, so here we go jadi lah makeup bag. Harga dia around RM5++ macam tu, affordable kan. 

let see apa yang ada didalam......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


dalam tu wajib ada semua benda ni, PENTING! perempuan la katakan.

Bio-Essence Tanaka White - Toner, Serum, Day Cream (Trial Pack)
Aku baru guna tak sampai 2 minggu lagi, tapi bagi aku dia okey, sebab sebelum ni aku selalu kena sun burn, even aku guna sun block kadang kadang tak jalan juga. Kawan aku yang suggest kan. Aku nampak la perubahan bila aku pakai, sun burn aku makin kurang.

Sunplay Skin Aqua UV Watery Essence SPF50PA++
Aku baru guna jenama ni and yang penting baru buka packaging dia. So bila aku try guna, it's quite good sebab, ye la kan texture dia air kan, so senang sangat nak apply, tak da la bila kau apply, jadi tepung gomak ke apa ka. don't worry k.

BB Cream Safi Balqis SPF30PA++ natural colour. 
Harga tak ingat, kalau nak tengok harga pergi ja watson or guardian punya online shop. Sure ada. Aku guna dah setahun lebih and until now dia tak bawa apa apa masalah pun, texture dia ringan and senang nak apply dekat muka. Tapi kalau untuk heavy make up, tak sesuai kalau untuk light makeup okey. Recommended!

Maybelline Clear Smooth 06 Sand Beige
Untuk aku okey ja, just powder kan, tak ada masalah sangat. texture dia tak berat kira okey la. Tapi aku prefer pixy compact powder lagi. 

Maybelline Curl Volume in Brown.
Sejujurnya aku tak guna dekat eye lashes pun, aku guna dekat eye brow. bagi kemas and tersusun tu ja.

Maybelline Magnum Volume Express in Black
Yang penting benda alah ni waterproof, so bila kau pakai tetiba kau nangis ke apa ka, tengah berdrama swasta depan orang ramai pun, dia tak keluar bersama sama air mata ya. So tak da la kau nampak macam alien. Even nangis pun still cute. erk..

Kiss Beauty Real Pen Eyeliner - 71:natural 
Aku jarang guna black eyeliner sebab aku tak reti sangat conteng benda alah tu dekat mata aku. my hand is shaking so jadi pelik pulak. so for save my whole life aku guna natural, just bagi nampak mata tu tak kuyu sangat, macam orang nak tidur ja. 

NZ Made Olive with extra virgin olive oil, lip balm.
Dalam tu dia ada pure olive leaf extract manuka honey, and jojoba oil yang penting 100% natural. good for your lips. 

Maybelline Baby Lips - Dr.Rescue (Fresh Mint), Lychee Addict, Baby Lips Colour (Cherry Kiss).
Aku pengemar range baby lips. Aku guna yang Dr. Rescue as a lip balm bagi tak kering bibir then yang Lychee tu sometime ja aku guna, then Cherry aku guna as a lipstick. Aku failed bab lipstick so to save my life again, then I use Baby Lips Colour. 

Lip Tint - 3:Orange
Warna dia sesuai untuk lips aku, tak terlalu menyerlah sangat warna, just natural.

Perfume from Zara with love 
Seriously, it's name. Bau dia tak kuat tak lembut, sedang sedang. faham kan? sedap sangat bau dia. 

Nivea anti-perspirant Stress Protect 48hours.
Aku jenis cepat berpeluh, so i need this and it worth. 

Pixy eye and lips makeup remover
Jenama apa pun okey bagi aku, asalkan dia boleh hilangkan makeup dengan elok, then okey la. 

so itu ja benda alah apa yang ada dalam makeup bag aku tu. selalu orang bising sebab nampak berat and memang berat pun, tapi alah perempuan kan. NORMAL!

P/S: happy new year everyone. May this year, Allah will bring you happiness and success. good luck. Please pray for my exam result, hope for a better result. *nervous*
4:06 PTG No 000 orang comment
Newer Posts
Older Posts

About me


Hi! Amalina here :)
Semoga Amalina Yaakub sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Terima kasih :)


Follow Me

Blog Post

  • ►  2021 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2019 (9)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (4)
  • ▼  2016 (15)
    • ▼  November (3)
      • Cilik Si Kreatif #CilikKreatif16
      • Put Makeup On #Everyday
      • Patung
    • ►  Oktober (1)
      • Live Differently
    • ►  September (1)
      • New Semester
    • ►  Ogos (3)
      • Life Lesson
      • #ANT
      • August :)
    • ►  Julai (4)
      • #Down
      • Review : NYX Soft Matte Lip Cream (SMLC) code 02 a...
      • Review : Bio-Essence Tanaka White
      • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    • ►  Jun (1)
      • Saya Suka Awak
    • ►  April (1)
      • 1st Year, 2nd Semester - Sibuk,Cinta,Manusia
    • ►  Januari (1)
      • What's In My Makeup Bag.
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2013 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2012 (51)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2011 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)

Most Searched

  • Review : Bio-Essence Tanaka White
    Assalamualaikum, Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Es...
  • REVIEW : AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
    Hi! Hari ni kita kembali ke segment, review produk sama ada dia ok dekat muka atau meh bila pakai. Sebelum aku sambung lagi, just nak ingatk...
  • Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream
    Assalamualaikum, Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start...
  • Cara Nak Kenal Jenis Kulit / Skin Type
     Hi! Selamat berpuasa. Dah hari ke4 kan, semua ok ka tu? Semangat nak kejar pahala jangan kendur lagi ok. Terus semangat sampai lah bila bil...
  • TOP 10 : Thai-Drama / Lakorn
    10. RAK GAN PANLAWAN 9. KUN MAE SUAM ROY 8. SANAE RAK NANG CIN 7. LOVE AT FIRST HATE 6. THE CROWN PRINCESS 5. KLE...
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates