Selasa, 30 April 2013

Oh Hye Kita Dah Bebas

Assalamualaikum
hye peeps


- tetiba rasa nak letak muka sendiri besar besar nak show kan bertaba bahagianya setelah final exam berakhir dengan rasminya pada 29 april 2013 tepat jam 10.30 pagi dengan paper lastnya financial accounting 1 - fuhhh.

sungguh terasa kepenatan di otakku hilang setelah berakhirnya exam, sungguh aku rasa penat dengan final exam bagi aku semester kali ni semua subject yang ada final terlalu berat bagai aku sendiri sudah merasa yang rambutku semakin luruh. aishh sungguh ini fakta.

apa apa pun hidup ini adalah cabaran, tanpa cabaran itu tak bermakna, kalau hidup terlalu constant di letak tempatnya sahaja, apa ertinya hidup kita, bila hidup punya turun naiknya baru kita sedar yang hidup ini bukan sebuah permainan yang boleh sesuka hati campak dan ambil. bila kita tahu hidup ini adalah satu perjuangan baru kita tahu ingin menilai hidup itu bagaimana.

terlalu banyak yang aku ingin cerita dan kongsikan diruangan ini mengenai moment hidupku hari hari, apa yang berlaku sepanjang tempoh aku habiskan semester 2 ini, terlalu banyak hal yang awesome dan membuatkan jari jari aku ingin sahaja menaip disini tapi yeah aku bukan robot yang tidak tahu letih jika asyik menaip sahaja, jadi aku kumpulkan cerita itu semua dan aku akan ceritakan di lain hari. mungkin ada yang kata, blog aku terlalu exposed bercerita tentang diri sendiri tapi apa aku peduli, blog adalah aku, yang mengungkap kisah harian aku, apa wujudnya blog ini kalau aku tidak bercerita mengenai aku.

blog ini wujud kerana aku ingin bercerita kisah aku hari hari, kerana aku bukan lah manusia yang sering share segala kisah aku dengan yang lain sebab aku takut kisah aku tak ingin didengari kalau aku bercerita ke mulut ke telinga jadi untuk aku mudah meluahkan rasa aku bercerita ke jari ke blog itu lagi mudah, kerana orang mampu memilih ingin membaca atau pergi meninggalkan dengan klik button pangkah. aku bahagia yang tak ingin membaca juga bahagia. kan? bukankah itu yang kita inginkan?

cuti hampir 2 bulan ini aku belum punya idea ingin buat apa? apa yang ada dalam otak aku hanya tidur makan facebook novel tweet line wechat whatsaap and etc. yeah itu sahaja aku rasa kerja yang ada mungkin juga boleh kerja di laundry abah and mama, idea yang juga cukup bagus saat ini hehehe. 

apa apa pun
HAPPY HOLIDAY
: SEMESTER BREAK :
WE LOVE YOU !



Sabtu, 13 April 2013

FINAL EXAM : Tekanan Menjadikan Kita Rajin.

Assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_ml75pj2yha1snbovpo1_500_large

menghadapi detik detik untuk melangkah ke dewan final exam buatkan jantung yang sedia nervous ini menjadi semakin nervous dan nervous bagai mahu demam rasanya, tapi aku bermohon kepadanya supaya aku jangan didekati dengan virus demam untuk exam bagi semester ini, cukup lah untuk semester lepas aku merasai demam yang sangat teruk sedangkan minggu itu aku punya exam dengan 4 killer subject.

yeah untuk semester ini juga aku berhadapan dengan 4 killer subject yang boleh membuatkan otak aku menjadi tepu setepunya, aku bagai ingin letak otak ku disebelah dan dibasuh supaya ianya sesuci yang boleh agar apa yang aku baca, hafal, kira, faham mudah masuk ke dalam otak yang satu ini.

walaupun hanya 4 subject tapi aku rasa bagai aku sedang harungi 10 subject, sungguh aku rasa penat diwaktu ini, bagai ingin sahaja aku melarikan diri dari final exam. arghhhh bagai ingin sahaja aku jerit di playground sambil menghayunkan buaian selaju yang mungkin untuk hilang rasa stress ini tapi dengan adanya stress ni mampu membuat pemalas seperti aku menjadi rajin dalam sekelip mata.

sebelum aku jawab Final Exam 23 April 2013 - 29 APRIL 2013
maafkan lah semua kesalahan yang aku buat dan doakan lah aku mampu jawab dengan penuh tenang dan yakinya.
dan seangkatan dengan ku good luck.
untuk DAT2A do the best
untuk BFF forever ever aku good luck to sayang !

love
bye :)

Sabtu, 6 April 2013

Anugerah Ketua Jabatan Sesi Jun 2012 Polimas // Alhamdulilah

Assalamualaikum
hye peeps

Alhamdulilah
4 April 2013 Jabatan Perdagagan dengan jayanya buatkan majlis untuk student student yang dapat Dekan. Taniah pada semua walaupun majlis ni tak semeriah majlis graduation tapi still kita dapat merasai satu penghargaan hasil titik peluh masing masing dalam mencipta kejayaan. apa yang penting setiap kejayaan datang dengan adanya usaha dan doa. asalkan awak tahu apa awak nak mesti awak dapat.

dan macam biasa gambar yang kemengadaan sentiasa harus ada seperti selalu :P

cuba teka mana lecturer?

aku rasa macam pokok pisang pakai warna hijau.

perkenalkan Fatin dari Dat B

control ayu gitu kau hado? kau hado? 

perkenalkan kakak aku hazimi :P

perkenalkan ini moksu yang katanya nampak kurus dia dalam pic ini. pun boleh pun boleh.

dan thank you untuk lecturer jabatan perdagagan atas majlis ni. kami semua hargai sangat sangat. hope sem depan dapat lagi boleh makan free and tangkap pic bebanyak lagi hahahaha :P

bye
love you

p/s : sebenarnya dah tak tahu nak tulis apa, tak boleh dah nak menaip panjang panjang semenjak Final Exam makin dekat ni aih... STRESS!