Ahad, 16 Julai 2017

Cukup La

Assalamualaikum.

Akan ada satu masa dan ketika, hati akan rasa betul betul nak mengalah dengan apa yang dah dicuba, bila fikir sefikirnya, semuanya hanya sia sia, tak ada apa yang beza, masih yang sama, tiada perubahan. Untuk apa masih pada yang sama kalau tak berguna apa pun. Adakala mengalah jalan terakhir yang setiap orang punya.

Kata orang lain, jangan mengalah selagi belum mencuba, kenapa nak mengalah, sebab setiap titik untuk mengalah adalah satu ''magical'' yang akan berlaku. TAPI!

Manusia, ada rasa penatnya, ada rasa cukup la cukup la, dah la. Benar? kan? Kita manusia yang hatinya bukan kuat mana untuk terus berpegang pada hanya satu tiang yang bila bila akan jatuh tertimpa diri. Kita manusia ada hati yang tahu elak dan mengalah untuk sesuatu yang tak memberi apa makna. 


DULU
Aku pernah lalui suatu ketika dimana aku masih mengharap pada sesuatu untuk kembali, satu pengharapan yang sangat tinggi, bahawa esok aku bangun ada sesuatu yang mengembirakan. Manusia kata aku bodoh masih berharap, tapi aku kata harapan adalah cahaya untuk kejaiban. TAPI! tahu, itu semua sia sia sebab semua tu hanya satu pengharapan kosong yang Tuhan kata semua tak akan kembali macam mana aku nak. DIA! ada perancangan sebaiknya untuk aku. Itu aku percaya.

Titik mula aku berhenti berharap, SETAHUN! aku perlukan masa setahun untuk berhenti dan tak pandang apa yang telah aku pilih untuk tinggalkan. Waktu dan masa itu, aku yakin 'enough is enough'

AKU
Dulu aku yang corakkan segalanya supaya nampak sempurna kiri dan kanan, sekarang aku sendiri yang padamkan setiap corak yang pernah aku buat. Bukan sebab bila aku tengok aku kembali, tapi sebab yang mudah, aku malas nak ambil tahu. 

PERUBAHAN
Berubah bukan kerana benci tapi kerana satu perasaan yang sudah la, aku dah malas nak ambil tahu, aku dah malas nak kisah, pernah atau tak kewujudan dalam hidup aku. Yeah sampai takat tu ja. Bila aku pilih untuk berhenti, semua yang pernah aku lalui, aku berhenti, apa yang aku pernah suka, aku berhenti, apa yang pernah ada kenangan, aku padam dan biarkan, apa yang pernah berlaku, itu ketentuan dan aku anggap macam angin lalu. 

BERHENTI
Tanya kenapa aku mengalah, aku jawab, untuk apa nampak bodoh sampai bila nak malukan diri sendiri, sampai bila nak biar orang lain tengok kita tanpa maruah, mengharap pada yang ''not yours'' sumpah weyh aku boleh cakap buang masa.

Aku menyesal sebab aku pernah lalui waktu tu, dan aku yakin semua orang pernah lalui situasi yang bodoh tu kan. 

Bangun dari mimpi yang panjang tu dan berjalan atas realiti dan masa depan yang telah Dia corakkan yang tampak sempurna. 

Berapa lama pun kau ambil masa untuk melepaskan sesuatu, tak apa weyh. Ambil la banyak mana pun masa. Sebab masa segala galanya. Dengan masa ja sayang berubah benci, benci berubah sayang. Ambil la banyak manapun masa. Yang penting bila kaki dah berjalan kehadapan, jangan berhenti. Dah tinggalkan apa yang bukan milik kita. 

ME!
Alhamdulilah everything went well. Thank you for those always here and there for me. Without asking anything, they just lend their hand and let me hold onto it until I know how to begin again. That place, where I started to begin all over again without hesitation, where I put the 'stop' line. 

Feel tired?
rest for a while
and
be fresh again when you wake up!
let something hurt you so much
GO!

Good luck
and
Love yourself.