Ahad, 28 Ogos 2016

Life Lesson

Assalamualaikum,

Lately ni, hati aku berbolak balik betul. Aku tak tahu apa yang aku fikir tapi aku rasa betul-betul aku bukan dalam keadaan normal. Hati aku gelisah, apa aku buat semua jadi tak kena. Aku malas layan semua whatsapp kawan-kawan. Kalau aku rajin aku reply, kalau tak, hurm tunggu la sampai aku rajin. Entah la kenapa jadi macam ni.

Bila aku rasa serba tak kena macam ni, tetiba aku tengah scroll satu instagram yang jual buku ni, so aku jumpa satu buku yang aku just tengok cover dan terus aku rasa aku nak beli. Aku tak kenal siapa penulis dia, aku tak tahu isi dia apa. Tapi hati aku tergerak nak beli. Jadi aku keluar masuk kedai buku dan finally aku jumpa buku yang aku nak, itu pun puas aku tawaf kedai tapi tak juga jumpa. Last sekali aku tanya adik dekat dalam kedai tu ja la. hurm :(

MOVE ON by REYNA IBRAHIM
"Kadangkala pilihan terbaik adalah menerima."

Buku yang sangat membantu pada manusia yang jatuh terduduk, yang lemah, yang tak tahu macam mana nak bangun balik. Jadi buku ni untuk kita semua. Adakala Tuhan hantar apa yang ingin Dia cuba sampaikan melalui pelbagai cara, dan bagi aku buku ni sangat bermakna dan sangat sesuatu. #Recommended

Pujuklah hati, 
jangan sakit lagi.

Pujuklah hati,
jangan terus lemah begini.

Pujuklah hati,
bangkitlah daripada perit.

Pujuklah hati yang dirimu ada Allah menemani.

- Reyna Ibrahim -


Tapi dalam hidup aku, satu tutorial mudah yang aku selalu buat bila aku rasa aku lemah, aku tak berdaya, yang mungkin boleh bantu pada manusia yang tengah cari kekuatan sementara untuk kembali kuat. Ini cara dia. 

Kalau kita rasa kita ditolak atas sebab atau tiada sebab yang mampu puaskan hati sendiri,
jadi terima lah dengan hati yang terbuka. 

Kalau kita rasa tidak dicintai atau tidak dihargai oleh seseorang,
lepaskan dia pergi dengan hati yang tenang. 

Kalau seseorang atau sesuatu benda tak memihak kepada kita,
buka langkah yang besar dan terus berjalan, jangan pandang belakang lagi. 

Adakala "TIDAK" daripada seseorang sebenarnya "YA" pada seseorang yang lebih baik.



Pada yang sedang kecewa, bangun lah. Untuk apa masih layan kekecewaan yang takkan sudah tu. Kekecewaan hanya mampu membuatkan manusia menjadi seorang yang gagal tapi untuk menjadi yang berjaya seseorang harus bangun atas kekecewaan yang sedang ditempuh. 

Jangan belajar putus asa. Jangan pernah. 
Semua orang berhak untuk merasa bahagia dan dicintai.
Jadi untuk apa takut untuk mencari.

Semoga semua berjaya. 
bye :) 


Rabu, 24 Ogos 2016

Getting Older

Assalamualaikum,


Bertambah umur maka bertambah la tua seorang Amalina. Perangai jangan cakap, tak pernah la nak matang, bila nak matang itu entah la. Masih bahagia dengan diri yang sekarang. Dah jangan nak serious sangat dalam hidup sampai berkedut muka tu. come on, chill sikit dan be happy.

art work from Zimi. 
she's kinda cute bila bab bab macam ni.

Alhamdulilah, masih lagi bernyawa, masih lagi mampu hirup udara yang Dia ciptakan, masih lagi mampu tersenyum dengan semua kesayangan, masih lagi mampu bergelak ketawa dengan semua lawak manusia yang takkan pernah habis. Thanks Tuhan untuk semua anugerah yang Kau berikan. #Blessed.

Aku tak tahu macam mana nak ucap terima kasih atas peringatan tarikh dimana aku dilahirkan. Tak tahu la kebaikkan apa yang telah aku buat sampaikan Tuhan berikan aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik di luar dan di dalam.

Mama dan Abah terima kasih sebab beri segalanya kepada seorang anak yang bila mengada dia muncul boleh buat sakit kepala dalam rumah tu.

Buat keluarga yang selalu ada disaat jatuh dan bangun, terima kasih. Ina tak tahu la macam mana nak ucap Ina sayang sorang-sorang tapi itu lah Ina sayang sangat sangat.

Untuk kawan baik yang sentiasa menjadi pemegang amanah ewah, banyak cerita, rahsia dan segalanya yang kami kongsikan. Terima kasih selalu ada dan ada, walaupun tak diperlukan masih ada. Tak pernah marah, tak pernah tengking, tak pernah bermasam muka, tak permah ambil hati dan tak pernah membenci walaupun aku selalu lupa nak balas whatsaap, berhari hari baru balas, sebab bila scroll "mati aku, tak balas lagi soalan budak-budak ni" dan walaupun kadang-kadang annoying betul perangai aku kan? sakit hati kan? tahu.

Untuk mereka yang sama-sama berjuang di taska, sekolah rendah, sekolah menengah, diploma dan degree, terima kasih sebab menceriakan hari-hari yang ada. Tanpa mereka mesti hidup dekat sana tak best, tak bermakna. Ya kan?

Terima kasih semua atas ucapan yang sangat bermakna. Doa-doa yang masing-masing ucapkan akan aku amin kan sentiasa bila aku baca balik nanti. Setiap tahun adalah kenangan baru untuk aku dan untuk semua. Sama-sama lah kuat untuk tempuhi hidup yang makin hari makin mencabar ni kan.



Sebab aku tak tahu nak save nama masing-masing dekat depan sebab nak mudahkan cari. so aku letak as "Miss" hahaha. Entah la apa yang bestnya semua doa bagi aku kahwin cepat cepat. 22 is too young to get married girls. have fun dulu. cakap nak travel sama-sama dulu. dah apa hal halau aku suruh kahwin awal-awal :P











thanks guys sebab bagi wish yang best best sangat. adoi adoi. tepat pukul 12 kemain lah kin and zaza post pic aku yang tak berapa nak matang dekat instagram tu. Hampir lupa birthday sendiri, mereka yang ingatkan. sweet sangat budak berdua ni sebenarnya. hahaha. disebabkan group presentation MA kami makin rapat. :) sebenarnya mereka kawan-kawan yang baru aku kenal tapi dah macam lama sangat kenal. mereka ada di saat jatuh bangun duk dekat upm tu. masyaallah bukan mudah nak adapt dengan tempat baru, suasana baru. thanks Munirah, Izzati, Ainatul, Haijah, Hamizah, Maryam, Amirah, Syameeza, Sakinah, Zatil, Nadiah. sayang semua sentiasa. 









rindu zaman diploma, banyak kenangan, banyak cerita best, banyak lah segalanya. rindu dat a sangat sangat. Inysaallah kita jadi kawan sampai bila-bila okey. 



keluarga yang selalu ada dan ada. terima kasih sayang semuanya. sayang sentiasa. tak tahu la nak tunjukkan macam mana. tapi yang penting sayang lah haha.







 



sama ada personally kenal aku atau tak, terima kasih sebab wish dan untuk semua doa-doa, aku amin kan. semoga kebaikkan dan kebahagiaan sentiasa ada dengan semua. 

thank you so much everyone.
family and friends.
may Allah bless all of you and may happiness followed you around. 

yeay
HAPPY BIRTHDAY TO ME
already 22 years old this year, another year and another journey. looking forward to create a very beautiful future with you and everyone. I love you :) 

bye



Ahad, 21 Ogos 2016

#ANT

Assalamualaikum,

Post kali ni, lebih kepada appreciation post untuk ANT. ANT singkatan untuk A-Amalina, N-Nanad dan T-Tinggi aka Hazimah. Aku bila baik dengan seseorang, mula la ada ja nama singkatan untuk masing-masing. Kalau secara tiba-tiba nama kau jadi makin singkat aku panggil tu tanda aku semakin rapat dan sayang sangat dah la tu dekat orang-orang tu. hehehe. 



Hari Jumaat 19 August 2016, masuk whatsaap (ws) dari si T tu, aku macam okey, yes aku tahu dia dalam dilema/problem macam tu, so bila dia ws aku macam 100% percaya, dia nak datang rumah aku nak luah apa yang ada dalam fikiran dia tu. Sebelum ni kalau apa-apa aku cepat sikit terasa, macam tak yakin, macam sesuatu sangat, tapi kali ni entah la macam percaya everything la apa yang dia hantar tu. kekonon nak datang rumah aku sebab stress. As kawan, aku akan cuba lah cari masa untuk dengar setiap luahan even kadang-kadang aku sendiri pun tak dapat nak selesaikan masalah aku. hurm :(

Bila buka pintu, okey, tertipu, penat tau aku fikir apa aku nak buat kalau dia tiba-tiba nangis, tetiba stress sungguh-sungguh. Aku hampir lupa birthday aku dah dekat dan mereka adalah orang yang selalu celebrate birthday si Amalina yang makin tua ni. 

Datang bersama kek coklat, menyanyi birthday's song yang sumbang tu masyaallah, almost crying guys! almost okey almost. *control* by the way thanks Mak Nanad buatkan bihun goreng yang sedap tu, favorite sentiasa. *lap air mata* terharu lagi dan lagi. Selalu aku dah boleh agak tapi kali ni, okey tak boleh langsung nak agak. 

Thank you. Entah la kan apa la baiknya aku ni sampaikan mereka dua sentiasa ada dan masih ada dalam hidup aku. Aku tahu, aku ada beribu kekurangan yang kadang-kadang buatkan mereka terluka. Cuma satu kelebihan yang aku ada dimana Nanad dan Tinggi tak boleh nak lawan. Sifat cool dan tenang. I'm cold! hahaha. Kalau aku marah, aku diam. Kalau orang lain buat hal, aku diam. Chill. Itulah satu-satunya yang mereka tak ada tapi aku ada. hakhakhakhakhaak :P 


So mereka cuba penuhi perangai kebudak-budakkan aku dengan main belon dekat Tasek Darul Aman. Favorite again. Tak boleh nak buat apa. Dah 22 pun masih tak matang, masih tak kisah apa yang manusia akan fikir. Play around and Laugh so hard like nobody there. I'm sorry for being that way. hahaha. *happys kids*



Thank you Nanad
Thank you Tinggi

I dont show I care but yes I care. 
I dont show I love but yes I love you.
I dont show any feeling but yes I do have all the feeling.

If I do make both of you hurt, then I'm really sorry.
If I do make a mistake, please hold my hand and bring me to the right way.
If I fall, please always there.
and maybe
One day, if I forget everything, remember! all the memories never be forgotten. (getting older)

May Allah grant both of you a Jannah in hereafter. 
May Allah always shower you with His blessing.
Be good and Do good. 

I love you and I miss you.
May this friendship last longer. 

bye :) 


Rabu, 10 Ogos 2016

August :)

Assalamualaikum,

Hye August, kita jumpa lagi tahun ni. Alhamdulilah. Bulan yang menjadi bulan favorite sentiasa since bulan aku dilahirkan. hakhakhak. Bulan apa pun tak kisah la, aku rasa semua bulan aku suka, bulan February ka May ka aku suka ja. tak ada hal lah. 

Cuma bulan August ni special la sikit, sebab selalu akan dapat wish *tahun ni agak agak dapat tak wish yang ditunggu tunggu* hahahaha. Belum tentu lagi dia tahu birthday aku ha. haish. Mimpi semua tu, MIMPI. Sudah sudah la Amalina bermimpi. 

Pada yang lahir bulan sama dengan aku tu, SELAMAT HARI LAHIR AWAK! semoga Tuhan sentiasa berkati dan memudahkan setiap apa yang awak semua lakukan. amin. Tak kisah la awak lahir berapa hari bulan pun, tua ka muda ka, kita tetap lahir pada bulan yang sama. *high 5*

Apa apa pun, hargai lah setiap hari yang awak semua lalui, sebab hari ini takkan sama dengan semalam atau esok. Setiap hari ada cerita suka dan duka yang kita sebagai manusia kena tempuh. Sama ada kau suka ka, kau tak suka ka, itulah hidup. Tempuh dan lalui dengan tenang. Setiap jalan yang berliku dihadapan pasti ada yang menarik sedang menanti di penghujung jalan. 

Semoga kita semua mampu lalui setiap permasalahan dengan penuh tenang. Semoga kau juga bahagia dan aku juga bahagia. Semoga kita semua merasa bahagia. 


noted : 23. 
jangan lupa wish okey. hakhakhakhak. :P